Thursday, 19 November 2015

Lelaki bersenam atas lampu isyarat




Suzhou (China): Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.
Lelaki berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki itu menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksi itu.
Lelaki itu dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.
 
Pada mulanya anggota bomba memujuk lelaki itu turun, tetapi dia enggan.
Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.
Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan.




- Agensi/Metro

Wednesday, 18 November 2015

Pasangan pengantin makan kemaluan perogol


Lampung (Indonesia): Satu pasangan pengantin baru ditahan polis kerana dipercayai membunuh dan memakan kemaluan seorang lelaki yang didakwa merogol wanita berkenaan, kata polis semalam. Suami wanita itu, Rudi Efendi, 30, mengaku membunuh mangsa selepas mendapati isterinya tiada dara ketika malam pertama mereka pada September lalu. Isterinya yang berusia 20 tahun mengaku dia dirogol seorang pemandu yang juga bekas kekasihnya. Kerana berang, Rudi mengarahkan isterinya menghubungi lelaki itu dan berpura-pura mahu bertemu pada awal Oktober lalu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Rudi menikam lelaki berkenaan hingga mati sebelum memotong kemaluannya. Mangsa ditemui terbakar bersama kereta miliknya. Rudi kemudian membawa kemaluan mangsa pulang ke rumah dan meminta isterinya menggoreng alat sulit mangsa itu sebelum makan bersama-sama. “Saya sangat marah. “Saya mengambil keputusan memakan alat sulit lelaki itu bagi mengubati hati saya yang sakit,” kata Rudi kepada wartawan. Seorang jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, kes itu masih lagi dalam siasatan tetapi mengesyaki pembunuhan itu dirancang lebih awal. “Kami percaya si suami yang melakukan pembunuhan manakala isterinya hanya bersubahat,” katanya.




- Agensi




- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93874#sthash.zBjn6dgv.dpuf

Tuesday, 17 November 2015

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit

Ibu 'masak' bayi dalam ketuhar 5 minit

SACRAMENTO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.
Dalam perbicaraan kelmarin, Ka Yang, 34, didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.
Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus termasuk pembakaran radiasi di organ dalamannya.
Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia mengalami sawan jenis epileptic ketika kejadian tersebut.
Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang‎ berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.
Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang‎ sedang mendukung bayinya ketika dia diserang sawan.
Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.
Detektif memberitahu Ka Yang‎ mengaku berbohong kepada mahkamah dan memberi alasan lain iaitu mempunyai personaliti berbeza.
Peguambela Ka Yang,‎ Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.
"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini," kata Parisi ketika ditemu ramah.
Wakil keluarga Ka Yang‎ mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan' (ketika kejadian).
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman kepada Ka Yang Disember nanti.

-Sinar

Monday, 16 November 2015

Tak hirau sakit bersalin

London: Seorang wanita mengongsikan gambar adiknya menyiapkan peperiksaan psikologi walaupun mengalami kontraksi kerana mahu melahirkan anak.
Shanell Brinkley-Chapman yang memuat naik gambar adiknya, Tommitrise Collins di Facebooknya memuji kegigihan ibu baru itu menghabiskan kertas peperiksaannya walaupun kontraksi dirasai setiap tiga minit.
“Inilah namanya tidak mengetepikan keutamaan.
“Walaupun kontraksinya setiap tiga minit, dia tetap menyiapkan Ujian Psikologinya! Kamu memang akan menjadi ibu yang hebat, adikku!” katanya.
Gambar itu menunjukkan Tommitrise duduk di atas katil dengan memakai gaun hospital dengan wayar dilekatkan pada tangannya merenung komputer ribanya dengan tenang.
Ia dikongsikan lebih 11,700 kali sejak dimuat naik Khamis lalu dengan orang ramai rata-rata memuji semangat Tommitrise.
Dia diilaporkan melahirkan anak perempuan.

     


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93363#sthash.kPWczW54.dpuf

Friday, 13 November 2015

Pesta bersihkan mayat di Indonesia

JAKARTA – Etnik Toraja di sini mengamalkan ritual pelik apabila mereka akan menggali semula kubur ahli keluarga dan saudara-mara bagi membersihkan rangka mayat.

