Tuesday, 29 October 2013

Pengebom direjam sampai mati

Ghazni: Penduduk kampung merejam sehingga mati seorang lelaki sebelum menembak mayatnya kerana disyaki meledakkan sebutir bom dalam sebuah bas, kata pegawai setempat semalam.
Letupan di pinggir jalan itu membabitkan sebuah bas mini membawa tetamu majlis kenduri kahwin di Ghazni kelmarin.

Seramai 18 orang - kebanyakannya wanita - terbunuh dalam kejadian itu.

Penduduk kampung memburu seorang lelaki tempatan yang dilihat bersembunyi dalam sebuah reban ayam bersebelahan rumahnya.

Sebuah alat kawalan jauh dipercayai untuk meledakkan bom ditemui berhampiran tempat itu.

Timbalan Gabenor Ghazni, Mohammad Ali Ahmadi berkata, kira-kira 100 orang berkerumun dan mengheret lelaki terbabit sebelum membelasahnya.

“Lelaki itu kemudian direjam dengan batu sehingga mati,” katanya dalam satu kenyataan.

- AFP/Metro

Monday, 28 October 2013

Rahsia penduduk Mekah berumur panjang?

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia. (al-Ma'idah: 97)

Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi.

Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.

Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7)

Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada itu kata ummul (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber daripada keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33)

Perkataan aqthar adalah bentuk jamak daripada perkataan qutr yang bererti diameter dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai orang Mekah, wahai orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit."

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah seharunya dijadikan rujukan waktu dunia. Bukannya Greenwich yang sekian lama menjadi rujukan umum. (Mekah sebagai pusat bumi, Dr. Mohamad Daudah).

Suka ditegaskan akan pengakuan yang dibuat oleh Neil Armstrong bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet bumi. Sedangkan al-Quran sejak 1,400 tahun lalu telah membicarakan mengenai kota Mekah dan Kaabah adalah sebagai pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Armstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi, dia berkata: "Planet bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?"

Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub.

"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah."

Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).

Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani)

-Utusan

Majikan Singapura bersikap rasis


SINGAPURA - Majikan-majikan di Singapura masih melaksanakan amalan pengambilan pekerja berdasarkan agama, bahasa dan kaum.

Pakatan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Pekerja Adil (TAFEP) menyatakan, satu daripada lima aduan yang mereka terima menunjukkan majikan di negara ini masih mengamalkan diskriminasi berdasarkan ketiga-tiga faktor tersebut untuk mencari pekerja.

Menurut TAFEP, meskipun kadar itu adalah kecil, ia menunjukkan bahawa majikan di republik ini masih tidak peka dengan tanggungjawab mereka dalam mengamalkan pengambilan pekerja secara adil.

TAFEP menjelaskan, pihaknya menerima hampir 500 aduan dari tahun 2012 hingga Jun tahun ini berkaitan pengambilan pekerja yang disifatkan berat sebelah.

Badan itu memberitahu, dalam satu kes, sebuah sekolah swasta dalam iklannya dengan jelas menyatakan bahawa mereka mencari pekerja daripada satu jenis bangsa dan bahasa.

Satu kajian berkaitan diskriminasi dan keharmonian agama di Singapura yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Polisi dan OnePeople.sg turut dijalankan baru-baru ini, melibatkan lebih 3,000 responden.

Kajian mendapati, 20 peratus kaum Melayu dan 18 peratus kaum India di negara ini menyatakan mereka sering berasa didiskriminasi ketika mencari kerja, dengan hanya empat peratus kaum Cina berasa demikian.

Berkaitan kenaikan pangkat pula, 17 peratus kaum Melayu dan 18 peratus kaum India menyatakan sering dipinggirkan, berbanding hanya empat peratus daripada kalangan kaum Cina.

Lebih satu pertiga daripada responden turut merasa kaum Melayu dan India perlu bekerja keras berbanding kaum lain untuk mendapatkan jawatan tinggi, berbanding 16 peratus kaum Cina yang merasa perkara sama.

- AGENSI/Utusan

Friday, 25 October 2013

Tangan budak dikelar, dicelur kekasih ibu

Shenyang: Tangan kanan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar di wilayah Liaoning ini terpaksa dipotong di sebuah hospital tempatan selepas teman lelaki ibunya mengelar dan kemudian mencelurnya dalam cerek elektrik.

Sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan berkata, seorang suspek berusia 30 tahun melakukan demikian selepas bergaduh mengenai masalah kewangan dengan ibu mangsa.

Kakitangan hospital terbabit berkata, tangan kanak-kanak berkenaan cedera parah sehingga ia perlu dipotong. Kanak-kanak terbabit kini menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan itu dan keadaannya dilapor semakin baik.

-Metro

Mayat terbiar lapan tahun

Paris: Pemilik baru sebuah pangsapuri di Paris minggu lalu menemui sesuatu yang mengejutkan ketika mula menduduki kediaman itu.

Dia menemui mayat penyewa sebelumnya dalam bentuk mumia yang tergantung selama lapan tahun.

Mayat itu ditemui di pangsapuri dekat pinggir Bussy-Saint-Georges Jumaat lalu selepas penginapan itu dilelong ekoran disita oleh bank, kata sumber polis dan badan kehakiman.

Pemilik sebelumnya, bekas pengawal keselamatan yang berketurunan Kemboja ditemui menggantung dirinya dengan kain cadar.

Lelaki berusia sekitar 40-an ketika kematiannya itu tidak pernah lagi dilihat sejak 2005 selepas dia memfailkan aduan ekoran dipecat.

Dia juga sudah memutuskan hubungan dengan keluarganya beberapa tahun sebelum itu dan jiran tetangga menyangka dia pulang ke Kemboja.

Pangsapuri itu akhirnya dijual selepas dia gagal membuat bayaran ansuran penyelanggaraan bangunan itu.

Sumber polis berkata, pemilik baru menemui mayat lelaki itu ketika dia sampai untuk memeriksa pangsapuri terbabit dan masuk ke dalam penginapan berkenaan dengan bantuan tukang kunci.

“Mayat dalam keadaan baik, begitu juga dengan pangsapuri berkenaan,” kata sumber itu.

Polis tidak dapat menjelaskan mengapa mayat itu tidak reput.

Jiran tetangga berkata, mereka langsung tidak terfikir yang ada mayat dalam pangsapuri itu.

“Saya menyangka ia pangsapuri tinggal,” menurut seorang penduduk berdekatan.

- Agensi/Metro

Thursday, 24 October 2013

Seluar wanita dikunci kekasih elak curang

Mexico - Kesetiaan dalam perhubungan memang penting tak terkecuali bagi lelaki asal Mexico ini . Dia mengunci seluar kekasihnya dengan mangga bagi menjamin kesetiaan seksual atau menjaga alat sulit si kekasih.

Ironisnya , hal ini sudah dilakukan lelaki itu selama bertahun -tahun. Pihak
berkuasa berkata wanita yang berusia 25 tahun itu akhirnya berani buka mulut
kerana dia tidak boleh buang air kecil selama beberapa jam disertai rasa sakit yang tak tertahankan.

Dilaporkan WTKR , pasangan ini hidup di desa miskin di negara bahagian Teluk
Mexico , Veracrus , demikian dilapor Inquisitr , Jumaat ( 11/10/2013 ) .
Wanita ini mengatakan kepada polis bahawa kekasihnya memaksa dia memakai
mangga yang bertindak sebagai tali pinggang kesucian selama bertahun -tahun.
Mangga ini membuatnya sukar membuka seluar dan bahkan dia takut untuk
memotong mangga tersebut .

Selepas polis menangkap kekasih wanita itu yang berusia 40 tahun, si lelaki lantas memberikan kunci mangga tersebut . Selepas berjaya dibuka, anehnya wanita yang tidak disebutkan namanya ini tidak ingin mendakwa kekasihnya.

" Suspek masih ditahan atas tuduhan pelanggaran namun dilepaskan beberapa
jam kemudian," kata Araceli Gonzales, Pengarah Eksekutif Equifonia , kumpulan pembela hak -hak perempuan.

" Keesokan harinya si lelaki menandatangani perjanjian bahawa dia tidak akan menggunakan mangga lagi atau melakukan penyiksaan lain terhadap si wanita ," lanjut Gonzales

Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa tidak ada yang boleh mereka
lakukan kerana si wanita tidak mahu mendakwa lelaki tersebut . Namun menurut
Gonzales ada akibat yang berbahaya jika membiarkan lelaki itu bebas berkeliaran.

"Wanita itu adalah mangsa kejahatan selama 12 tahun dan tidak ada masyarakat atau pemerintah yang melakukan tindakan. Pengendalian kes ini tidak mengikuti undang-undang, tidak ada yang bertindak melawan agresor ," kata Gonzales

Sumber Asal disini

Pasangan kekasih gelap mati dipenggal

Kandahar: Sepasang kekasih muda ditemui mati dengan kepala masing-masing dipenggal, dipercayai kerana terbabit hubungan sulit.

Polis masih menyiasat sama ada keluarga wanita berkenaan terbabit dalam pembunuhan yang berlaku di wilayah Helmand itu.

Helmand terletak di selatan Afghanistan dan undang-undang rasmi tidak dikuatkuasakan, selain menjadi kubu Taliban. Abang lelaki yang dibunuh itu berkata, pasangan kekasih terbabit berlindung di rumahnya baru-baru ini selepas si wanita berusia 20-an melarikan diri dari rumah.

Isnin lalu, 10 lelaki memecah masuk rumah mereka yang terletak berhampiran Lashkar Gah dan menculik pasangan terbabit.

Pegawai polis tempatan, Mohammad Ismail Hotak berkata, sehari kemudian orang ramai menemui dua mayat di tanah perkuburan.

“Polis pergi ke situ untuk menyiasat dan menemui pasangan terbabit dalam keadaan kepala mereka terputus,” katanya. Berdasarkan siasatan, katanya, pemuda yang dibunuh itu bercadang mengahwini kekasihnya tetapi tidak mendapat restu keluarga.

- AFP/Metro

Wednesday, 23 October 2013

Dunia oh dunia : Sarjan tentera pukul isteri selepas enggan beri sperma

GEORGE TOWN - Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun tersebut bertemu dengan isterinya yang berumur 35 tahun di situ sebelum mereka berselisih faham sehingga bertengkar.

Si isteri merupakan warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Sumber memberitahu, dalam pertengkaran itu, si suami yang berpangkat sarjan dan bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

"Ekoran itu mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul. Wanita tersebut yang tidak berpuas hati kemudian bertindak menendang pintu kereta suaminya hingga lelaki berkenaan naik angin dan mengugut mahu membunuhnya.


-Kosmo

Brunei laksana hukum hudud

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka.

-AFP/Metro

Tuesday, 22 October 2013

Terkini : Pelakon Noreen Noor meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang, 5.50 pagi ini, demikian menurut laporan Harian Metro.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampungnya di Kampung Pulai, Serkam, Melaka.

Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.Antara lagu popular Allahyarham ialah Siang Terbayang Malam Merindu yang amat meniti bibir peminat pada zaman 80-an dan sehingga kini.

Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak pada 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarhamah meninggalkan dua anak.

-BH

Mogok nak balik Malaysia

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008.

-Metro

Bakar zakar, puting anak

Boston: Seorang wanita dihukum penjara sehingga 30 tahun kerana membakar zakar dan puting dada anak lelakinya dengan pemetik api.

Media semalam melaporkan, seorang remaja berusia 19 tahun menjadi mangsa penderaan berulang oleh ibunya dan dipaksa berbohong mengenai kecederaan yang dikesan pada tubuhnya.

Walaupun diseksa ibu sendiri, pemuda terbabit diarah menipu kononnya kecederaan dialami itu akibat perbuatan sendiri.

Dalam keterangan di mahkamah, mangsa dilaporkan menjadi mangsa penderaan tiga individu berlainan, termasuk ibunya sendiri.

Ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Merrimack di Massachusetts, pemuda terbabit berkata, dia diseksa di rumahnya di Penacook.

Ibu pemuda terbabit, Christine Gelineau, 53, dilihat tersedu-sedan mendengar keterangan itu sambil duduk dengan pakaian penjara.

“Ibu, apa yang anda lakukan ke atas saya tak boleh dimaafkan.

“Anda memukul saya, membiarkan saya kebuluran, hampir memutuskan zakar saya, membuang pakaian saya, melarang saya mandi.

“Anda hampir membunuh saya dengan tiga jenis ubat antikemurungan dan dua pelega otot,” katanya.

Menurut pemuda terbabit, dia percaya kekejaman itu disengajakan supaya dia mati dan ibunya boleh kembali kepada kehidupan silamnya.

“Anda tidak akan dapat melihat saya menamatkan pengajian dan berharap anda sedar bahawa segala yang anda miliki kini lenyap,” katanya.

Christine mengaku salah atas tuduhan menyerang dan mengancam saksi.

Sebagai balasan, dia dihukum penjara antara sembilan hingga 30 tahun walaupun kebiasaannya hakim mengenakan hukuman lebih ringan.

Pendakwa, George Waldron berkata, mangsa mengalami kerosakan saraf kekal pada zakarnya apabila Christine membakar organ sulit itu dengan pemetik api di antara 10 hingga 14 April lalu.

Christine mengaku membakar hujung zakar anak lelakinya tetapi mendakwa dilakukan selepas remaja terbabit mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Sebagai balasan, kata Christine, dia memakai sarung tangan dan mencengkam kemaluan mangsa dan memulasnya sebelum dibakar beberapa saat walaupun remaja terbabit meraung kesakitan.

Namun seorang lagi suspek, Daniel ‘Tyler’ Cantrell berkata, Christine membakar zakar remaja terbabit selepas memaksa mangsa memakan najis manusia.

Walaupun mangsa mengikut arahan itu, Christine tetap membakar kemaluan remaja itu.

- Agensi/Metro

Monday, 21 October 2013

10 Perkahwinan paling singkat di Hollywood

10 Perkahwinan paling singkat di Hollywood
 
By Izzati Husna
 
Di Hollywood, kisah-kisah cinta yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat sangatlah sedikit dan boleh dikira dengan jari. Hubungan cinta di Hollywood mempunyai sejarah yang terkenal kerana berlaku dan berakhir dalam masa yang singkat. Berikut adalah top 10 perkahwinan paling singkat di Hollywood sepanjang tempoh 15 tahun ini.
 
Britney Spears & Jason Alexander: 2 hari
Ia semua bermula dan berakhir pada Tahun Baru 2004 apabila Britney Spears menjemput kawan semasa zaman kanak-kanaknya ke Las Vegas. Dalam masa hanya 55 jam, Spears dan Alexander mengakhiri perkahwinan tersebut yang didakwa berlaku akibat mabuk yang berlebihan.

Carmen Electra & Dennis Rodman: 6 hari
Selepas setahun yang teruk untuk Carmen Electra dan Dennis Rodman, kedua-dua mereka bersama untuk berkahwin di sebuah gereja kecil di Las Vegas pada tahun 1998. Namun begitu, ia nampak jelas bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata untuk publisiti kerana hubungan tersebut berakhir hanya enam hari kemudian.

Mario Lopez & Ali Landry: 2 minggu
Apabila bekas Miss USA bertemu dengan pelakon di pertandingan ratu cantik Miss Teen USA pada tahun 1998, bibit-bibit cinta muncul antara pasangan yang sama-sama cantik ini. Selepas berkasihan selama 6 tahun, Lopez dan Landry berkahwin pada 2004. Walau bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir dua minggu kemudian apabila khabar angin mula tersebar bahawa Mario Lopez curang dengan beberapa pasangan yang berbeza.

Eddie Murphy & Tracey Edmonds: 2 minggu
Apabila pasangan itu bertukar-tukar ikrar pada Hari Tahun Baru 2008 di sebuah pulau persendirian terletak di Bora Bora, terdapat harapan yang tinggi untuk pasangan ini untuk kekal walaupun perkahwinan mereka tidak sah di Amerika Syarikat. Malangnya, dua minggu selepas perkahwinan, pasangan ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengambil keputusan untuk melepaskan majlis yang rasmi dan hubungan mereka kekal sebagai rakan.

Kim Kardashian & Kris Humphries: 72 hari
Kim Kardashian dan Kris Humphries berkahwin pada bulan Oktober 2011 semasa siaran langsung di televisyen berharga $10 juta (sekitar RM30 juta). Dalam masa beberapa hari, khabar angin mula tersebar tentang pasangan ini yang dilanda masalah. Akhirnya, Kim Kardashian memfailkan perceraian 72 hari kemudian, manakala Humphries berjuang atas permintaan untuk pembatalan dan tuduhan serius menipu.

Lisa Marie Presley & Nicolas Cage : 3 bulan
Lisa Marie Presley mempunyai sejarah yang panjang mengenai perkahwinannya yang bermasalah, tetapi perkahwinan dengan Nicholas Cage pasti yang paling teruk dalam hidupnya. Selepas pertunangan yang singkat selama sepuluh hari, Cage dan Presley telah berkahwin pada 10 Ogos 2002. Selepas hanya 107 hari, pasangan ini memfailkan perceraian. Malah, prosiding perceraian berlangsung lebih lama daripada hubungan perkahwinan iaitu lebih daripada 18 bulan.

Kid Rock & Pam Anderson: 4 bulan
Selepas majlis perkahwinan bertema 'rock-n-roll' di atas kapal layar di Saint-Tropez pada tahun 2006, si 'rocker' dan model/pelakon membatalkan perkahwinan itu selepas empat bulan kemudian. Kedua-dua bintang itu menyatakan perbezaan sebagai punca perceraian, yang membawa persoalan tentang bagaimana perkahwinan bersama 'rocker' lain berakhir dengan Anderson.

Jennifer Lopez & Cris Judd: 4 bulan
Hanya beberapa bulan selepas berpisah dengan Diddy, Jennifer Lopez kembali bercinta dan berkahwin dengan koreografer dan pemuzik Cris Judd pada tahun 2001. Selepas percintaan dilanda badai, pasangan itu memfailkan perceraian hanya empat bulan kemudiannya dan Judd menerima pembayaran yang besar sebanyak $14 juta (RM44 juta).

Renée Zellweger & Kenny Chesney: 4 bulan
Pasangan unik benar-benar tidak dijangka berkahwin pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, dalam tempoh empat bulan, hubungan mereka berhenti dan perkahwinan dibubarkan. Dalam prosiding undang-undang, Zellweger menamakan punca perpisahan sebagai 'penipuan', yang menimbulkan pelbagai persoalan yang menarik tentang orientasi seksual Chesney.

Drew Barrymore & Tom Green: 5 bulan
Dari awal, pasangan yang kelihatan tidak serasi telah ditakdirkan untuk gagal. Selepas berkahwin pada tahun 2001, Green mendapati beliau menghidap kanser testis manakala rumah Barrymore terbakar. Lima bulan kemudian perkahwinan berprofil tinggi ini berakhir, sama dengan nasib buruk kedua-dua pihak.

Rihanna bertudung di UAE


ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.

Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.

Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.

Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.

Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.

"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini.

- Agensi/Kosmo

Dunia oh dunia : 4 pengantin luar tabii

London: Seorang lelaki yang pada asalnya wanita berkahwin dengan pasangannya yang sebelum ini seorang lelaki dalam perkahwinan pelik, lapor media semalam.

Acara itu menjadi lebih unik apabila pasangan terbabit diapit suami isteri yang pernah menjalani pembedahan menukar jantina juga.
Pada awalnya perkahwinan di antara pengantin ‘lelaki’ yang dikenali sebagai Felix dengan ‘isterinya,’ Helen Fenlon adalah yang pertama seumpamanya berlaku di Britain.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal sepasang ‘suami isteri’ lain, Janis dan Maxwell Burr.
Pasangan Burr itu mengaku berkahwin pada malam tahun baru 2005. Hasil inspirasi daripada ketabahan Felix dan Helen yang melangsungkan perkahwinan secara umum, Janis dan Maxwell meminta pasangan Fenlon itu menjadi pengapit ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan untuk kali kedua, baru-baru ini.
Selepas majlis itu, Janis, 45, yang juga pembantu pekerja sosial dan dulunya dikenali sebagai Ian berkata, Maxwell ialah teman sejiwanya.

Foto(DARI KIRI) Helen, Janis, Maxwell dan Felix.
 
Janis memberitahu, dulu dia sering memakai pakaian kakaknya ketika berusia enam tahun. Janis juga menabung sehingga £10,000 (RM51,034) untuk menjalani pembedahan penukaran jantina pada 2003.
Sementara itu, Maxwell, 71, adalah pesara tukang masak yang dulunya bernama Mary sebelum bertemu dan jatuh cinta pada Janis ketika bercuti pada 2002. Dia menjalani pembedahan menukar jantina beberapa bulan selepas Janis melakukannya. Apabila undang-undang meluluskan perkahwinan golongan seperti mereka pada 2005, kedua-duanya lalu melangsungkan perkahwinan.
Maxwell berkata, acara perkahwinan itu cukup bersejarah buat mereka.
“Melangsungkan perkahwinan kali kedua di Pusat Sivik Scunthorpe memang menakjubkan. Saya seolah-olah bagaikan di syurga,” katanya dalam satu kenyataan.

- Agensi/Metro

Saturday, 19 October 2013

Ditikam angkara tuala wanita

Beijing: Seorang lelaki dari Guangzhou ditikam dalam pertelingkahan yang membabitkan tuala wanita. Polis memburu seorang lelaki yang menikam jirannya ekoran pertengkaran membabitkan tuala wanita yang jatuh di atas kepalanya, menurut laporan televisyen Shenzhen. Suspek dilaporkan menyerang jirannya yang bernama Cheng selepas sekeping tuala wanita jatuh dari tingkap bilik air tingkat empat apartmen Cheng. “Suspek mula membaling batu ke arah tingkap Cheng sebelum lelaki terbabit menjenguk ke bawah untuk melihat apa yang berlaku,” menurut sumber. Ketika itulah isterinya menyedari mungkin tuala wanita yang sudah digunakannya dan diselitkan di tingkap sudah jatuh ke bawah. Cheng lalu meminta maaf tetapi suspek yang tidak berpuas hati lalu naik ke kediaman Cheng membawa sebilah pisau sebelum menikam mangsa hingga parah. Cheng dikejarkan ke Hospital Panyu dan dia kemudian dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan. - Agensi/Metro

Penerbit filem hina Rasulullah tunai haji selepas masuk Islam

RIYADH, (Bernama) - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji. "Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat. "Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam. Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci. Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu. "Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. "Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. “Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia. "Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa. "Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja. "Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya. Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas. Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. -Bernama

Friday, 18 October 2013

Masih hidup lepas digantung

Teheran: Seorang lelaki Alireza, 37, yang berdepan hukuman mati di Iran kerana menyeludup dadah mencetuskan kontroversi kerana hidup semula selepas digantung.

Pada hari terakhir hidupnya, Alireza bangun sebelum fajar menyingsing untuk menjalani hukuman gantung kerana dia didapati memiliki satu kilogram serbuk methamphetamine.

Tepat 12 minit selepas dia digantung, doktor mengesahkan lelaki berkenaan sudah tidak benyawa dan meminta pihak penjara menyiapkan mayatnya untuk urusan pengebumian.

Bagaimanapun, keesokan harinya ketika berada di rumah mayat, sesuatu yang luar biasa menarik perhatian beberapa pekerja yang menguruskan jenazah Alireza sebelum diambil oleh keluarganya.

Mereka mendapati ada kesan wap udara di plastik yang membalut mayat lelaki terbabit.

Mengesyaki yang Alireza mungkin masih hidup, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Imam Ali di Bojnurd, Khorasan di utara Iran.

Menurut akhbar, pihak berkuasa kehakiman di Iran masih menunggu Alireza untuk pulih sepenuhnya sebelum bertindak untuk menggantungnya sekali lagi.

Keputusan itu mengejutkan keluarga lelaki terbabit.

Pihak kehakiman Iran yang mempertikai Alireza dijatuhkan hukuman mati bukannya digantung bertegas mahu dia menjalani hukuman gantung sekali lagi.

Hakim di mahkamah pentadbiran Iran, Mohammad Erfan berkata, hukuman yang dijatuhkan mahkamah revolusi ialah hukuman mati dan berdasarkan keadaan yang berlaku, maka ia patut dijalankan sekali lagi.

Bagaimanapun, aktivis hak asasi manusia bimbang dengan kadar hukuman mati yang tinggi di negara itu dan meminta kes Alireza dikecualikan.

- Agensi/Metro

Mengaku seks dengan kenderaan

Washington: Kehidupan seks Edward Smith sepanjang 48 tahun lalu sungguh aneh. Berdasarkan pengiraannya, dia mempunyai lebih 1,000 teman seks tetapi hanya satu saja daripada jumlah itu ialah manusia.

Smith, 63, termasuk dalam golongan ‘mechaphile,’ terma yang digunakan untuk seseorang yang tertarik dan melakukan seks dengan pesawat, kereta api dan automobil.

Dan dia juga pernah melakukannya dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam siri televisyen ‘Airwolf.’

“Bagi kebanyakan orang, mereka melihat payudara dan punggung untuk menilai kecantikan wanita. Saya pula melihat pada depan dan belakang kereta yang cantik,” katanya, menurut laporan akhbar Mirror.

Bagaimanapun, Smith tidak lagi terdorong untuk mengadakan seks dengan sebarang kereta. Katanya, dia kini komited dengan Vanilla, kereta Volkswagen Beetle yang dibelinya 30 tahun lalu.

“Apabila menyentuh Vanilla, ada tarikan dan saya dapat merasakan tindak balasnya. Saya akan merana jika ada apa-apa berlaku kepadanya,” katanya.

‘Mechaphilia’ merujuk kepada keinginan seks yang unik dan menurut Smith, dia tidak bersendirian. Dia menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 orang di dunia ini yang tertarik untuk mengadakan seks dengan kereta.

-Metro

Thursday, 17 October 2013

Fathul Bari sedia bersemuka Jui Meng

SHAH ALAM - Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46.

Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH.

“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan.

“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya.

“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam.

“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH.

“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka.

“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya.

-Sinar

Terpijak darah hantu muda

SERI KEMBANGAN – Seorang suri rumah berusia 57 tahun kerugian RM110,000 gara-gara terpedaya dengan kata-kata seorang lelaki yang mendakwa dirinya terpijak darah hantu perempuan muda.

Difahamkan, lelaki terbabit mendakwa roh hantu berkenaan mengikuti mangsa pulang dan mahu mengahwini anaknya yang berusia 19 tahun.

Akibat terpedaya dengan dakwaan itu, mangsa menyerahkan kesemua wang simpanan dan barang kemas dimiliki kerana lelaki terbabit juga mendakwa anaknya akan mati sebelum jam 12 tengah malam 9 Oktober jika tidak melaksanakan apa yang disuruh.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Lu berkata, ketika kejadian pagi 8 Oktober, dia baru sahaja turun dari kereta untuk ke pasar di Sri Petaling.

“Ada wanita bernama Fong datang dan tanya saya di mana ada jual daun herba warna merah untuk mengubati penyakit suaminya. Semasa kami bersembang, datang pula seorang wanita tua menyampuk. Dia kata dia kenal seorang lelaki berusia 103 tahun yang boleh menyembuhkan banyak penyakit,” katanya.

Menurut Lu, mereka bertiga kemudian pergi ke sebuah kopitiam untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan lelaki tersebut daripada perempuan tua bernama Yoke itu.

“Dalam pada kami berbual datang seorang lelaki muda dalam lingkungan 30-an yang memperkenalkan diri sebagai Chong. Dia kata dia kenal rapat dengan lelaki tua itu.

Yoke pun mendesak dia agar membawa mereka bertiga berjumpa lelaki tua berkenaan tapi Chong beri alasan, biar dia sahaja yang pergi,” katanya.
Tambah Lu, Chong kemudian meninggalkan mereka menunggu di kopitiam itu.

“Setelah beberapa ketika dia datang balik dan beritahu dalam nada cemas yang saya dah terpijak darah hantu perempuan muda yang kena langgar dengan lori. Untuk bunuh hantu itu dia kata saya kena keluarkan semua duit dan barang kemas.

“Saya balik rumah ambil buku akaun dan pergi bank bersama Yoke,” katanya.

Setelah membawa keluar wang miliknya, dia dan Yoke berjumpa Chong semula dan dia mengarahkan wang tersebut dimasukkan ke dalam beg plastik warna biru.

“Chong ingatkan saya jangan beritahu sesiapa kerana kalau tidak roh hantu itu akan mengganggu. Jadi saya ikut saja kerana saya takut. Lagipun pada masa itu plastik berisi duit saya pegang sepanjang masa dan tidak sedar bila mereka menukarnya,” katanya.

Lu berkata, dia menyedari dirinya tertipu apabila membuka beg plastik itu keesokan harinya dan mendapati hanya terdapat beberapa kotak air minuman manakala wang tunai dan barang kemasnya ‘ghaib’.

Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menerima aduan daripada mangsa menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika didekati individu tidak dikenali yang meminta apa juga pertolongan.

-Sinar

Cara ajar pelumba haram

Shanghai: Mayat seorang pelumba haram yang mati dalam nahas ditinggalkan di tengah jalan sebagai amaran kepada pemandu lain.

Tao Lung, 28, yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba memintas sebuah kereta lain.

Kedua-dua kereta dipandu dengan kelajuan melebihi 240 kilometer sejam di jalan raya di kawasan perumahan apabila sebuah kereta keluar dari sebuah rumah, mengakibatkan seorang daripada mereka merempuh kenderaan itu selepas gagal membrek.

Lung yang memandu di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terbabas lalu melanggar pokok sehingga terpelanting dari keretanya.

Dia kemudian dilanggar sebuah kereta lain menyebabkan dia mati serta-merta.

Penduduk berkata, mereka bosan melihat pelumba jalanan dan memberi amaran kepada polis bahawa kemalangan hanya menanti masa untuk berlaku di kawasan itu.

Seorang penduduk berkata: “Mereka yang memandu laju di sini adalah golongan kaya dan polis tidak bertindak untuk mengekang kegiatan mereka.

Apabila polis tiba, mereka tidak menutup mayat mangsa, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai.

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu. Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” kata seorang penduduk.

Polis gagal mengambil tindakan kerana mereka di kalangan orang kaya.

Mayat mangsa ditinggalkan terbiar di tengah jalan kira-kira sejam dan dapat dilihat oleh orang ramai.

Mayat Lung hanya dibawa dengan van selepas polis selesai menjalankan siasatan sepenuhnya.

Kira-kira 220,000 orang mati di jalan raya di China setiap tahun, paling ramai berbanding negara lain.

- AFP/Metro

Wednesday, 16 October 2013

Boleh murtad jika pertikai keputusan kalimah ALLAH

SHAH ALAM - Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi.

-Sinar

CHUA JUI MENG MENGHINA AYAT ALQURAN !!!

KURANG AJAR !!! CHUA JUI MENG MENGHINA AYAT ALQURAN !!!

apa cerita ni ??? kalau betul-betul nak sangat masuk islam boleh,tiada masalah tapi jangan menghina AlQuran,ada faham ke apek ??? di bawah adalah maksud sebenar.sila baca betul-betul ye chua jui meng.

Surah Al-i-Imran ayat 64

"Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Ahli Kitab,marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu,iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka : “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

 
-Posted By Editor
APA KATA ANDA ???
 
 
 
 

Jurubina nyaris maut 7 logam tusuk leher, tekak

Beijing: Seorang jurubina terselamat selepas tujuh batang logam dari sebuah mesin yang diselenggaranya tertusuk ke leher dan tekaknya.

Long Chao tercedera ketika bekerja menggunakan mesin untuk meluruskan batang logam di Luzhou, wilayah Sichuan, China. 
Dipercayai mesin itu gagal berfungsi menyebabkan batang logam terbabit terpelanting ke arahnya seperti peluru.

Tujuh daripada batang logam itu yang tertusuk di lehernya.

FotoLONG dibawa ke hospital untuk mengeluarkan tujuh logam yag tertusuk leher dan tekaknya.

Dia digegaskan ke hospital dan doktor mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan batang logam itu.

Batang itu pada awalnya, dipotong oleh pakar bedah agar mereka dapat memudahkan pembedahan dilakukan sebelum ia dibuang kemudiannya.

-Metro

Lelaki tersula diri sendiri

Henan: Dalam satu kejadian yang tidak mungkin ingin kita saksikan berlaku walaupun pada musuh kita, seorang lelaki di wilayah Henan tersula diri sendiri selepas batang pencakar tertusuk pada duburnya ketika dia melompat pagar itu.

Lelaki berusia 37 tahun itu, Peng, pergi ke rumah rakannya untuk minum arak.

Apabila menyedari dia tertinggal kunci, Peng bertindak melintasi rumah jirannya dan melompat pagar untuk memasuki rumahnya.

Bagaimanapun dia tidak menyedari pagar itu mempunyai pencakar yang tegak di sebelah dan terus terjun. 

FotoPASUKAN paramedik dan keselamatan cuba mengeluarkan batang besi yang menusuk Peng.
 
Selepas empat jam menjalani pembedahan di sebuah hospital, pemegang pencakar itu dapat dicabut dengan bantuan gergaji rantai.

- AFP/Metro

Cinta pengkid

Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.
Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu.
Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai.

Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.

FotoSALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.

“Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.

