Thursday, 31 January 2013

Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol

 
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.

Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.
Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.
“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.

“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.

“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.

“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.

“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.-SH

Lelaki paksa 350 wanita bogel di Internet bakal dijel 105 tahun

Los Angeles: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 105 tahun jika didapati bersalah memeras ugut beratus-ratus wanita supaya mereka berbogel sambil menyaksikan aksi itu melalui Internet.

Karen ‘Gary’ Kazaryan, 27, didakwa memaksa lebih 350 wanita muda mempamerkan tubuh mereka selepas menggodam akaun Facebook dan e-mel mangsa.
Media semalam melaporkan, Kazaryan menyamar sebagai rakan wanita itu sebelum memujuk mereka supaya berbogel untuknya.
Aktiviti itu dapat dilakukan secara langsung melalui kemudahan Skype.
Lelaki dari Glendale itu didakwa menyelongkar akaun mangsa mencari sebarang gambar bogel atau separuh bogel.
Jika mangsa mengesan aktiviti Kazaryan, dia bukan saja tidak menghentikan perbuatan itu, malah mengugut mereka untuk berbogel lagi untuknya.
Penyiasat berkata, 3,000 gambar bogel atau separuh bogel ditemui dalam komputer Kazaryan setakat ini.
Katanya, Kazaryan menghubungi mangsanya dari semasa ke semasa supaya dapat mendesak mereka berbogel untuknya.
“Dalam sesetengah kes, Kazaryan meletakkan gambar bogel di akaun Facebook mangsa jika mereka enggan mengikut kemahuannya,” katanya. Kazaryan ditahan semalam dan menghadapi 15 tuduhan pencerobohan komputer serta 15 dakwaan mencuri identiti. - DM/Metro

Guru wanita dipercayai dirogol rakan sekerja

SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya.-SH

Ibu tunggal 9 anak dicekup bogel

 
BESUT - Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.

Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.

Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.

“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.

Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.

Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.-SH

Susu ibu penyelamat anak gajah 'Baby Joe'

KOTA KINABALU 30 Jan. - Antara punca utama anak gajah spesies Pygmy Borneo berusia tiga bulan terselamat berbanding 10 ekor yang lain kerana haiwan itu masih menyusu badan.

Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Dr. Rosa Sipangkui berkata, penemuan awal itu berdasarkan kelebihan susu ibu gajah yang mengandungi antibodi mencukupi.
Walau bagaimanapun beliau menambah, keputusan sebenar sama ada haiwan yang diberi nama 'Baby Joe' itu bebas daripada racun tikus atau sebaliknya hanya dapat diketahui selepas keputusan pemeriksaan menyeluruh dilakukan.
"Baby Joe seberat 120 kilogram itu kini berada dalam keadaan selamat walaupun berat badannya sedikit susut kerana kurang minum susu, berkemungkinan masih trauma akibat tragedi itu.
"Kemungkinan juga haiwan itu penat kerana perjalanan jauh kira-kira 800 kilometer untuk memindahkannya dari Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau ke sini," katanya ketika ditemui di taman hidupan liar itu di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130131/dn_08/Susu-ibu-penyelamat-anak-gajah-Baby-Joe#ixzz2JVxC94YB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 30 January 2013

Enggan bawa isteri 'gemuk', 3 syarikat disaman

NEW YORK 29 Jan. - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), Janos Soltesz yang 'kehilangan' isterinya pada tahun lalu selepas tiga syarikat penerbangan enggan membawa isterinya itu dari Eropah ke AS, bertindak menyaman syarikat-syarikat terbabit berjumlah AS$6 juta (RM18 juta), semalam.

Syarikat-syarikat penerbangan itu enggan membawa isteri plaintif, Vilma Soltesz kerana wanita itu mempunyai berat badan yang berlebihan, menurut saman yang difailkan lelaki itu di Mahkamah Persekutuan di Manhattan.

Ketika kejadian itu, Soltesz dilaporkan mempunyai berat badan sebanyak 193 kilogram, selain berkerusi roda dan menghidap penyakit diabetis serta buah pinggang.
Soltesz ditemui meninggal dunia di kediaman percutian mereka di Hungary pada Oktober 24 Oktober lalu.

Menurut saman yang difailkan, ketiga-tiga syarikat penerbangan itu menyebabkan kematian dan melakukan kecuaian melampau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130130/lu_04/Enggan-bawa-isteri-gemuk-3-syarikat-disaman#ixzz2JQ0WJEn8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Penduduk Korea Utara makan anak


PYONGYANG 29 Jan. - Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.

Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.

Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.

Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.

Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.

Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.

Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130130/lu_02/Penduduk-Korea-Utara-makan-anak#ixzz2JPzqj2dt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 29 January 2013

Solat Jumaat 'berimamkan' radio


PASIR PUTEH 28 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat ‘berimamkan’ siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.

Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.

Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.

“Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130129/po_02/Solat-Jumaat-berimamkan-radio#ixzz2JKTTGd1Z
© Utusan Melayu (M) Bhd

Texas gantung wanita, pertama kali di AS sejak 2010

WASHINGTON: Kimberly McCarthy bakal muncul wanita pertama dihukum gantung sampai mati di Amerika Syarikat sejak 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita warga emas dalam rompakan.