Ritual berkenaan dikenali sebagai Ma'nene atau Pembersihan Mayat yang diraikan setiap tiga tahun oleh etnik yang tinggal di kawasan pergunungan di Tana Toraja, Pulau Sulawesi itu.

Lazimnya, penduduk di pulau berkenaan akan membawa pulang mayat-mayat yang digali ke rumah sebelum dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu serta dihias cantik.




SEBAHAGIAN penduduk bersama mayat ahli keluarga mereka yang telah dipakaikan dengan pakaian baharu. - AGENSI



Malah, keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat akan turut ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus.

"Upacara ini diadakan untuk menghormati orang yang telah meninggal dunia. Walaupun, mereka telah mati, namun roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud. Oleh itu, mereka perlu dibersihkan," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Ritual pengebumian itu juga menelan kos tinggi menyebabkan etnik Toraja terpaksa mengumpul wang sebelum meraikan festival itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3rKku54Jx

Diperkosa 43,200 lelaki


Mexico City: Seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa diperkosa 43,200 lelaki dalam tempoh empat tahun.
Karla Jacinto berkata, dia dipaksa tidur dengan sekurang-kurangnya 30 lelaki tujuh hari seminggu dan menganggarkan dirogol 43,200 orang sehingga diselamatkan pada 2008.
Bukan dia sahaja mangsa kejadian seumpama itu, malah ribuan gadis Mexico sepertinya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Menceritakan pengalamannya, Karla berkata, dia mula dicabul pada usia lima tahun dan apabila berumur 12 tahun menjadi mangsa pemerdagangan manusia apabila seorang lelaki berusia 22 tahun mengumpannya menggunakan hadiah dan kata manis sebelum dipaksa melacur.
Selepas jatuh ke tangan rangkaian pelacuran dan pemerdagangan manusia yang dipercayai mempunyai jaringan di bandar utama AS termasuk New York, Los Angeles, Atlanta serta Miami, dia dipaksa menjadi pelacur di rumah pelacuran, jalanan dan rumah persendirian.
Karla kini berusaha menimbulkan kesedaran mengenai penghambaan seks.
“Anak kecil diculik, diumpan dan dilarikan daripada keluarga mereka. Belajarlah daripada pengalaman saya supaya kita dapat menyelamatkan mereka,” katanya. - Agensi







- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92658#sthash.IQRaN35P.dpuf

Wednesday, 11 November 2015

Simpan hidung tunggu wang



Jiujiang: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selepas hidungnya putus digigit anjing liar ketika bermain di luar rumah. Lebih malang lagi, hidung kanak-kanak itu, Xiaowen masih belum disambung semula kerana keluarganya tidak mampu menanggung kos perubatan yang mahal. Xiaowen kini dirawat di sebuah hospital di sini dan hidungnya direndam dalam cecair khas sementara menunggu ia disambung semula. Bapa Xiaowen, Wu Huajing berkata, anaknya diserang seekor anjing liar pada 31 Oktober lalu sehingga menyebabkan sebahagian hidungnya terputus.
“Saya membawa Xiaowen ke hospital, tetapi doktor memberitahu kecederaan anak saya sangat parah dan tidak boleh dirawat di sini. “Doktor berkata, anak saya perlu menjalani pembedahan menyambung semula hidungnya di hospital di Shanghai,” katanya. Bagaimanapun, dia tidak mampu membawa anaknya ke Shanghai kerana kos pembedahan dianggarkan berjumlah 300,000 yuan (RM203,555). Huajing yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menyara lima lagi anak kini merayu derma orang ramai untuk membantu kos pembedahan anaknya itu. “Saya sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anak saya. Setiap hari dia menangis kerana kesakitan,” katanya.








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91413#foto

Monday, 9 November 2015

Bongkar kecurangan isteri VIP

SOALAN paling kerap ditanya, lelaki atau wanita siapa yang lebih ramai berlaku curang?

Sukar untuk memberikan jawapan yang pasti, namun Wan Zairi Afthar Ishak merasakan peratusan kes tidak banyak berbeza di antara kedua-duanya.
“Jika dahulu kisah kecurangan kebanyakan dikaitkan dengan lelaki. Namun dalam dunia yang semakin moden, sesiapa sahaja boleh terjerumus.
“Sebagaimana berlaku curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Beliau yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia selama enam tahun mengakui kes curang atau perbuatan tidak setia merupakan kes paling banyak diadukan klien kepada pihaknya.
“Setiap klien mempunyai kisahnya tersendiri. Kebanyakan klien kami terdiri daripada golongan atasan, kenamaan, kerabat diraja dan artis. Ada juga golongan pertengahan,” katanya.
Menceritakan salah satu kes yang pernah dikendalikan, menurut Wan Zairi, perbuatan curang yang ingin dikongsikan melibatkan golongan sosialit iaitu seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan ‘anak ikan’ (lelaki peneman).
“Klien kami merupakan seorang lelaki berstatus VIP. Pada mulanya dia agak malu untuk menceritakan masalah sebenar yang dihadapi namun, disebabkan mahukan kebenaran akhirnya dia berterus terang mengesyaki isterinya mempunyai skandal dengan lelaki lain.
“Seperti biasa selepas bersetuju untuk menerima kes terbabit, kami pun mula mengekori dan mengawasi gerak-geri wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Tioman.
“Tanpa diduga wanita berkenaan singgah di sebuah lokasi untuk mengambil rakan-rakannya yang juga berstatus isteri orang.
“Menyambung perjalanan mereka kemudian berhenti di satu lokasi lain dan bersuka ria di sebuah pusat hiburan. Namun apa yang mengejutkan kali ini mereka bersama dengan ‘anak ikan’ masing-masing. Rupa-rupanya mereka sekumpulan isteri-isteri orang yang ada skandal dengan ‘anak ikan’,” katanya.
Selepas puas berhibur, perjalanan diteruskan pula ke destinasi sebenar iaitu Pulau Tioman.
Sampai sahaja di lokasi berkenaan, kesemua wanita berkenaan bersama pasangan ‘anak ikan’ masing-masing memasuki sebuah hotel dan menginap di sana.
“Sepanjang mengekori mereka, kami menyamar sebagai pelancong namun, untuk memastikan sasaran tidak mengesyaki apa-apa, kami pun turut serta bersama kumpulan berkenaan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat.
“Kesempatan itu kami gunakan sebaiknya. Sepanjang tiga hari di sana bermacam-macam aksi dirakam untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada klien,” katanya.
Namun agak membimbangkan sebaik memperolehi bukti berkenaan, klien bertindak nekad datang ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri kecurangan isterinya.
“Pada masa itu emosi VIP tersebut memang dalam keadaan tidak terkawal. Sedih, kecewa dan marah pun ada. Bila-bila masa sahaja dia bersedia menyerang pasangan skandal itu.
“Melihat keadaannya itu, kami pun menasihatkan dia supaya tidak mencetuskan jenayah keganasan yang boleh memberi kesan pada dirinya. Akhirnya dia akur dan bertindak mengetuk pintu bilik penginapan isterinya.
“Sebaik sahaja pintu dibuka, situasi di dalam bilik tersebut bertukar seperti sebuah drama. Memang menyedihkan apabila klien terpaksa menyaksikan kecurangan isterinya di hadapan matanya sendiri sebelum sempat berkata ‘sampai hati awak buat saya macam ini,” katanya.

-Utusan

Friday, 6 November 2015

Curi tengkorak untuk dijadikan ubat




Beijing: Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum dikisar menjadi serbuk bagi dijadikan ubat untuk anaknya yang sakit mental.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Fu dipercayai menggali beberapa kubur di sebuah kampung di daerah Jinxian di wilayah Jiangxi sejak Julai lalu.

Fu yang berusia 40-an dilaporkan mengambil tengkorak wanita yang mati 30 tahun hingga 100 tahun.
Misteri kehilangan tengkorak di tanah perkuburan itu akhirnya terungkai apabila penduduk kampung ternampak Fu membawa guni pada minggu lalu.
Penduduk yang mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menghubungi polis yang kemudian menahan Fu.
Ketika pemeriksaan polis menemui tengkorak dalam guni yang dibawa Fu dan lelaki itu mengaku mencuri tengkorak di kubur berkenaan.
Fu berkata, pengamal
perubatan tradisional memberitahunya, penyakit mental anaknya boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.
“Saya hanya mengambil tengkorak wanita kerana diberitahu ia sangat mujarab untuk mengubati penyakit anak saya,” katanya.
Fu mengakui keadaan anaknya tidak berubah walaupun meminum air serbuk tengkorak berkenaan beberapa kali.






- Agensi/Metro

Thursday, 5 November 2015

Bayar RM18.2j atau hukum pancung




Riyadh: Seorang remaja berusia 16 tahun perlu membayar SR16 juta (RM18.2 juta) kepada keluarga seorang remaja yang dibunuhnya dalam satu pergaduhan dua tahun lalu untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya. Hakim di Hail, bandar di barat laut Saudi kelmarin memberikan tempoh dua bulan kepada keluarga Hamad Al Shammari untuk mengumpulkan diya atau wang darah untuk dibayar kepada keluarga mangsanya Khaled Hamad Khleef. Akhbar Sabq melaporkan, kempen mengumpulkan wang itu dilancarkan ketua kabilah Hamad, Sheikh Dhari bin Mohammed dengan sumbangan SR500,000 (RM569,000). Dia menggesa anggota kabilah berkenaan dan rakyat Saudi turut menyumbang untuk mengelakkan Hamad daripada dipancung.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); googletag.impl.pubads.createDomIframe("div-gpt-ad-1406187945380-0_ad_container" ,"/1009103/HM_Island_Ad_400x200_0",false,false); “Saya merayu semua anggota kabilah yang baik hati supaya menderma untuk membayar wang darah dan menyelamatkan nyawa anak saya,” kata ibu defendan . Menurut undang-undang syariah yang diamalkan di Arab Saudi, mereka yang didapati bersalah membunuh boleh dibebaskan dan mengelak daripada hukuman mati jika dimaafkan oleh keluarga mangsa selepas membayar diya. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan jumlah diya sebanyak SR300,000 (RM341,004) tetapi keluarga mangsa boleh menaikkan jumlah itu sesuka hati mereka. - Agensi






 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90790#sthash.XfhEhB3K.dpuf

Balasan si pencuri




Nanning, China: Seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri daging di sebuah pasar di sini diikat di tepi jalan dan dipakaikan satu sepanduk bertulis ‘Saya pencuri’. Wanita berusia 40 tahun itu dilihat duduk dengan tangannya diikat ke belakang pada satu besi di tepi jalan di luar pasar berkenaan. Saksi berkata, wanita itu ditangkap sekumpulan peniaga kerana mencuri daging kambing dan khinzir di pasar itu. Katanya, wanita berkenaan sudah beberapa kali ditangkap kerana mencuri dan tidak pernah serik melakukan jenayah berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Sebagai pengajaran beberapa peniaga membawa wanita itu ke tepi jalan sebelum mengikatnya pada penghadang besi. “Seorang peniaga kemudian meletakkan satu sepanduk di leher wanita itu yang bertulis ‘Saya pencuri’, ‘Saya mencuri daging kambing dan khinzir’,” katanya. Menurutnya, wanita itu dibiar terikat di tepi jalan beberapa jam sebelum orang ramai menghubungi polis. Beberapa gambar wanita itu dimalukan di tempat awam tersebar di laman sosial di China dan mendapat pelbagai reaksi pengguna. “Apa sudah jadi dengan negara ini? Di manakah undang-undang?” kata seorang pengguna. Seorang lagi pengguna pula menyokong tindakan peniaga itu dan berharap hukuman berkenaan akan membuatkan wanita itu insaf.






 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90816#sthash.1CqgFdB7.dpuf

Wednesday, 4 November 2015

Budak miliki jantung di luar badan

NEW YORK 31 Okt. – Walaupun dilahirkan dengan kecacatan yang unik iaitu jantung dan usus berada di luar dada dan abdomen, seorang kanak-kanak perempuan Rusia berusia enam tahun masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan seharian.
Virsaviya Borun menderita kecacatan yang unik selepas dilahirkan dengan keadaan jantung dan ususnya berada di luar abdomen. AGENSI
Portal Mail Online melaporkan, kanak-kanak terbabit, Virsaviya Borun yang kini tinggal di South Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama ibunya, menderita kecacatan dikenali sebagai Pentalogy of Cantrell, penyakit yang hanya berlaku satu dalam 5.5 juta kelahiran.
Jelas laporan itu, jantung Virsaviya yang berukuran saiz penumbuk, boleh dilihat berdegup di bahagian abdomen, selain hanya dilindungi lapisan kulit yang sangat nipis, dan usus kanak-kanak terbabit juga berada di luar badan disebabkan dia tidak mempunyai otot abdomen atau diafragma.
Malah dia dan ibunya, Dari Borun terpaksa berpindah dari Boston ke Florida kerana kanak-kanak terbabit tidak boleh hidup dalam cuaca sejuk.
Menurut ibunya, Dari Borun, ketika anak perempuannya itu berada dalam kandungan, doktor memaklumkan bahawa Virsaviyaakan mati sebaik-baik dilahirkan.
“Namun, anak saya membuktikan dakwaan doktor itu silap kerana dia masih mampu bernafas sehingga hari ini selepas enam tahun dilahirkan,” katanya.
Pesakit yang menderita kecacatan Pentalogy of Cantrell kebiasaannya memerlukan pembedahan, bergantung kepada betapa teruknya kecacatan tersebut dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

-Utusan

Tinggalkan cucu di padang pasir

Arizona: Seorang lelaki ditangkap dan dituduh meninggalkan cucunya berusia lima tahun di padang pasir bersama pistol .45 caliber serta arahan menembak ‘orang jahat.’ Paul Armand Rater, 53, dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan mendera dan membahayakan nyawa kanak-kanak berikutan kejadian itu kelmarin. Menurut polis, dia keluar bersama cucunya dari rumah mereka di Buckeye, 48 kilometer ke barat Phoenix dengan menaiki trak pikap. Bagaimanapun, empat jam kemudian, kanak-kanak itu dilaporkan hilang. Ibu kanak-kanak itu yang melancarkan usaha mencari menemuinya di kawasan padang pasir sambil memegang pistol itu.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Dia diberikan pistol dan diarah menembak orang jahat. Saya tidak pasti bagaimana kanak-kanak lima tahun dapat membezakan orang baik dan orang jahat,” kata syerif Maricopa County Joe Arpaio. Rater kemudian ditemui di sebuah kedai dan memberitahu polis, keretanya rosak dan terpaksa meninggalkan cucunya di bawah pokok di padang pasir kerana kanak-kanak itu tidak berdaya untuk berjalan. “Saya meninggalkan dia dan pistol itu sementara saya meneruskan perjalanan untuk minum dan makan,” kata pejabat syerif, memetik kata-kata Rater. - Agensi








- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90532#sthash.ql1NcoHm.dpuf

Tuesday, 3 November 2015

Lelaki makan mayat ditahan




New Delhi: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di daerah Moradabad di negeri Uttar Pradesh kelmarin selepas penduduk kampung mendapati dia mencuri sebahagian mayat di sebuah pusat membakar mayat di kuil Hindu tempatan dan memakannya.
Jurucakap polis tempatan SN Singh memberitahu wartawan, penduduk kampung Surajnagar membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Akhilesh dikatakan berasal dari daerah Sultanpur.
Menurut penduduk, lelaki itu memakan daging manusia yang diambil dari mayat yang dibakar di kuil itu.
Singh berkata, dia percaya Akhilesh menghidap masalah mental dan tindakan akan dikenakan terhadapnya selepas polis menerima laporan forensik dan perubatan, termasuk menghantarnya ke hospital sakit jiwa di Agra untuk tujuan pemeriksaan.
Seorang penduduk DK Bharti berkata, penduduk kampung yang datang untuk satu majlis pembakaran mayat melihat lelaki itu cuba berada terlalu dekat dengan mayat yang dibakar. Sebaik dikejar, Akhilesh, yang gerak-gerinya menjadi perhatian penduduk setempat sejak 15 hari lalu, melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong.
Penduduk terkejut apabila menemui organ dan daging manusia tersorok di bawah sebuah katil di rumah itu.
Siasatan awal menunjukkan lelaki itu diusir oleh keluarganya di Sultanpur sejak lima tahun lalu. -




Agensi/Metro