NEW DEHLI 30 Mac - Polis menahan seorang pemandu teksi dipercayai bertindak menanam bayinya yang baru kerana dilahirkan jantina perempuan dan bukan lelaki di Jajpur, timur Odisha.
Bagaimanapun, selang beberapa lama selepas bayi itu ditanam, seorang penduduk kampung yang kebetulan lalu dikawasan itu ternampak kaki bayi malang yang tidak ditimbus.
Bayi perempuan itu berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan susulan pada hari Sabtu.
Berikutan insiden itu, suspek, Ramesh Chandra,35, ditahan atas kesalahan cubaan membunuh dengan niat.
Menurut jurucakap polis, Chandra mengakui perbuatan itu dengan alasan dia tidak terlalu miskin untuk menyara bayi perempuan.
Pada tahun 2011, sebuah kajian jurnal perubatan berpangakalan di Britain, The Lancet mengeluarkan laporan hampir 12 juta bayi perempuan telah digugurkan dalam tempoh tiga dekad lalu di India. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tanam-bayi-perempuan-hidup-hidup-kerana-jantina-1.463586#ixzz4clmwaKGT
No comments:
Post a Comment