Pegawai penjara berkata, McCarthy, 51, yang sudah dijatuhi hukuman gantung sejak 14 tahun lalu dijangka digantung pada jam 6 petang waktu tempatan (hari ini) selepas Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat menolak rayuan terakhirnya.
Dia akan menjadi wanita ke-13 dihukum gantung sampai mati sejak hukuman mati dilaksanakan semula di negara berkenaan pada 1976. - AFP/BH

Sunday, 27 January 2013

Lelaki mangsa amukan isteri

                   
Lelaki mangsa amukan isteriSanusi (bukan nama sebenar) kini masih terlantar di hospital dan berkemungkinan keupayaannya untuk bekerja selepas ini mungkin terganggu.
 
 
KLANG – “Sambil menahan sakit, saya menggagahkan diri memandu sendirian ke hospital kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian. Tanpa henti berdoa, saya gagahkan tangan memulas stereng kereta sambil air mata menemani sepanjang perjalanan.”

Demikian luahan seorang suami yang juga bapa kepada lapan anak ketika menceritakan saat dia berusaha mendapatkan rawatan di sebuah hospital sebaik badannya melecur terkena simbahan air panas dilakukan isterinya sendiri.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Sanusi, 50-an, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam beberapa hari lalu, sejam sebelum dia ke tempat kerja.

“Ketika itu saya berehat di ruang tamu bersama seorang saudara dan anak lelaki. Manakala isteri pula solat Isyak di sebuah bilik. Sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba saya disimbah isteri dengan air panas.

"Dalam kesakitan saya cuba mengelak, bagaimanapun isteri terus-terusan menyimbah air panas tanpa simpati. Kemudian, dia berlari keluar dari rumah dan saya mengejarnya kerana terkejut dengan tindakannya itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia berpatah balik kerana terlalu sakit lalu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, sebaik tiba, dia dipapah kakitangan hospital untuk keluar daripada kenderaan dan hanya sedarkan diri tatkala terbaring dalam keadaan separuh badan berbalut kain putih.

“Anak dan saudara saya turut terkejut. Namun berkat bantuan ALLAH SWT, saya akhirnya sampai di hospital beberapa minit kemudian dan sebaik dimasukkan ke unit kecemasan, saya pengsan,” katanya.

Dalam kejadian itu, Sanusi melecur dari paras dada hingga lutut, lebih menyayat hati apabila kemaluannya turut cedera dan peratusan untuk berfungsi adalah rendah.

Bercerita lanjut mengenai punca kejadian, Sanusi berkata, dia dan isteri kerap bertengkar berikutan masalah peribadi serta rumah tangga.

Namun, dia tidak menyangka isterinya sanggup mengambil tindakan sebegitu hingga nyaris meragut nyawanya.

“Walaupun perbuatannya itu dianggap menderhaka, namun demi anak-anak, saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis. Sebaliknya akan terus berdoa supaya dia kembali ke jalan yang benar.

“Saya masih sayangkan dia, namun sukar menerima perbuatannya itu walaupun kami hidup bersama hampir 40 tahun. Saya yakin ini ujian ALLAH SWT dan berharap ALLAH SWT memudahkan jalan hidup saya sekeluarga selepas ini,” katanya.-SH

Elak kahwin lelaki Mesir

Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan.

Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan.

 

Kaherah: Majlis Hak Asasi Wanita Mesir (NCWR) baru-baru ini mengecam fenomena lelaki Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.

Ramai penduduk Syria menjadi pelarian ke Mesir berikutan konflik di tanah air mereka. Jumlah pelarian Syria berdaftar mencecah 8,858 orang menurut data paling terbaru Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).     
 
        Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan itu adalah “jenayah dilakukan ke atas wanita atas nama agama, apabila ulama menggalakkan lelaki muda Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.” 
    
Sesetengah lelaki mewajarkan perkahwinan itu sebagai langkah pemurah untuk menyelamatkan gadis Syria daripada status pelarian mereka walaupun hakikatnya mereka dipergunakan untuk mendapatkan wang manakala mas kahwin untuk perkahwinan itu biasanya tidak melebihi 500 pound Mesir (RM229.17).

Aktivis berkempen

Sebuah akhbar tempatan menerbitkan kisah dengan tajuk ‘Tragedi tersembunyi perkahwinan Syria di Mesir’ yang melaporkan fenomena itu menghasilkan broker untuk perkahwinan itu.

Menurut status undang-undang Syria, usia minimum untuk berkahwin bagi gadis ialah 16 tahun, manakala undang-undang tidak mengawal perkara itu mengikut perlembagaan baru Mesir.
Kempen dilancarkan dalam laman rangkaian sosial. Aktivis mewujudkan ruangan di Facebook menggunakan nama ‘Pelarian tidak ditawan’ dan satu hashtag di Twitter mengecam isu terbabit.

