Tuesday, 14 March 2017

Pisau terpacak di mata



Beijing: Seorang lelaki ditikam di mata oleh isterinya ketika satu pertengkaran, tetapi dia langsung tidak mengalami kecederaan serius, malah penglihatannya juga dilaporkan tidak terjejas.
Lelaki berusia 30 tahun itu tidak nampak kesakitan dan selamba beratur menunggu giliran untuk dirawat doktor bersama orang lain dengan pisau buah sepanjang 8.7 sentimeter itu tertusuk pada mata kirinya.
People’s Daily Online melaporkan, lelaki itu dilihat di sebuah hospital di Fujian dalam keadaan tenang dan mampu berfungsi seperti biasa walaupun mengalami pendarahan teruk dan mengakui kecederaannya akibat pertengkaran dengan isterinya. Sepanjang masa itu, hanya hulu pisau berkenaan dilihat tersembul dari kepalanya.
Imbasan CT menunjukkan pisau berkenaan tertusuk ke dalam tengkoraknya menerusi rongga matanya.
Dr Xin Huining yang merawatnya berkata, dia terkejut melihat keadaan pesakit itu.
“Saya menjadi doktor sejak 15 tahun lalu. Memang ini kali pertama saya melihat kejadian seperti ini.
“Percaya atau tidak pisau itu tidak mengenai biji mata, arteri atau pangkal otak, malah turut terlepas rongga kranium dan disebabkan itu, pesakit berkenaan mampu bercakap dan bergerak seperti biasa,” katanya.
Katanya, lelaki itu dibenarkan pulang sebaik pisau berkenaan dikeluarkan dan lukanya dirawat. Menurut Dr Xin, lelaki terbabit tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

-Metro

No comments: