Jiujiang: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menahan sakit selepas hidungnya putus digigit anjing liar ketika bermain di luar rumah. Lebih malang lagi, hidung kanak-kanak itu, Xiaowen masih belum disambung semula kerana keluarganya tidak mampu menanggung kos perubatan yang mahal. Xiaowen kini dirawat di sebuah hospital di sini dan hidungnya direndam dalam cecair khas sementara menunggu ia disambung semula. Bapa Xiaowen, Wu Huajing berkata, anaknya diserang seekor anjing liar pada 31 Oktober lalu sehingga menyebabkan sebahagian hidungnya terputus.
“Saya membawa Xiaowen ke hospital, tetapi doktor memberitahu kecederaan anak saya sangat parah dan tidak boleh dirawat di sini. “Doktor berkata, anak saya perlu menjalani pembedahan menyambung semula hidungnya di hospital di Shanghai,” katanya. Bagaimanapun, dia tidak mampu membawa anaknya ke Shanghai kerana kos pembedahan dianggarkan berjumlah 300,000 yuan (RM203,555). Huajing yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menyara lima lagi anak kini merayu derma orang ramai untuk membantu kos pembedahan anaknya itu. “Saya sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan anak saya. Setiap hari dia menangis kerana kesakitan,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91413#foto
No comments:
Post a Comment