New Delhi: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di daerah Moradabad di negeri Uttar Pradesh kelmarin selepas penduduk kampung mendapati dia mencuri sebahagian mayat di sebuah pusat membakar mayat di kuil Hindu tempatan dan memakannya.
Jurucakap polis tempatan SN Singh memberitahu wartawan, penduduk kampung Surajnagar membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Menurut penduduk, lelaki itu memakan daging manusia yang diambil dari mayat yang dibakar di kuil itu.
Singh berkata, dia percaya Akhilesh menghidap masalah mental dan tindakan akan dikenakan terhadapnya selepas polis menerima laporan forensik dan perubatan, termasuk menghantarnya ke hospital sakit jiwa di Agra untuk tujuan pemeriksaan.
Seorang penduduk DK Bharti berkata, penduduk kampung yang datang untuk satu majlis pembakaran mayat melihat lelaki itu cuba berada terlalu dekat dengan mayat yang dibakar. Sebaik dikejar, Akhilesh, yang gerak-gerinya menjadi perhatian penduduk setempat sejak 15 hari lalu, melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong.
Penduduk terkejut apabila menemui organ dan daging manusia tersorok di bawah sebuah katil di rumah itu.
Siasatan awal menunjukkan lelaki itu diusir oleh keluarganya di Sultanpur sejak lima tahun lalu. -
Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment