Nanning, China: Seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri daging di sebuah pasar di sini diikat di tepi jalan dan dipakaikan satu sepanduk bertulis ‘Saya pencuri’. Wanita berusia 40 tahun itu dilihat duduk dengan tangannya diikat ke belakang pada satu besi di tepi jalan di luar pasar berkenaan. Saksi berkata, wanita itu ditangkap sekumpulan peniaga kerana mencuri daging kambing dan khinzir di pasar itu. Katanya, wanita berkenaan sudah beberapa kali ditangkap kerana mencuri dan tidak pernah serik melakukan jenayah berkenaan.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); “Sebagai pengajaran beberapa peniaga membawa wanita itu ke tepi jalan sebelum mengikatnya pada penghadang besi. “Seorang peniaga kemudian meletakkan satu sepanduk di leher wanita itu yang bertulis ‘Saya pencuri’, ‘Saya mencuri daging kambing dan khinzir’,” katanya. Menurutnya, wanita itu dibiar terikat di tepi jalan beberapa jam sebelum orang ramai menghubungi polis. Beberapa gambar wanita itu dimalukan di tempat awam tersebar di laman sosial di China dan mendapat pelbagai reaksi pengguna. “Apa sudah jadi dengan negara ini? Di manakah undang-undang?” kata seorang pengguna. Seorang lagi pengguna pula menyokong tindakan peniaga itu dan berharap hukuman berkenaan akan membuatkan wanita itu insaf.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/90816#sthash.1CqgFdB7.dpuf
No comments:
Post a Comment