Paris: Pemilik baru sebuah pangsapuri di Paris minggu lalu menemui sesuatu yang mengejutkan ketika mula menduduki kediaman itu.
Dia menemui mayat penyewa sebelumnya dalam bentuk mumia yang tergantung selama lapan tahun.
Mayat itu ditemui di pangsapuri dekat pinggir Bussy-Saint-Georges Jumaat lalu selepas penginapan itu dilelong ekoran disita oleh bank, kata sumber polis dan badan kehakiman.
Pemilik sebelumnya, bekas pengawal keselamatan yang berketurunan Kemboja ditemui menggantung dirinya dengan kain cadar.
Lelaki berusia sekitar 40-an ketika kematiannya itu tidak pernah lagi dilihat sejak 2005 selepas dia memfailkan aduan ekoran dipecat.
Dia juga sudah memutuskan hubungan dengan keluarganya beberapa tahun sebelum itu dan jiran tetangga menyangka dia pulang ke Kemboja.
Pangsapuri itu akhirnya dijual selepas dia gagal membuat bayaran ansuran penyelanggaraan bangunan itu.
Sumber polis berkata, pemilik baru menemui mayat lelaki itu ketika dia sampai untuk memeriksa pangsapuri terbabit dan masuk ke dalam penginapan berkenaan dengan bantuan tukang kunci.
“Mayat dalam keadaan baik, begitu juga dengan pangsapuri berkenaan,” kata sumber itu.
Polis tidak dapat menjelaskan mengapa mayat itu tidak reput.
Jiran tetangga berkata, mereka langsung tidak terfikir yang ada mayat dalam pangsapuri itu.
“Saya menyangka ia pangsapuri tinggal,” menurut seorang penduduk berdekatan.
- Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment