Bangkok: Seorang pelancong wanita dari Britain mencetuskan kegemparan Selasa lalu, apabila berlari dalam keadaan bogel dan polis terpaksa mengejarnya sejauh satu kilometer sebelum berjaya menahannya.
Selepas ditahan di satu persimpangan Jalan Khao San, polis memberi wanita itu, Leonie Graves, 35, kain sarung untuk dipakai sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan bertemu pegawai Kedutaan Britain.
Wanita itu memberitahu polis dia membuka pakaiannya kerana cuaca terlalu panas dan memohon maaf kerana mencetuskan kekecohan.
Rakaman video kejadian itu yang mula muncul semalam, tindakannya berlari bogel itu mengejutkan orang ramai di laluan sibuk itu serta penumpang bas.
Dalam perbualan telefon dengan Daily Mail semalam, wanita itu yang enggan bercakap banyak berkata: “Saya tidak apa-apa. Saya hanya melakukan apa yang saya mahu buat.”
Graves tiba di Thailand dari Bali pada 6 Mac selepas melawat ibunya yang tinggal di sana.
Jurucakap polis Thailand, Wiroht Kunchai, berkata: “Leonie beritahu dia kepanasan dan memohon maaf kerana mencetuskan masalah.”
Jakchai Banyensakul yang merakam video Graves berlari bogel sambil dikejar polis, berkata kejadian itu berlaku di Jalan Khao San pada 2,30 petang, Selasa lalu.
-Metro
No comments:
Post a Comment