Friday, 31 March 2017

Cubaan eram telur ayam hingga menetas

ABRAHAM POINCHEVAL dirakam duduk di dalam sebauh vivarium pada

PARIS 30 Mac - Seniman Perancis, Abraham Poincheval terus bereksperimen apabila berhasrat me­netaskan kira-kira 10 biji telur ayam dalam satu percubaan yang bermula, semalam.
Lelaki berusia 44 tahun itu yang mahir dalam seni persembahan, meniru aksi seekor ibu ayam dengan mengeram telur haiwan ber­kenaan menggunakan suhu badannya di dalam sebuah vivarium sehingga telur terbabit menetas.
Katanya, eksperimen itu dijangka mengambil masa selama 21 hingga 26 hari.
“Saya secara umumnya akan menjadi seekor ayam,” kata Poincheval, bulan lalu.
Ini merupakan percubaan terbaharu Poincheval selepas tinggal di dalam arca beruang selama dua minggu dan arca batu selama se­minggu, baru-baru ini.
Poincheval berkata, dia mahu mencuba pelbagai konsep masa bagi spesies berbeza dan objek semula jadi dalam pertunjukannya.
Menurutnya, ini kerana cara terbaik untuk memahami sesuatu objek adalah dengan cuba berada di tempat itu, bukan melihatnya dari jauh.
Dalam eksperimen terbaharu Poincheval itu, dia akan duduk di atas sebuah kerusi khas dengan telur yang berada di dalam sebuah bekas diletakkan di bawah kerusi berkenaan.
Berdasarkan perkiraan lelaki itu, dia percaya suhu badannya akan kekal tinggi apabila memakai selimut khas ciptaan artis Korea, Seglui Lee.
Pada masa sama, Poincheval akan makan makanan tertentu seperti halia bagi menaikkan suhu badannya.
Dalam percubaan itu, Poincheval boleh berdiri dan me­ninggalkan vivarium berkenaan tidak lebih 30 minit sehari bagi me­nerima makanan yang akan dibawakan khas kepa­da­nya. – REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/cubaan-eram-telur-ayam-hingga-menetas-1.463911#ixzz4crUwISUn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 30 March 2017

Parah didera suami kerana Facebook

Kaherah: Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya selepas mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.
Menurut laporan, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.
Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum.
Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyiksa isterinya menggunakan benda tajam.
Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada dia bersikap curang terhadapnya.
Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan tidak memberinya makan.
Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isterinya cedera teruk akibat didera.
Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia untuk mewakili mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Mustafa sambil menggesa pihak berkuasa memenjarakannya.

-Metro

Alahai dunia: Tanam bayi perempuan hidup-hidup kerana jantina

Seorang pemandu teksi dipercayai bertindak menanam bayinya yang

NEW DEHLI 30 Mac - Polis menahan seorang pemandu teksi dipercayai bertindak menanam bayinya yang baru kerana dilahirkan jantina perempuan dan bukan lelaki di Jajpur, timur Odisha.
Bagaimanapun, selang beberapa lama selepas bayi itu ditanam, seorang penduduk kampung yang kebetulan lalu dikawasan itu ternampak kaki bayi malang yang tidak ditimbus.
Bayi perempuan itu berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan susulan pada hari Sabtu.
Berikutan insiden itu, suspek, Ramesh Chandra,35, ditahan atas kesalahan cubaan membunuh dengan niat.
Menurut jurucakap polis, Chandra mengakui perbuatan itu dengan alasan dia tidak terlalu miskin untuk menyara bayi perempuan.
Pada tahun 2011, sebuah kajian jurnal perubatan berpangakalan di Britain, The Lancet mengeluarkan laporan hampir 12 juta bayi perempuan telah digugurkan dalam tempoh tiga dekad lalu di India. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanam-bayi-perempuan-hidup-hidup-kerana-jantina-1.463586#ixzz4clmwaKGT

Wednesday, 29 March 2017

Mayat 500 tahun


Beijing: Mayat seorang pegawai kerajaan lama China yang dimumiakan ditemui dalam kubur purba oleh pekerja binaan di tengah negara itu baru-baru ini.
Mayat berkenaan yang dikatakan dalam keadaan amat baik dipercayai berusia kira-kira 500 tahun, menurut laporan media tempatan.
Mayat itu dibungkus dengan rapi menggunakan kain sutera.
Ia dipercayai milik pegawai Dinasti Ming bernama Gu Po yang juga cucu seorang pegawai antirasuah bernama Gu Zuo.
Mayat itu ditemui di daerah Taikang di wilayah Henan minggu lalu, menurut laporan akhbar Huanqui ketika pekerja memasang paip kumbahan bawah tanah.
Berdasarkan laporan, pekerja sebelum itu menemui batu nisan yang tertera perkataan ‘pegawai kerajaan Dinasti Ming’ serta nama keluarga ‘Gu.’
Walaupun sudah berusia lebih 500 tahun, rambut, gigi dan tangan Gu masih dalam keadaan seperti biasa. Kain sutera yang dipakaikan pada mayatnya juga masih baik.
Pegawai daerah Taikang berkata, mumia itu ditemui berhampiran Maozhuang, tempat kubur keluarga Gu yang lain ditemui.
Bagaimanapun, beberapa pihak berkata, penemuan itu tidak mempunyai nilai arkeologi kerana tidak ada benda lain di temui di dalam kubur Gu, kecuali mayatnya.

-Metro

Mayat dalam perut ular


Mamuju, Indonesia: Misteri seorang petani yang tidak pulang ke rumah selama sehari selepas bekerja di ladang kelapa sawit terbongkar selepas dia ditemui mati ditelan seekor ular sawa kelmarin.
Menurut Bangkapos.com, Akbar, 25, yang tinggal di Desa Salubiro di daerah Korossa keluar rumah pada pagi Ahad lalu untuk memetik buah kepala sawit di ladang miliknya.
Bagaimanapun, hingga petang kelmarin Akbar tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya bimbang.
Beberapa ahli keluarga Akbar dan dibantu penduduk kampung kemudian pergi ke ladang itu untuk mencari mangsa.
Selepas beberapa jam mencari akhirnya mereka menemui seekor ular sawa yang kekenyangan berhampiran sebatang pokok kelapa sawit.
Kerana curiga dengan perut ular sawa itu yang besar penduduk bertindak menangkap haiwan berkenaan dan membelah perutnya.
Selepas dibelah, penduduk terkejut apabila menemui mayat Akbar di dalam perut ular sawa berkenaan.
Seorang penduduk, Satriawan berkata, mayat Akbar masih berada dalam keadaan baik dan lengkap memakai seluar pendek dan berbaju.
“Berdasarkan kedudukan mayat, mangsa ditelan dari kepala oleh ular sawa berkenaan.
“Kemungkinan mangsa diserang ular sawa dari belakang dan ditelan hidup-hidup,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di kampung berkenaan.

-Metro

Tuesday, 28 March 2017

Sempat peluk Islam beberapa minit sebelum meninggal dunia

KUALA NERANG 27 Mac - Hasrat seorang remaja untuk memeluk Islam tercapai walaupun hanya sempat mengucap dua kalimah syahadah beberapa minit sebelum meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan di sini, pagi tadi.
Allahyarham Azyet Jopilin
Allahyarham Azyet Jopilin
Mangsa, Azyet Jopilin, 17, dari etnik Rungus yang berasal dari Kampung Teringai Darat, Kota Marudu, Sabah sepatutnya pergi ke pejabat agama di sini untuk urusan menukar agama pada pukul 2 petang, namun menemui ajalnya lebih awal.
Bapanya, Abdul Aziz Abdullah yang telah memeluk Islam selama lapan tahun dan menetap di Kampung Dalam, Mukim Kurung Hitam dekat sini berkata, sebelum kejadian dia dan dua anak lelakinya termasuk Allahyarham pergi menoreh getah di sebuah kebun milik majikannya.
"Bagaimanapun, setelah selesai menoreh di kebun pertama, dia tidak mahu mengikut kami ke kebun kedua kerana mahu balik ke rumah. Malangnya dia tidak membawa kunci rumah dan berpatah balik ke kebun.
"Sewaktu dalam perjalanan dia terbabas lalu terlanggar pokok... orang kampung yang pertama tiba di lokasi mengajarnya mengucap kerana memang sudah maklum akan niatnya memeluk Islam, sebelum dia meninggal dunia," katanya.
Abdul Aziz memberitahu, Allahyarham yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik baru empat bulan berada di Kedah kerana sebelum ini tinggal bersama neneknya di Kota Marudu.
"Memang dia sudah lama berniat mahu memeluk Islam dan turut belajar perkara asas dalam Islam seperti sembahyang dan mengucap dua kalimah syahadah.
"Dia ada berkata pada saya mahu bekerja kilang selepas ini dan kumpul duit untuk membeli motosikal," katanya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan suka menyakat adik-adiknya.
Walaupun sedih, Abdul Aziz berkata, beliau amat bersyukur kerana Allahyarham meninggal dalam keadaan sudah memeluk Islam malah jenazahnya turut diuruskan mengikut cara Islam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/sempat-peluk-islam-beberapa-minit-sebelum-meninggal-dunia-1.462602#ixzz4ca4YKyGC
 

Silap pilih seluar


Arizona (Amerika Syarikat): Malang bagi seorang pencuri apabila ditangkap selepas seluar dipakainya tersangkut pada pagar ketika cuba melarikan diri.
Kejadian itu menyebabkan dia tergantung dalam keadaan terbalik.
Kejadian berlaku selepas dia memecah masuk ke sebuah sekolah.
Seorang tukang kunci berkata, dia melihat lelaki tidak dikenali itu cuba memecah masuk ke sebuah sekolah rendah di Tucson, Arizona Jumaat lalu.
Sebaik menyedari diperhatikan, pencuri terbabit melarikan diri dan cuba melompat pagar besi yang mengelilingi sekolah berkenaan.

-Metro

Monday, 27 March 2017

Cendawan tumbuh dalam perut wanita


Beijing: Seorang wanita yang sering sakit perut terkejut selepas doktor menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perutnya.
Wanita berusia 50 tahun itu pada mulanya mendapatkan rawatan di hospital selepas sering sakit perut.
Selepas membuat pemeriksaan, doktor terkejut apabila menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perut wanita itu hingga menyebabkan organ itu tersumbat.
Doktor percaya cendawan itu tumbuh dalam perut wanita itu kerana dimasak tidak sempurna.
Wanita itu memberitahu doktor, dia sering memasak cendawan kering terus ke dalam kuali tanpa merendamnya terlebih dahulu.
Dia juga tidak mengunyah cendawan itu hingga hancur sebelum menelannya.
Keadaan itu menyebabkan cendawan berkenaan tidak hancur dan mula tumbuh dalam perut wanita berkenaan sehingga menyebabkan dia sakit.
Menurut doktor, cendawan paling panjang yang tumbuh di dalam perut wanita itu berukuran tujuh sentimeter.
Wanita itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semua cendawan berkenaan dengan selamat. 

- Agensi/Metro

Friday, 24 March 2017

Askar tanggal bom pada budak



Baghdad: Satu rakaman video menunjukkan detik dramatik seorang tentera Iraq menanggalkan bahan letupan yang diikat pada pinggang seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia tujuh tahun.
Kanak-kanak itu ditemui di luar Mosul selepas bersembunyi dalam kalangan penduduk yang melarikan diri daripada kumpulan militan Daish.
Dalam rakaman selama dua minit itu, seorang tentera dilihat perlahan-lahan mengangkat jersi biru tertulis nama bintang bola sepak Chelsea, Eden Hazard, yang dipakai kanak-kanak itu seterusnya mendedahkan sesuatu yang nampak seperti letupan dililit pada pinggangnya.
Anggota tentera terbabit kemudian meminta kanak-kanak berkenaan mengangkat tangannya sebelum secara berhati-hati menggunting wayar dan menanggalkan peranti sambil menenangkan kanak-kanak berkenaan dengan berkata “jangan takut.”
Dia kemudian menunjukkan peranti yang turut merangkumi telefon bimbit serta bateri kepada kamera.
Video itu dilaporkan dirakam di luar Mosul pada 18 Mac lalu dan disiarkan LiveLeak dengan keterangan mendakwa, kanak-kanak itu orang paling muda dijadikan pengebom berani mati Daish. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Kanak-kanak dikenali sebagai Uday itu berkata, dia dihantar ‘pak cik’ dengan arahan menyasarkan anggota tentera.
Menurut mereka, kumpulan berkenaan menggunakan orang awam sebagai perisai manusia dalam pada unit kerajaan mara ke arah Masjid al-Nuri.

-Metro

Jual diri untuk tampung kos rawatan

Panyu (China): Seorang wanita yang mendakwa menghidap ketumbuhan menjual dirinya kerana terlalu terdesak untuk membiayai kos rawatan perubatan.
Wanita berusia 25 tahun itu dilihat duduk sambil memegang sepanduk di tepi sebatang jalan di kampung Shaxu di Panyu.
Dalam tulisan di sepanduk itu, wanita berkenaan mendakwa mempunyai 10 ketumbuhan kecil pada belakangnya selain ada masalah pendengaran.
Wanita itu mahu menjual dirinya pada harga 350,000 yuan (RM225,000) untuk merawat penyakitnya, selain untuk diberikan kepada ibu bapanya.
Pada sepanduk itu juga, wanita berkenaan meletakkan syarat sesiapa yang ‘membelinya’ perlu merawat penyakitnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang terhadap dirinya.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Zhang memberitahu, wanita itu duduk sepanjang hari dan tidak bercakap dengan sesiapa pun.
“Wanita itu hanya duduk sambil membunyikan loceng. Ramai penduduk yang lalu di situ memasukkan wang ke dalam kotak yang diletakkan di depannya,” katanya.
Walaupun ramai melahirkan rasa simpati, sebilangan pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu dan menuduhnya sebagai penipu.
“Siapa yang sanggup membayar wang sebanyak itu untuk seorang wanita yang sakit dan langsung tidak memiliki wajah cantik.
“Tanpa menunjukkan bukti dia sakit, wanita ini mungkin mahu mendapatkan wang dengan mudah,” kata seorang pengguna media sosial.

-Metro

Thursday, 23 March 2017

Tikus curi dadah 25 kilo

Tikus dipersalahkan di Mumbai selepas kehilangan lebih 25 kilo

MUMBAI 22 Mac - Misteri kehilangan sejumlah besar dadah jenis marijuana secara tiba-tiba dalam sebuah stor keretapi di Nagpur, barat Maharashtra, India akhirnya terungkai selepas pihak berkuasa mendapati ‘tikus’ bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.
Kebanyakan barang-barang rampasan di kawasan Mumbai akan diletakan dalam stor tersebut sehingga mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk dimusnahkan yang kadang-kadang mengambil masa bertahun.
Seorang pegawai tinggi polis keretapi, Abhay Panhekar berkata, pihaknya mendapati tikus-tikus itu seringkali menyelinap masuk sebelum bertindak memusnahkan barang-barang seperti botol alkohol dan juga marijuana yang dibungkus dengan kertas.
“Tikus adalah antara masalah utama kami, mereka akan makan apa sahaja termasuk kertas yang digunakan untuk membungkus marijuana ini,” katanya.
Akhbar tabloid Mumbai Mirror melaporkan, sekurang-kurangnya 25 kilo dadah telah hilang secara misteri, ini juga termasuk 25 beg plastik mengandungi botol alkohol. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tikus-curi-dadah-25-kilo-1.460450#ixzz4c7M5x900

Berlian dalam telur ayam


London: Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus yang dimakannya.
Sally Thomson, 39, mengalami kejadian itu selepas merebus enam biji telur untuk sarapannya.
Dia merasakan sesuatu di dalam mulutnya apabila memakan sebiji telur berkenaan dan terperanjat apabila mendapati ia berlian.
Sally berkata, yang lebih menghairankannya ialah kejadian itu berlaku secara kebetulan ketika dia akan melangsung perkahwinannya Mei depan.
Pakar berkata, berlian itu kemungkinan dimakan oleh ayam dan kemudian berpindah ke dalam telur.
Wanita yang berasal dari Carlisle itu berkata: “Saya cuba menurunkan berat badan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan memakan telur sahaja selama beberapa hari.
“Saya merebus enam biji dan memakan satu daripadanya apabila merasakan sesuatu yang keras di dalam mulut. Saya mengeluarkannya di atas pinggan dan terkejut kerana ia berkilauan sebelum dapat mengesahkan sendiri ia berlian.
“Saya begitu pasti ia dari telur yang saya makan.”
Sally menyifatkan penemuan itu yang berlaku menjelang hari perkahwinnanya sebagai di luar dugaan.
“Saya memang percayakan dengan tahyul. Saya percaya ada sesuatu di sebalik segala yang berlaku. Tetapi saya tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di sebalik penemuan berlian ini,” katanya.

-Metro

Wednesday, 22 March 2017

Kekasih dari neraka dipenjara seumur hidup

Leicester. Britain: Seorang wanita yang cuba membunuh teman lelakinya dengan mencurah asid sulfurik ke muka mangsa ketika lelaki itu sedang tidur, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, semalam.
Mangsa, Daniel Rotariu, 31, bukan saja melecur teruk pada mukanya, malah turut buta akibat serangan teman wanitanya, Katie Leong , 52 tahun di rumah mereka di Jalan Turner, Leicester pada Julai, tahun lalu.
Katie dan bekas teman lelakinya, Mark Cummings, menghadapi tuduhan cuba membunuh namun Cumming dibebaskan daripada tuduhan itu semalam, oleh Mahkamah Tinggi Leicester.
Katie dan Rotariu menjalin hubungan sejak Disember 2015.
Mahkamah diberitahu, Cummings, 46, memesan asid itu melalui dalam talian namun serangan dirancang dan dilakukan Katie yang kemudian didapati bersalah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 17 tahun.
Pegawai pendakwa, Angela Clark, berkata pihaknya mempunyai bukti asid dicurah selama enam saat dan asid berkenaan yang walaupun dalam kuantiti kecil, boleh membawa maut
Menurutnya, serangan itu memusnahkan hidup mangsa yang sehingga sekarang masih menjalani rawatan. - DM

-Metro

Tuesday, 21 March 2017

Pensyarah isytihar agama baru

Mataram: Seorang pensyarah sebuah maktab perguruan menamakan dirinya sebagai tuhan selepas mengisytiharkan satu agama baru - Agama Angkasa Nauli (AAN).
Pensyarah berkenaan, Sabar Nababan menyebarkan agamanya itu melalui media sosial sejak Jumaat lalu.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naiknya, Sabar menamakan kitab suci agamanya ‘Kebenaran.’
Dia juga turut menyenaraikan nama jemaah serta barisan pentadbir AAN.
Menyedari mengenai perisytiharan itu, polis bertindak cepat bagi memastikan tidak ada perkara buruk berlaku kerana bimbang ada pihak yang akan bertindak terhadap Sabar.
Ketua polis R Sudjoko berkata, pihaknya sudah menyoal siasat Sabar mengenai AAN.
“Dia mengaku mengisytiharkan agama barunya menerusi Facebook ketika kami menyoalnya di rumahnya. Sehubungan itu, kami juga sudah menyelaraskan tindakan selanjutnya dengan pejabat awam lain, termasuk Jabatan Agama,” kata Sudjoko.
Menurutnya, ketika disoal, Sabar berkata dia menerima bisikan yang menyuruh dia menamakan dirinya tuhan dan mengisytiharkan agama baru itu.
Bagaimanapun, Sudjoko berkata, pihaknya belum mengambil keputusan menahan pensyarah itu selepas isteri Sabar berkata, suaminya baru keluar dari hospital psikiatrik.
Sumber tempatan berkata, beberapa pihak di daerah itu cuba menemui Sabar selepas perisytiharan agama itu tersebar.
Bagaimanapun, Sabar menolak.
Pensyarah berkenaan tidak banyak dikenali penduduk setempat kerana suka bersendirian.

-Metro

Alahai dunia: Kemboja henti eksport susu badan

Phnom Penh: Kemboja menghentikan sementara pengeksportan susu badan wanita negara itu oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) selepas tersebar laporan mendedahkan kegiatan wanita miskin negara itu menjual susu mereka.
Syarikat Ambrosia Labs yang berpejabat di Utah mendakwa menjadi yang pertama mengeksport susu badan dari luar AS untuk golongan ibu negara itu yang mahu menambah pengambilan susu bayi mereka atau tidak mampu menghasilkan susu sendiri.
Susu berkenaan dikumpul di Kemboja sebelum dibekukan dan dihantar ke AS, tempat ia dipasturkan serta dijual oleh syarikat berkenaan dengan harga AS$20 (RM89) untuk 147 milileter.
Jabatan kastam Kemboja semalam mengesahkan pengeksportan dihentikan buat sementara waktu.
Ketua Pengarah Kastam Kun Nhem berkata: “Kami meminta syarikat itu menghubungi Kementerian Kesihatan kerana produk itu dihasilkan manusia menyebabkan ia memerlukan kelulusan. Sehingga kini mereka belum berbuat demikian.”
Katanya, kerajaan akan membincangkan dasar mengenai produk berkenaan kerana ia isu sensitif.
Minggu lalu, AFP melawat pejabat Ambrosia Labs di Stung Meanchey, kawasan miskin di Phnom Penh.
Bagaimanapun, pejabat itu ditutup dan wanita yang menjual susu badan di situ berkata, mereka dimaklumkan operasi dihentikan tanpa sebarang sebab diberikan.
Chea Sam, 30, berkata, dia menjual susu badannya sejak tiga bulan lalu selepas melahirkan anak lelaki.
“Saya memerah susu enam hari seminggu dan mendapat antara 30,000 dan 40,000 riel (RM33-RM40) sehari bergantung kepada jumlah susu.
“Saya miskin dan ini memang membantu saya menambah pendapatan. Kami semua menangis apabila diberitahu operasi dihentikan,” katanya.

-Metro

Monday, 20 March 2017

Taksub makan tikus sejak 20 tahun lalu


Guangdong (China): Seorang lelaki berusia 70 tahun dilapor menangkap dan memakan tikus sejak 20 tahun lalu.
Video mengenai kehidupan lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang itu tular di media sosial China baru-baru ini.
Dalam video berkenaan, Yang yang berasal dari bandar Foshan ditunjuk menggali lubang di sekeliling pokok dan meletakkan jaring panjang ke dalam lubang itu.
Dia kemudian menaburkan serbuk lada pada hujung lubang sebelum menyalakan api.
Tidak lama kemudian seekor tikus kelihatan berlari ke luar memasuki jaring yang dipasang Yang.
Menurut pesara berkenaan, dia mula menangkap dan memakan tikus selepas jirannya mengadu mengenai masalah haiwan berkenaan yang menggigit wayar kenderaan mereka.
Yang juga mendakwa tikus mempunyai zat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.
Menurutnya, dia akan merebus tikus itu hidup-hidup sebelum membuang bulu haiwan itu dan memanggangnya untuk dimakan.
Ada kalanya dia akan mencincang tikus yang ditangkapnya dan menggorengnya dengan bawang putih, cili serta sos khas.
Apabila ditanya mengapa dia begitu taksub memakan tikus, Yang menjawab: “Ia enak.”

-Metro

Friday, 17 March 2017

Lelaki mabuk masukkan ikan hidup dalam dubur



Beijing: Seorang lelaki mabuk dikejarkan ke hospital selepas dia memasukkan dua ikan hidup ke dalam duburnya.
Kedua-dua ikan loach kolam itu berenang memasuki ususnya, malah satu daripadanya menembusi dinding usus menyebabkan lelaki berkenaan mengalami sakit perut amat teruk.
Portal berita Huanqiu melaporkan, doktor di Guangzhou di selatan China berjaya mengeluarkan ikan berkenaan dan sehingga semalam, lelaki itu dikatakan masih dirawat di unit rawatan rapi.
Menurut laporan, lelaki berusia 45 tahun itu mendakwa dia mabuk dan memasukkan sendiri ikan itu ke dalam duburnya.
Dia dikejarkan ke hospital di Universiti Jinan selepas demam serta mengalami tekanan darah rendah dan sakit perut teramat sangat.
Doktor terpaksa melakukan pemeriksaan menggunakan radiografi digital bagi mengesan ikan itu di dalam perutnya sebelum berjaya mengeluarkan satu daripada ikan itu yang sepanjang 15.24 sentimeter.
Seorang doktor dipetik sebagai berkata: “Ikan kedua sepanjang 10.16 sentimeter dan ia tersangkut di bahagian atas kiri perutnya. Lelaki itu mungkin mati sekiranya ikan itu berenang lebih jauh hingga ke organ atas.”
Menurutnya, ikan itu menyebabkan jangkitan serius pada kawasan perut pesakit dan dia dipindahkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.

-Metro

Thursday, 16 March 2017

Alahai dunia: Berlari bogel tengah Bangkok



Bangkok: Seorang pelancong wanita dari Britain mencetuskan kegemparan Selasa lalu, apabila berlari dalam keadaan bogel dan polis terpaksa mengejarnya sejauh satu kilometer sebelum berjaya menahannya.
Selepas ditahan di satu persimpangan Jalan Khao San, polis memberi wanita itu, Leonie Graves, 35, kain sarung untuk dipakai sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan bertemu pegawai Kedutaan Britain.
Wanita itu memberitahu polis dia membuka pakaiannya kerana cuaca terlalu panas dan memohon maaf kerana mencetuskan kekecohan.
Rakaman video kejadian itu yang mula muncul semalam, tindakannya berlari bogel itu mengejutkan orang ramai di laluan sibuk itu serta penumpang bas.
Dalam perbualan telefon dengan Daily Mail semalam, wanita itu yang enggan bercakap banyak berkata: “Saya tidak apa-apa. Saya hanya melakukan apa yang saya mahu buat.”
Graves tiba di Thailand dari Bali pada 6 Mac selepas melawat ibunya yang tinggal di sana.
Jurucakap polis Thailand, Wiroht Kunchai, berkata: “Leonie beritahu dia kepanasan dan memohon maaf kerana mencetuskan masalah.”
Jakchai Banyensakul yang merakam video Graves berlari bogel sambil dikejar polis, berkata kejadian itu berlaku di Jalan Khao San pada 2,30 petang, Selasa lalu.

-Metro

Wednesday, 15 March 2017

Pekerja kilang didakwa rogol ibu kandung

Rogol ibu kandungSEORANG pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol ibu kandungnya yang berusia 49 tahun dalam kejadian pada 8 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ
TAIPING 15 Mac - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol ibu kandungnya yang berusia 49 tahun dalam kejadian pada 8 Mac lalu.
Lelaki berusia 21 tahun itu minta dibicarakan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram itu sedangkan perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya yang terpakai untuk berkahwin dengannya.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 7 malam pada 8 Mac lalu di rumahnya di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 



- UTUSAN ONLINE


Tuesday, 14 March 2017

Pisau terpacak di mata



Beijing: Seorang lelaki ditikam di mata oleh isterinya ketika satu pertengkaran, tetapi dia langsung tidak mengalami kecederaan serius, malah penglihatannya juga dilaporkan tidak terjejas.
Lelaki berusia 30 tahun itu tidak nampak kesakitan dan selamba beratur menunggu giliran untuk dirawat doktor bersama orang lain dengan pisau buah sepanjang 8.7 sentimeter itu tertusuk pada mata kirinya.
People’s Daily Online melaporkan, lelaki itu dilihat di sebuah hospital di Fujian dalam keadaan tenang dan mampu berfungsi seperti biasa walaupun mengalami pendarahan teruk dan mengakui kecederaannya akibat pertengkaran dengan isterinya. Sepanjang masa itu, hanya hulu pisau berkenaan dilihat tersembul dari kepalanya.
Imbasan CT menunjukkan pisau berkenaan tertusuk ke dalam tengkoraknya menerusi rongga matanya.
Dr Xin Huining yang merawatnya berkata, dia terkejut melihat keadaan pesakit itu.
“Saya menjadi doktor sejak 15 tahun lalu. Memang ini kali pertama saya melihat kejadian seperti ini.
“Percaya atau tidak pisau itu tidak mengenai biji mata, arteri atau pangkal otak, malah turut terlepas rongga kranium dan disebabkan itu, pesakit berkenaan mampu bercakap dan bergerak seperti biasa,” katanya.
Katanya, lelaki itu dibenarkan pulang sebaik pisau berkenaan dikeluarkan dan lukanya dirawat. Menurut Dr Xin, lelaki terbabit tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

-Metro

Adab melancong ke bumi dilaknat

AL-HIJR MADAIN SALIH yang terletak di Arab Saudi bukannya sekadar AL-HIJR MADAIN SALIH yang terletak di Arab Saudi bukannya sekadar tapak warisan dunia tetapi wajib diinsafi sebagai tempat kaum Thamud dimusnahkan Allah.
MULANYA saya asyik mengapungkan diri dalam lautan yang serba masin itu. Rasanya sungguh unik kerana tubuh tidak tenggelam kerana kepekatan garam dalam airnya. Tiba-tiba sebuah hadis Rasulullah SAW menjengah minda. Tanpa tunggu saya terus melangkah keluar dari laut mati Jordan yang dikatakan menjadi tempat terbenamnya kaum Nabi Lut a.s. yang buas dan penggila seks songsang.”
Masih segar dalam ingatan perkongsian guru kami semasa belajar di Universiti Malaya 1998 dahulu. Apakah hadis yang dimaksudkan itu? Sabda Rasulullah SAW:
“Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” - Sahih Bukhari dan Muslim.
Tidak cukup dengan arahan itu, dalam hadis lain Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat membuang atau memberi makan kepada unta semua gandum yang diuli menggunakan air dari perigi kaum Thamud. Jika para sahabat mahu mengambil air, mereka hanya dibenarkan mengambilnya dari perigi tempat bekas unta Nabi Saleh a.s. minum,” - Sahih Bukhari dan Muslim.
HIKMAH SEBALIK KEJADIAN
Mengapa perlu menangis ketika melalui tempat sebegini? Tangisan biasanya muncul ketika sedih, takut atau gembira. Arahan Nabi dalam hadis tersebut ada makna tersirat yang wajib difahami iaitu perlu berfikir dan mengambil pengajaran daripada musibah yang menimpa kaum tersebut. (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari).
Kegentaran hati melihat kesan kemusnahan mereka boleh mendatangkan tangisan keinsafan. Ia yang timbul setelah melihat kesan sejarah dengan mata kepala pastinya lebih membekas pada jiwa, bak kata pepatah Inggeris “seeing is believing.” Inilah juga yang banyak diulang Allah dalam al-Quran:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian berdasarkan) peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan (para Rasul),” (Ali ‘Imran [3:137]).
Bahkan, jika kita lihat banyak sekali ayat al-Quran mencela sikap Musyrikin Quraish yang pekak dan buta mata hati tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah umat lampau sedangkan mereka selalu sahaja melihat serta melalui negeri yang pernah dimusnahkan Allah dalam perjalanan dagang mereka:
“Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): selalu sahaja berulang-alik (dalam musafir dan perjalanan dagang) melalui bekas tempat tinggal mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi. Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya? (al-Saffat [37:137-138]).
IBRAH DARIPADA KAUM THAMUD
Bagi mengingatkan Muysrikin Quraish tentang kaum Thamud, Allah berfirman:
“Dan demi sesungguhnya penduduk ‘al-Hijr’ (Mada’in Salih) telah mendustakan para Rasul. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (daripada sesuatu bahaya). Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun,” (al-Hijr [15:80-84]).
Mudahnya, sejarah umat lampau wajib diambil iktibar. Jika mereka soleh gemilang maka rahsia mereka wajib dihadamkan dan diubah suai mengikut situasi zaman. Jika mereka jahat dan hina maka sikap mereka wajib dijauhi. Jangan hanya melihat tempat mereka dalam gelak tawa sambil mencukupkan koleksi swafoto pelancongan pada musim cuti. Ambil peluang ziarah itu untuk mengukuhkan jiwa dan iman kepada kebenaran agama Allah.
Pergilah melancong! Ia mampu membuka mata hati dan menjadi bank pahala jika diisi dengan pengisian yang betul sebagaimana firman Allah:
“Maka bukan sedikit negeri yang Kami binasakan kerana kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan yang tersebut - mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada dalam dada,” (al-hajj [22:45-46]).
Agensi pelancongan yang menyediakan khidmat lawatan ke tempat sebegini seharusnya tidak hanya meninggalkan para pengunjung begitu sahaja tanpa bimbingan seperti anak ayam kehilangan ibu. Selaku penganjur, mereka perlu mengisi aktiviti ziarah dengan tazkirah agar kunjungan itu membuahkan takwa dan 
gerun kepada azab Allah.
Siapa Nabi
 SAleh a.s.?

l Sebelum Nabi Ibrahim dan selepas Nabi Hud
* Diutuskan kepada kaum Thamud - kaum yang mensyirikkan Allah dan memiliki kepakaran memahat gunung untuk dijadikan tempat tinggal.
* Antara mukjizat baginda, mengeluarkan unta betina daripada batu besar.
* Dilunaskan bagi memenuhi permintaan kaum baginda yang meminta bukti kerasulan
* Di negeri Thamud terdapat sembilan lelaki yang sangat jahat dan selalu menentang baginda.

* Unta itu kemudiannya dibunuh oleh Qudar bin Salif dan konco-konconya.
* Selepas itu merancang untuk membunuh Nabi Saleh dan para pengikut baginda.
* Namun mereka terlebih dahulu dimusnahkan Allah.
* Semasa Nabi Muhammad SAW menuju ke Tabuk pada tahun kesembilan hijrah, baginda berpesan dengan 
adab yang disebut 
rencana ini.
Memang matlamat orang 
kafir kalau boleh hendak melihat umat Islam terus tidak berpakaian. Tetapi mereka sedar untuk melakukannya secara langsung adalah mustahil, Oleh itu mereka memperkenal pelbagai jenis budaya dan fesyen 
untuk diikuti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/adab-melancong-ke-bumi-dilaknat-1.456538#ixzz4bGJDY9Ny 


© Utusan Melayu (M) Bhd