-Metro

Tuesday, 15 October 2013

Bayi 2 minggu mati dipukul

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun. Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya. Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya. Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip. Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. - Bernama/Sinar

Tauke bar seks ditahan

Bangkok: Pihak berkuasa semalam berkata mereka menahan pemilik pertunjukan seks yang dikunjungi ikon pop Rihanna dalam serbuan terbaru yang dilakukan hasil maklumat penyanyi itu di Twitter. Pemilik bar di Pulau Phuket itu didakwa mengadakan persembahan lucah, kata ketua polis tempatan Veera Kerdsirimongkol kepada media. “Serbuan dilakukan ekoran kunjungan Rihanna. Pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap pertunjukan yang tidak wajar atau menggunakan haiwan sebagai tarikan liar,” katanya. Pihak berkuasa pelancongan Thai malu apabila Rihanna menulis di Twitter menekankan mengenai sikap pihak berkuasa negara terbabit yang kurang peka dengan keadaan itu. “Sama ada saya mabuk malam tadi atau saya lihat wanita Thai menarik burung hidup, dua kura-kura, pisau cukur, melontar damak dan ping pong, semuanya dilakukan dari kemaluannya,” tulis penyanyi itu pada 20 September lalu di Twitter miliknya yang mempunyai 32 juta pengikut. Bulan lalu, dua lelaki ditahan kerana memiliki spesies dilindungi, kongkang selepas Rihanna memuat turun gambar dirinya bersama haiwan itu pada waktu malam di Phuket ketika konsert jelajahnya, Diamond di seluruh dunia. - AFP/Metro

Pencuri pecah masuk cuci baju tuan rumah

Shanghai: Sebuah keluarga di Shanghai yang pulang daripada bercuti pada percutian Minggu Kebangsaan mendapati kediaman mereka dipecah masuk dan pencuri turut mencuri makanan, pakaian serta barang elektronik. Akhbar Xinmin Evening News melaporkan perkara yang paling mengejutkan keluarga itu ialah pencuri sempat mencuci baju kotor mereka sebelum beredar. Keluarga itu yang bercuti seminggu hingga 3 Oktober lalu mendapati skrin televisyen LED, pakaian dan makanan mereka hilang. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pencuri turut memasak. Si isteri yang dikenali sebagai Zhao terkejut apabila mendapati pakaian suaminya dicuci dan dijemur. Ketika memeriksa kediaman itu, polis menemui sebilah pisau dan dadah yang dipercayai milik suspek. - Agensi/Metro

Saturday, 12 October 2013

Gergaji kaki sendiri

Beijing: Seorang lelaki di Hubei yang menghidap penyakit aneh bertindak menggergaji kaki kanannya menggunakan gergaji logam, pisau kecil dan penggaru yang dibungkus dengan tuala. Menurut laporan terkini dalam Shijiazhuang News, Zheng Yanliang, 47, dari bandar Boading dikenali sebagai lelaki perkasa di bandar terbabit. Bagaimanapun, tahun lalu dia menghidap penyakit teruk di perutnya sebelum ia beralih ke kakinya. Kesakitan dialami sangat menyakitkan hingga dia tidak mampu untuk berdiri sebelum disahkan menghidap trombosis arteri di kedua-dua belah kakinya. Ujian angiogram menunjukkan semua arteri di kaki kanannya sudah tiada. Doktor memberitahu Zheng yang penyakit dihidapinya itu sangat jarang ditemui dan dia mungkin hanya dapat hidup tidak melebihi sebulan hingga menyebabkan isterinya menangis. Sepanjang tiga bulan Zheng terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat hingga dia hampir pengsan. Dia juga sering menjerit sehingga jiran tetangga tidak dapat tidur pada waktu malam. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya, beberapa hari berikutnya selepas isterinya masuk tidur, Zheng menggunakan pisau, gergaji logam serta penggaru yang dibalut dengan tuala dan mula memotong kakinya. ZHENG melakonkan semula aksi ketika dia memotong kakinya apabila terpaksa menggigit penggaru yang dibalut tuala bagi mengelak jeritannya didengari. Kira-kira 20 minit kemudian isterinya yang terjaga dari tidur terkejut melihat kaki kanan suaminya sudah dipotong 15 sentimeter dari paha. Gergaji logam yang digunakan juga patah dua. Bagaimanapun Zheng bernasib baik kerana tidak terdapat banyak darah ketika dia memotong kakinya itu ekoran penyakit trombosis dihidapi. Walaupun dia tidak lagi mengalami kesakitan di sebelah kaki yang sudah dipotong berkenaan, tetapi sakit di kaki kirinya pula kian buruk. Zheng kini meminta bantuan masyarakat sekeliling untuk mengumpul dana bagi membolehkan dia mendapatkan kaki palsu agar dia dapat meneruskan kehidupan dan menyara keluarganya. - Agensi/Metro

Jual dara berleluasa di Medellin

Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing. Kanak-kanak berkenaan dipilih dari kalangan keluarga yang mendiami kawasan setinggan atau ‘komunas’ untuk diserahkan kepada kumpulan penjenayah dengan dijanjikan pakaian cantik, kokain dan bantuan kewangan untuk keluarga. Tetapi sebaik mereka memasuki kehidupan kumpulan berkenaan, mereka dijaga seperti barangan yang amat berharga dan diancam bunuh jika enggan bekerjasama. Di Medellin, tempat asal tauke dadah, Pablos Escobar, yang permintaan terhadap dara gadis belasan tahun begitu terkenal, tradisi menawarkan kanak-kanak perempuan kepada tauke dadah bukan sesuatu yang luar biasa. Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Luis Pardo berkata, gadis muda berkenaan diserahkan satu ketua dadah kepada ketua dadah yang lain dan akhirnya mereka menjadi pelacur. Pihak berkuasa Colombia berkata, mereka tidak mampu untuk campur tangan kerana pengaruh kumpulan penjenayah berkenaan begitu kuat hingga mereka mengenakan cukai sesuka hati untuk menyelesaikan pertelingkahan antara jiran. Pegawai juga mendakwa sukar untuk menyiasat kerana sebahagian besar mangsa menyertai perdagangan berkenaan atas kehendak sendiri. Namun, kebanyakan sukarelawan yang bekerja untuk membantu mangsa berkata, kerajaan tidak menangani masalah itu secara serius. - AFP/Metro

Friday, 11 October 2013

'Derita angkara Chin Peng'

 
               'Derita angkara Chin Peng'
Che Manis menyiram air mawar ke atas pusara arwah suaminya selepas majlis gotong-royong dan tahlil untuk Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datok, Tapah, semalam.

Tapah: "Bukan saja abu Chin Peng, malah namanya juga saya tidak mahu ingat,” kata Che Manis@Latifah Abdullah, 77, balu kepada wira negara, Allahyarham Asisten Superintendan Mohd Zabri Abdul Hamid.

Che Manis yang kehilangan suaminya, seorang perintis pasukan elit komando VAT69 kerana terkorban ketika bertempur dengan komunis pada 4 September 1975, berkata kekejaman komunis membuatkannya menderita sejak 38 tahun lalu.      
“Hanya mereka yang mengalami kehilangan insan tersayang akibat kekejaman komunis akan mengerti perasaan kami,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis gotong-royong dan tahlil untuk Allahyarham suaminya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datok, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, serta bekas anggota dan pegawai VAT69 termasuk rakan seperjuangan Allahyarham Mohd Zabri.

Pada majlis itu, Che Manis dan beberapa pesara VAT69 turut menyiram air mawar serta menabur bunga di atas pusara Allahyarham.

Che Manis berkata, dia membantah cadangan pihak tertentu yang berusaha untuk membawa pulang abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu.

Punca huru-hara

“Chin Peng dan pengikutnya bertanggungjawab mewujudkan huru-hara dan bertindak ganas terhadap rakyat serta anggota keselamatan yang bertugas menjaga keamanan negara.

“Sudah ramai rakyat dan anggota pasukan keselamatan kita terkorban demi mempertahankan negara daripada dijajah komunis,” katanya.

Pijak jerangkap samar

Mohd Zabri yang menyertai pasukan VAT69 pada Julai 1970, terbunuh selepas terpijak jerangkap samar di kawasan berdekatan Gerik ketika bertempur dengan komunis.

Bagi memperingati keberanian dan jasa Allahyarham menentang musuh negara, sebuah kem latihan VAT69 Komando Pasukan Gerak Khas di Tasik Banding, Gerik dinamakan sebagai Kem Zabri.
 
-BH

Akauntan sembunyikan wang peruntukan makan dalam coli

Los Angeles: Seorang akauntan wanita dari Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah Rialto didapati memasukkan sejumlah besar wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya.
Perbuatan Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) untuk dana makan tengah hari bagi sekolah di daerah itu dirakam kamera litar tertutup CCTV.
Judith dilantik menjadi akauntan di daerah itu sejak 16 tahun lalu. Pengurus jabatan berkenaan di Rialto, Derek Harris segera menghubungi polis apabila menyedari rakaman mengenai perbuatan kakitangannya itu pada 7 Ogos lalu.
Judith meletakkan jawatan sehari selepas ditahan.
Polis yang kemudian memeriksa kediamannya turut menemui wang tunai ribuan dolar dan mengesyaki Judith sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu. Ketua Polis Rialto, Randy De Anda memberitahu akhbar Los Angeles Times yang Judith menyelia wang makan tengah hari untuk 29 sekolah di daerah itu.
Judith didakwa Selasa lalu atas jenayah menggelapkan wang, menurut Inland Valley Daily Bulletin.
Akhbar berkenaan melaporkan Judith hidup dengan mewah. Dia dan mendiang suaminya Jack Oakes memiliki kenderaan mewah, jet ski dan kenderaan padang pasir. Suami wanita terbabit mati pada 2010.

- Agensi/Metro

Thursday, 10 October 2013

Cerai selepas lihat gambar isteri cium kuda

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi diceraikan suaminya yang cemburu selepas dia melihat sekeping gambar isterinya mencium kuda dimuat naik di lama sosial.

Wanita tanpa nama itu bagaimanapun tidak menyesal atas perbuatannya mengambil gambar ‘sedang mencium kuda’ ketika berada di ladang ternakan di Riyadh dan menyifatkan suaminya cemburu tidak bertempat.      
Akhbar Sada melaporkan suami wanita itu berang selepas melihat sendiri gambar berkenaan di laman sosial kemudian menceraikan pasangannya.

Tindakan keterlaluan

“Dia nampaknya terlalu cemburu terhadap isterinya, sehingga mencium kuda pun dianggap keterlaluan,” kata akhbar itu.

Wanita berkenaan juga bertegas bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada suaminya kerana apa yang dilakukannya bukan di luar batasan, malah menyalahkan suaminya yang tidak tahu membezakan antara haiwan dan manusia.

Beliau turut bangga dengan gambar itu berikutan ia hanyalah luahan perasaan ‘sayang’ terhadap haiwan itu.
 
- AGENSI/BH

Ajal dikisar mesin simen

Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.
Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Foto
Foto
KEADAAN mangsa yang maut terkena bilah besi ketika membersih sisa simen dalam tangki lori, semalam.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.

-Metro

Wednesday, 9 October 2013

Terkini : Bayi maut digilis kereta ibu

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi berusia 10 bulan maut digilis kereta dipandu ibunya dalam kejadian di Kampung Buluh, Bukit Besar di sini, pagi tadi.

Tragedi jam 7.15 pagi itu berlaku apabila wanita berkenaan, 35, sedang membetulkan kedudukan parkir kereta di rumah tanpa menyedari bayi lelakinya merangkak ke belakang kenderaan itu.

-Metro

Jam tangan kira detik ajal

STOCKHOLM, Sweden - Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati.

Kini terdapat sejenis jam tangan yang bukan sahaja meramal tarikh kematian seseorang tetapi mengira detik waktu tersebut.

Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.

Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut.

Gajet yang juga dikenali sebagai 'jam tangan kematian' itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.

"Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna," kata Colting.

"Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada," tambahnya.

Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.

Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188).

- Agensi/kosmo

Gara-gara curang

Hong Kong: Seorang wanita China ditahan kerana memaksa teman lelakinya berlutut di jalan raya sebelum menampar muka lelaki itu berulang kali.

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Chui itu dituduh bermain kayu tiga apabila membawa pulang seorang wanita lain ke flatnya di Hong Kong.Selepas teman wanitanya mengheret Chui ke jalan raya dan mula bertindak kasar, jiran tetangga berkumpul dan merakam adegan itu yang kemudian dimuat naik ke YouTube.

Wanita berusia 20 tahun bernama Cheng itu kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kekerasan, manakala mangsa dikejarkan ke hospital.Kejadian itu berlaku Jumaat lalu di kawasan Kowloon City selepas Chui membawa pulang seorang wanita ke flatnya walaupun dia berpacaran dengan Cheng.

Cheng memaksa Chui berlutut di kaki lima sambil diperhatikan jiran tetangga dan menuduhnya curang. Wanita yang mengikut Chui pulang turut berdiri di sisi mangsa ketika pasangan itu bertengkar. ADEGAN Chui ditampar oleh Cheng sambil diperhatikan seorang lagi wanita yang mengikut lelaki itu pulang.

Bagaimanapun, Chui menegaskan dia tidak mengajak wanita terbabit pulang dan meminta kekasihnya itu mendengar dulu apa yang hendak dikatakannya.“Dengar dulu apa yang hendak saya katakan sebelum kamu memukul saya,” katanya.

Cheng yang berang kemudian mula menampar muka Chui hingga lelaki itu menjerit. “Kamu mempermainkan saya!” jerit Cheng.Dia juga menggesa wanita yang berdiri di sisinya itu agar menjelaskan perkara yang sebenar.

Kejadian itu dirakam seorang jiran yang mendesak supaya Chui memutuskan hubungan dengan Cheng dan tidak puas hati kerana mangsa tidak melawan kembali.

Jiran lain mula campur tangan tetapi dipintas Cheng yang menjerit agar mereka menjaga hal sendiri.Kebanyakan saksi memihak kepada Chui dan seorang wanita berkata:

“Berdirilah cepat, tolak perempuan yang berperangai buruk ini, kamu layak dapatkan wanita lebih baik.”

Seorang jiran menghubungi polis yang kemudian menahan Cheng.Jurucakap polis memberitahu akhbar South China Morning Post yang mereka menerima panggilan telefon kira-kira jam 5.10 petang pada 4 Oktober lalu dari Kowloon City.

Selepas video insiden itu dimuat turun, ia berjaya menarik lebih 700,000 pengunjung dalam tempoh kurang dari tiga hari.

Polis yang tiba di tempat kejadian kemudian menahan Cheng sebelum menghubungi ambulans untuk membawa Chui ke hospital untuk rawatan.

-Agensi/hmetro

Marah suami noda isteri

Kuala Lumpur: Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya. Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.

“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam. Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang. “Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu.

“Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.

Difahamkan, kes terbabit dirujuk kepada polis daerah Kajang untuk siasatan lanjut memandangkan mangsa dipercayai dirogol di lokasi dalam daerah itu.

-myMetro

Tuesday, 8 October 2013

Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

 Restoran caj sarapan VVIP RM6,000                                                     
Restoran caj grup VVIP RM6,000
Anggota penguat kuasa PDNKK turut memantau kawasan penjualan lauk di restoran terbabit yang diserbu semalam.
   
KOTA BHARU - [Dikemaskini] Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.

“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.

"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.

Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.

“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.

Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.

Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.

“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.

“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.

_Sinar

Kelebihan 10 hari awal Zulhijjah

 Oleh :Imam Muda Asyraf

Apabila tibanya Zulhijjah akan tergambar dalam pemikiran umat Islam ibadah cukup besar dalam syariat iaitu ibadah haji, rukun Islam terakhir wajib dilaksanakan bagi setiap Muslim yang berkemampuan.

Pada bulan ini juga hati umat Islam semakin terpanggil untuk menunaikan ibadah haji di Baitullah dengan penuh rasa perhambaan kepada-Nya. Sesungguhnya Zulhijjah adalah bulan mulia kerana ia bulan ibadah bagi mereka yang menunaikan haji mahupun tidak.      
Jika pada Ramadan, Allah SWT menyediakan sepuluh malam terakhir untuk hamba memperbanyak ibadah qiyam, maka pada sepuluh awal Zulhijjah adalah sepuluh hari (siang) terbaik untuk setiap Muslim memperhambakan diri kepada-Nya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi waktu fajar dan demi sepuluh malam.” Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim berpendapat ‘sepuluh malam’ disebutkan Allah SWT bermaksud sepuluh hari awal Zulhijjah. Ini juga pandangan sahabat dan tabiin antaranya Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair dan Mujahid.

Lafaz pujian 10 hari awal Zulhijjah

Sepuluh hari awal Zulhijjah juga hari-hari mulia untuk melafazkan puji-pujian kepada Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Surah al-Haj, ayat 27-28)

Ibn ‘Abbas menyatakan, hari tertentu dimaksudkan dalam ayat ini ialah sepuluh awal Zulhijjah. Pada hari itu syiar Islam terserlah dengan pengucapan lafaz pujian kepada Allah SWT terutama lafaz tahmid dan takbir.
Pada sepuluh awal Zulhijjah ini umat Islam digalakkan memperbanyakkan kalimah takbir (Allahu Akbar), tahlil (La ilaha illallah) dan tahmid (Alhamdulillah). Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda: “Tiada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan tiada amalan yang lebih disukai-Nya kecuali pada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya takbir, tahlil dan tahmid.” (Riwayat Imam Ahmad)

Maka perbanyakkanlah lafaz pujian kepada Allah SWT dengan mengucapkan ketiga-tiga zikir ini. Sahabat dan salaf al-soleh akan memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini dengan takbir sehingga ia kedengaran jelas di pasar dan premis perniagaan.

Diriwayatkan, Nabi SAW menerangkan secara jelas kelebihan sepuluh hari awal Zulhijjah. Daripada Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amalan pada siang hari yang lebih mulia berbanding hari-hari ini (iaitu sepuluh awal Zulhijjah). Sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah? Jawab Baginda SAW: “Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar (berjihad) dengan nyawa dan hartanya dan tidak pulang dengan sesuatu pun (daripada kedua-duanya).” (Riwayat Abu Daud)

Detik manis ditunggu jemaah haji

Bagi mereka yang menunaikan ibadah haji, hari-hari terakhir pada sepuluh awal Zulhijjah adalah detik manis dan amat ditunggu-tunggu. Pada 8 Zulhijjah yang juga dikenali sebagai hari Tarwiyah, jemaah haji akan memulakan perjalanan sama ada ke Mina mahupun Arafah dalam memenuhi tuntutan manasik haji.

Mereka akan mula berangkat daripada tempat penginapan di Makkah al-Mukaramah dengan berpakaian ihram serba putih untuk menyahut seruan Ilahi dengan laungan talbiah memenuhi langit Makkah.

Hari Arafah pada 9 Zulhijjah dipenuhi amal ibadahkepada Allah SWT, tidak kira bagi mereka yang menunaikan haji atau tidak. Hari Arafah antara hari kebesaran bagi umat Islam.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Hari Arafah, Hari al-Nahr (Aidiladha) dan hari-hari Tasyrik adalah hari perayaan kita sebagai umat Islam. Ia hari untuk makan dan minum.” (Riwayat Abu Daud)

Antara kelebihan hari Arafah ialah umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji disunatkan berpuasa. Nabi SAW bersabda: “Dengan berpuasa pada hari Arafah aku berharap padanya supaya Allah ampunkan dosa-dosa tahun yang lepas dan juga tahun akan datang.” (Riwayat Muslim)

Hari Arafah juga diterima setiap doa hamba-Nya yang memohon permintaan dan keampunan. Malah doa dipinta kepada Allah SWT pada hari itu adalah sebaik-baik doa dan semulia-mulia waktu untuk diperkenankan oleh-Nya. Sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Riwayat Imam al-Tirmizi).
Gunakanlah sebaik-baiknya sama ada bagi mereka yang menunaikan haji mahupun tidak untuk berdoa menadah tangan kepada Allah SWT dengan penuh rasa perhambaan kepada-Nya.

Hajjatul wada’

Pada hari Arafah juga berlakunya hajjatul wada’, Rasulullah SAW menerima wahyu daripada Allah SWT menandakan lengkapnya risalah yang dibawa Baginda kepada seluruh umatnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada hari ini Aku telah lengkapkan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam sebagai deen (agama) kamu.” (Surah al-Maidah, ayat 3)

Aidiladha yang diraikan pada 10 Zulhijjah pula hari kebesaran dan kegembiraan bagi umat Islam. Pada hari itu umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban bermula sehingga hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah korban syiar perhambaan kepada Allah SWT. Malah ibadah korban membuka ruang amal kebajikan bagi mereka yang berkemampuan dengan menyalurkan daging sembelihan kepada fakir miskin, anak yatim, jiran tetangga, rakan taulan dan sanak saudara.
 
-BH

Aktivis sebar video wanita Saudi pandu kereta

Riyadh: Aktivis hak asasi wanita memuatnaikkan video dalam laman media sosial menunjukkan seorang wanita memandu kereta di jalan raya di Riyadh baru-baru ini.

Akhbar Al-Hayat melaporkan, video itu juga menunjukkan pemandu lelaki di jalan berkenaan seolah-olah menerima kehadiran pemandu wanita itu.
Aktivis mengemukakan gambar itu kurang tiga minggu sebelum kempen mendesak wanita dibenarkan memandu dilancarkan pada 26 Oktober ini.

Kempen berkenaan yang disebarkan menerusi Facebook menarik sokongan lebih 12,000 orang.

Seorang aktivis, Asma Al-Oboudi yang turut menyertai kempen sama pada 1990 berkata tiada satupun peraturan negara itu yang melarang wanita memandu. 

Beliau berkata, video yang disiarkan itu menjadi bukti wanita juga boleh memandu tanpa memberi sebarang masalah.

“Mereka tidak perlu bimbang kerana wanita sentiasa mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.

- Agensi/Metro

Monday, 7 October 2013

Polis biar Muslim diserang

           

Polis biar Muslim diserang
     
Thandwe: Perusuh Buddha tidak mempedulikan gesaan Presiden Thein Sein, supaya menghentikan keganasan terhadap penduduk minoriti Islam, ketika beliau melawat barat Myanmar minggu lalu.

Malah, anggota keselamatan tidak menghalang mereka membakar rumah penduduk Islam atau mencencang mereka hingga mati dan ada ketikanya, anggota keselamatan termasuk polis memberi galakan.      

Tingkat keraguan

Keadaan itu meningkatkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan menghapuskan kebencian penduduk Buddha yang dipersalahkan atas kematian 240 penduduk Islam sejak 18 bulan lalu.

Selasa lalu, lima penduduk Islam dibunuh dalam serangan di bandar ini, hanya beberapa jam sebelum Thein Sein mendarat untuk satu kunjungan.

Beliau berjanji siasatan segera akan dilakukan dan media kerajaan kelmarin melaporkan, 44 suspek ditahan tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Penduduk Islam ketakutan

Namun, ketika askar meronda di perkampungan terjejas teruk di Thabyuchaing, sambil membawa senjata semi-automatik, penduduk Islam masih ketakutan.

Mereka berkata, pihak berkuasa ada banyak peluang menghalang serangan Selasa lalu, setiap satu lebih kejam dan ganas berbanding sebelumnya, namun tidak melakukan apa-apa.

Lebih 110 rumah dibakar dan 500 penduduk hilang tempat tinggal di negara 60 juta penduduk itu.

Pada mulanya, 150 samseng Buddha masuk ke perkampungan itu pada awal pagi dan membakar sebuah rumah sebelum dihalang, kata Myint Aung, 52, berdiri di depan sebuah masjid.

Polis menahan tiga suspek sejurus selepas itu, namun membebaskan mereka serta merta selepas diugut lebih banyak keganasan akan meletus.

Walaupun polis menjanjikan perlindungan di perkampungan Islam, merampas senjata dan mengarahkan mereka pulang ke rumah, lebih ramai samseng menyerang pada jam 9.30 pagi dan kemudian 2.30 petang.

Antara yang maut adalah wanita berusia 94 tahun dan lelaki berusia 89 tahun, kedua-duanya terlalu uzur untuk lari dan mati kerana ditikam.
-AP/BH

Saksi isteri bunuh diri di Skype

Colombo: Seorang wanita membunuh diri ketika berbual dengan suaminya menerusi Skype setelah berang suaminya mabuk.

Mangsa, penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.
Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk.
Wanita itu memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.

Jurucakap polis berkata, wanita itu kemudian menghala kamera supaya suaminya dapat melihat dia menggantung diri.
Lelaki itu menelefon saudara maranya untuk menghalang perbuatan isterinya, tetapi sudah terlambat.

- Agensi/Metro

Kabsa punca mati pucuk

Riyadh: Seorang doktor Saudi memberi amaran juadah nasi Kabsa jika dimakan secara berlebihan boleh mengakibatkan mati pucuk.

Dr Ahmed Al Saga, perunding di Hospital Al Nour di bandar raya Makkah, berkata terdapat kepercayaan memakan lemak dan makanan berkolesterol tinggi boleh meningkatkan kebolehan seksual lelaki.
“Kebanyakan orang percaya makan Kabsa bersama makanan berlemak dan berkolesterol tinggi membolehkan mereka menjalani kehidupan seksual lebih baik.
“Kepercayaan itu salah sama sekali...ia sebenarnya sebaliknya,” katanya kepada akhbar Saudi yang berpusat di London.
Menurutnya, pengambilan makanan berkenaan akan menyebabkan lebih banyak darah dalam tubuh mengalir ke perut. “Ini menyebabkan perasaan malas dan letih. Keadaan ini turut menghalang darah daripada sampai ke kemaluan dan memberi kesan teruk pada jangka panjang,” katanya.
Kabsa ialah nasi yang dicampur dengan lemak dan minyak, ayam atau daging dan rempah-ratus.
FotoNASI Kabsa
 
Ia menjadi juadah istimewa di Arab Saudi dan negara Arab lain.

- Agensi/Metro

Friday, 4 October 2013

Terserempak 'bigfoot' dalam gua

PETANG semalam, saya berpeluang mendengar cerita Majid Adek, juruhebah Asyik FM yang berasal dari Lasah, Sungai Siput, Perak.

Mendengar cerita lelaki Temiar berusia 52 tahun itu buat saya lupa seketika pada laporan Ketua Audit Negara, juga hal konflik Kongres Amerika, Republikan dengan Obama.

Mana tidaknya, Majid telah membawa saya jauh ke dalam belantara di sempadan Perak - Kelantan yang menurutnya, jarak perjalanan berjalan kaki oleh Orang Asli - yang terkenal kuat, cekap, cergas dan pantas di dalam hutan - dari Kampung Pendek, Lasah, Sungai Siput, sahaja pun sehari suntuk.

"Jadi kalau saudara tanya saya berapa jauh, saya pun tak tahu nak agak. Apa yang saya ingat, saya berdua dengan ayah saya masa itu, kalau masuk jauh ke dalam hutan, seminggu baru kami balik," katanya.
-Sinar
 Apa yang mahu diceritakan Majid, saya percaya tidak pernah dilalui orang lain. Malah saya juga percaya akan ada yang meragui ceritanya. Ianya adalah berkaitan dengan bigfoot, makhluk yang dianggap mitos oleh kebanyakan kita.

"Peristiwa ini berlaku lewat 1960an, mungkin makhluk itu sudah pupus sekarang," katanya.

Majid berkata, dia yang pada masa itu berusia lapan atau sembilan tahun sering mengikut ayahnya mencari hasil hutan.

"Malam, kami tidur dalam gua. Ayah saya memang arif mengenai kawasan itu, jadi dia tahulah mana yang selamat, mana yang tidak. Awal-awal lagi dia beritahu saya, kalau ada bunyi berdegum-degum seperti orang berjalan dengan hentakan kaki yang kuat, itu tandanya ada ta'woi. Ta'woi itulah bigfoot," kata Majid.

Suatu hari, katanya ketika berada di dalam sebuah gua, dia dengar bunyi seperti yang dikatakan. Majid lalu dipanggil ayahnya untuk melihat makhluk misteri itu.

"Ya, memang saya nampak. Ta'woi rupanya berbulu kehitaman. Tingginya lebih kurang sama dengan kita. Di kepalanya seperti ada lekukan. Ayah saya punya petua, kalau jumpa ta'woi, kita kena batuk. Dia akan cepat-cepat pergi sebab ta'woi cukup takut dengan penyakit. Dia takut penyakit (batuk) kita berjangkit padanya," katanya.

Kata Majid, itulah satu-satunya pengalaman dia melihat makhluk itu secara live. "Tapak kakinya, memang selalu jumpa. Saiz tapak kaki ta'woi sama macam kita, cuma ia terbalik. Tanda ke arah mana ia berjalan adalah dengan melihat tumit, bukan jarinya."

Ta'woi jarang hadir di kawasan yang hampir dengan perkampungan Orang Asli. "Tapi orang kami waktu itu cukup berjaga-jaga. Sebab itu, wanita kami dilarang sama sekali masuk jauh ke dalam hutan, takut terserempak dengan ta'woi. Ada cerita turun temurun, ta'woi kalau jumpa wanita kita, dia perkosa," katanya.

Selain itu, ta'woi juga cukup gemar daun ber, sejenis daun di dalam hutan tebal. Orang Asli juga kata Majid sangat menyukai daun itu.

"Kita makan mentah saja tapi ta'woi, lepas petik daun ber, ia letak sekejap di atas kepalanya, di tempat yang berlekuk itu, macam kuali. Mungkin panaskan dengan haba badan, lepas itu baru dia makan," katanya.

Mendengar cerita Majid, saya teringat apa yang pernah diceritakan Allahyarham Ismail Ombong, juga bekas juruhebah radio Asyik FM. Ismail suku Temuan di Negeri Sembilan. Kata Ismail, ketika belum Islam, dia selalu mengikut ayahnya memburu sikah, sejenis monyet. "Lepas disumpit, jatuh saja sikah tetapi kita cari tak jumpa, itu kerja 'bojoih' la tu," katanya.

'Bojoih' atau bojos atau dipanggil juga lecor atau lecha, satu lagi makhluk misteri yang hidup dalam hutan tebal di negara kita. Makhluk ini dikatakan menyerupai manusia dari segi fizikal tetapi sifat dan jenisnya yang sebenar tidak diketahui.

Dikatakan, bojos terdapat di kawasan hutan tebal daerah Hulu Langat, Selangor dan Raub, Pahang. Ia pernah dilihat muncul secara berkumpulan di kawasan jeram yang terdapat banyak ikan. Bojos cekap menangkap ikan dengan tangan.

Mereka juga sangat sensitif terhadap bau manusia dan akan ghaib sepantas kilat sebaik sahaja menyedari kehadiran manusia di persekitaran mereka.

Oleh itu, bagi ahli hutan yang terdiri daripada pemancing atau pemburu, mereka ada cara tersendiri untuk mengintai bojos iaitu dengan melumur badan dengan ikan hingga hilang sepenuhnya bau manusia. Hanya dengan cara itu, bojos tidak dapat menghidu kehadiran mereka.

Saya juga teringat apa yang saya pernah baca dalam majalah, dikatakan berlaku di Perlis hingga 1960an, ada spesis orang kerdil yang tubuh mereka hanya bertutup daun, keluar dari kawasan hutan arah sempadan Thailand - kalau tidak silap saya di kawasan Bintong - minta tembakau daripada orang kampung.

Ada yang datang berpasangan, mungkin suami isteri. Bahasa pertuturan mereka tidak difahami namun biasanya, mereka hanya minta tembakau sebelum berlalu pergi. Sama ada kaum itu masih wujud, tidak diketahui namun sudah berdekad katanya, mereka tidak pernah muncul lagi.

Pasti ramai yang meragui cerita ini. Apa pun, pasti masih banyak rahsia alam sekeliling yang belum kita teroka sepenuhnya.

Bersekedudukan hampir 10 tahun

Bersekedudukan hampir 10 tahun

BATU PAHAT - Tindak-tanduk seorang wanita berusia 29 tahun yang sering kali berulang-alik ke rumah kekasihnya yang bukan Islam menimbulkan tanda tanya penduduk sekeliling selama ini  akhirnya terbongkar.

Kelakuan sumbang pasangan berkenaan terbongkar apabila kediaman lelaki itu yang terletak di Jalan Mustafa, di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi semalam, oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat.

Turut menyertai serbuan itu adalah anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan yang didakwa  bersekedudukan hampir 10 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia lapan tahun.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, wanita berasal dari Kelantan itu pada mulanya enggan memberikan kerjasama  dengan mendiamkan diri.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dipujuk, wanita terbabit akhirnya akur dan keluar dari bilik seterusnya menceritakan situasi sebenar.

“Wanita itu dipercayai bersekedudukan dengan kekasihnya yang bukan Islam di sebuah rumah sejak 10 tahun lalu. Wanita itu juga mengakui tidak lagi mengamalkan ajaran Islam seperti solat dan  sebagainya,” katanya, di sini.
Saiful Ariffin berkata, hasil  pemeriksaan lanjut dalam sebuah  bilik di kediaman pasangan ber- kenaan mendapati seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sedang nyenyak tidur.

 Menurutnya, wanita terbabit turut mengakui kanak-kanak itu adalah anak hasil hubungan dengan kekasihnya.

Mengikut surat beranak yang disertakan, anak itu tidak berbinkan kepada sesiapa dan pihaknya percaya dia adalah anak tidak sah taraf.

Bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat agama yang dianuti kanak-kanak berkenaan.

“Setakat ini, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 23(1)(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997 dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai berhubung  kesalahan yang dilakukan

“Kita menasihatkan agar  keluarga memainkan peranan  penting bagi mengelak anak tersasar jauh daripada ajaran Islam,” katanya.

Saiful Ariffin memberitahu,  operasi itu bertujuan membendung kegiatan sumbang yang semakin  menular dalam kalangan anak muda sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, operasi seperti ini juga akan dilakukan dengan lebih kerap, tertumpu kepada aduan orang ramai, hotel bajet dan  kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti itu.

-Sinar