SOALAN paling kerap ditanya, lelaki atau wanita siapa yang
lebih ramai berlaku curang?
Sukar untuk memberikan jawapan yang pasti, namun Wan Zairi Afthar
Ishak merasakan peratusan kes tidak banyak berbeza di antara
kedua-duanya.
“Jika dahulu kisah kecurangan kebanyakan dikaitkan dengan lelaki. Namun dalam dunia yang semakin moden, sesiapa sahaja boleh terjerumus.
“Sebagaimana berlaku curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Beliau yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia selama enam tahun mengakui kes curang atau perbuatan tidak setia merupakan kes paling banyak diadukan klien kepada pihaknya.
“Setiap klien mempunyai kisahnya tersendiri. Kebanyakan klien kami terdiri daripada golongan atasan, kenamaan, kerabat diraja dan artis. Ada juga golongan pertengahan,” katanya.
Menceritakan salah satu kes yang pernah dikendalikan, menurut Wan Zairi, perbuatan curang yang ingin dikongsikan melibatkan golongan sosialit iaitu seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan ‘anak ikan’ (lelaki peneman).
“Klien kami merupakan seorang lelaki berstatus VIP. Pada mulanya dia agak malu untuk menceritakan masalah sebenar yang dihadapi namun, disebabkan mahukan kebenaran akhirnya dia berterus terang mengesyaki isterinya mempunyai skandal dengan lelaki lain.
“Seperti biasa selepas bersetuju untuk menerima kes terbabit, kami pun mula mengekori dan mengawasi gerak-geri wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Tioman.
“Tanpa diduga wanita berkenaan singgah di sebuah lokasi untuk mengambil rakan-rakannya yang juga berstatus isteri orang.
“Menyambung perjalanan mereka kemudian berhenti di satu lokasi lain dan bersuka ria di sebuah pusat hiburan. Namun apa yang mengejutkan kali ini mereka bersama dengan ‘anak ikan’ masing-masing. Rupa-rupanya mereka sekumpulan isteri-isteri orang yang ada skandal dengan ‘anak ikan’,” katanya.
Selepas puas berhibur, perjalanan diteruskan pula ke destinasi sebenar iaitu Pulau Tioman.
Sampai sahaja di lokasi berkenaan, kesemua wanita berkenaan bersama pasangan ‘anak ikan’ masing-masing memasuki sebuah hotel dan menginap di sana.
“Sepanjang mengekori mereka, kami menyamar sebagai pelancong namun, untuk memastikan sasaran tidak mengesyaki apa-apa, kami pun turut serta bersama kumpulan berkenaan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat.
“Kesempatan itu kami gunakan sebaiknya. Sepanjang tiga hari di sana bermacam-macam aksi dirakam untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada klien,” katanya.
Namun agak membimbangkan sebaik memperolehi bukti berkenaan, klien bertindak nekad datang ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri kecurangan isterinya.
“Pada masa itu emosi VIP tersebut memang dalam keadaan tidak terkawal. Sedih, kecewa dan marah pun ada. Bila-bila masa sahaja dia bersedia menyerang pasangan skandal itu.
“Melihat keadaannya itu, kami pun menasihatkan dia supaya tidak mencetuskan jenayah keganasan yang boleh memberi kesan pada dirinya. Akhirnya dia akur dan bertindak mengetuk pintu bilik penginapan isterinya.
“Sebaik sahaja pintu dibuka, situasi di dalam bilik tersebut bertukar seperti sebuah drama. Memang menyedihkan apabila klien terpaksa menyaksikan kecurangan isterinya di hadapan matanya sendiri sebelum sempat berkata ‘sampai hati awak buat saya macam ini,” katanya.
-Utusan

No comments:
Post a Comment