NEW YORK 31 Okt. – Walaupun dilahirkan dengan kecacatan yang unik
iaitu jantung dan usus berada di luar dada dan abdomen, seorang kanak-kanak
perempuan Rusia berusia enam tahun masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan
seharian.
Virsaviya Borun menderita kecacatan yang unik selepas
dilahirkan dengan keadaan jantung dan ususnya berada di luar abdomen.
AGENSI
Jelas laporan itu, jantung Virsaviya yang berukuran saiz penumbuk, boleh dilihat berdegup di bahagian abdomen, selain hanya dilindungi lapisan kulit yang sangat nipis, dan usus kanak-kanak terbabit juga berada di luar badan disebabkan dia tidak mempunyai otot abdomen atau diafragma.
Malah dia dan ibunya, Dari Borun terpaksa berpindah dari Boston ke Florida kerana kanak-kanak terbabit tidak boleh hidup dalam cuaca sejuk.
Menurut ibunya, Dari Borun, ketika anak perempuannya itu berada dalam kandungan, doktor memaklumkan bahawa Virsaviyaakan mati sebaik-baik dilahirkan.
“Namun, anak saya membuktikan dakwaan doktor itu silap kerana dia masih mampu bernafas sehingga hari ini selepas enam tahun dilahirkan,” katanya.
Pesakit yang menderita kecacatan Pentalogy of Cantrell kebiasaannya memerlukan pembedahan, bergantung kepada betapa teruknya kecacatan tersebut dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.
-Utusan
No comments:
Post a Comment