Majlis mendesak siasatan terhadap angka disebut media dengan pembabitan individu yang menjadi broker perkahwinan supaya tindakan wajar diambil. - Agensi/BH

12 jam tergantung cari kambing

Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK

Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.
“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.
FotoGembala kambing yang tergantung pada akar kayu di tebing bukit.
Foto
“Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil,” katanya.-Metro

Saturday, 26 January 2013

'Messi' dapat simpati

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Sufian Mat
Sufian Mat
 
 
Kementerian Pelajaran mahu bantu Sufian masuk semula ke sekolah

Kuala Lumpur: Nasib seorang remaja, Sufian Mat, 17, yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu kerana kecewa selepas gagal menyertai Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor (SSBP), mendapat perhatian Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
“Saya tidak akan membiarkan masalah dihadapi Sufian, saya akan cuba membantunya.

Saya akan lakukan semakan bagi membolehkan dia bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya," Dr Mohd Puad Zarkash, Timbalan Menteri Pelajaran

“Saya akan lakukan semakan bagi membolehkan dia bersekolah semula, tetapi bagi kemasukannya ke sekolah sukan bergantung kepada syarat tertentu dengan mengambil kira tahap pencapaiannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak bersekolah

Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai seorang remaja yang sebelum ini mendapat jolokan 'Messi Malaysia' dan disebut-sebut bakal menggegar arena bola sepak tanah air, kini terbiar dan tidak bersekolah lagi.

Episod duka Sufian bermula apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu itu kecewa selepas namanya tidak tersenarai untuk ke SSBP pada 2007.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia dibuang asrama kerana dikaitkan dengan insiden pergaduhan di sekolahnya.

Ibunya, Mahanun Mat, 39, berkata dia pernah menghubungi pihak sekolah untuk meminta kebenaran anaknya kembali ke sekolah, namun tidak dibenarkan atas alasan sudah berhenti terlalu lama.

Nama Sufian mula menjadi sebutan ketika berada di Tahun Lima, selepas dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007.

Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.

Sementara itu, Kim Swee mengakui kemampuan Sufian ketika beraksi di atas padang cukup menarik perhatiannya.

“Pada pertandingan peringkat umur, dia (Sufian) memang memiliki bakat dan prestasi yang dipamerkannya cukup baik. Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangannya dan tidak pasti bagaimana prestasinya sekarang.

“Apa pun saya akan melihat perkembangannya sebaik saya pulang daripada menyertai latihan bersama Harimau Muda A di Australia,” katanya.-BH

Diriku berharga

KISAH ini benar-benar berlaku kepada seorang pesakit saya yang berusia 46 tahun dari Johor Bahru. Beliau disahkan menghidap kanser payudara pada Mac 2006. Kanser itu telah merebak ke paru-paru dan tulang belakang. Kejadian menarik dalam cerita ini adalah bagaimana rakan sekerja dan anak-anak murid di sekolahnya beramai-ramai membacakan Surah Yassin di kantin sekolah dan berdoa kepada Allah SWT di saat-saat beliau menjalani pembedahan yang kritikal di hospital.

Atas keberkatan doa mereka, dengan keizinan Allah, banyak perubahan positif berlaku padanya ketika itu. Saya harap pembaca dan pesakit kanser mendapat iktibar daripada kisah ini.
Kisah ini adalah bukti hidup mukjizat Al-Quran dan doa ikhlas mampu menyembuhkan penyakit kanser dengan keizinan Allah.
HIDUP ibarat roda. Putarannya membawa kita ke atas dan bawah. Andai di atas, tidak semestinya selamanya di atas. Andai di bawah, kita tidak semestinya sengsara.
Begitu juga pengorbanan. Kadangkala kita rasa pengorbanan kita tidak dipedulikan. Namun sekali diuji, kita tahu betapa erat setiakawan, betapa diri dikenang dan dihargai.
Ayah dan ibu saya meninggal dunia akibat kanser. Jadi, kanser ibarat musuh utama dan perkara paling saya tidak mahu ingat atau fikir.
Ia bagai mimpi ngeri. Mimpi ngeri yang bertukar menjadi realiti. Kisah kanser saya bermula 9 Januari 2006, tarikh yang tidak akan saya lupa.
Saya memberanikan diri membuat pemeriksaan di klinik swasta andainya saya mempunyai kanser payudara.
Doktor membuat pemeriksaan dan hasilnya negatif - bukan kanser.
Saya kurang berpuas hati. Pada Mac tahun yang sama, saya membuat pemeriksaan di hospital kerajaan.
Ketika itu, doktor mengesahkan saya menghidap kanser payudara dan perlu menjalani pembedahan segera.
Saya terkenangkan ibu dan ayah yang meninggal akibat kanser. Tidak sanggup rasanya menjalani pembedahan.
Ketika itu, saya diperkenalkan kepada tabib Cina yang memeluk Islam dan merawat menggunakan teknik akupuntur.
Lama-kelamaan kesihatan saya semakin pulih, biarpun waktu malam, saya rasa kesakitan teramat sangat pada payudara. Sakitnya ibarat dihiris pisau. Menjelang pagi, saya kembali pulih dan bersemangat ke sekolah.
Hampir setahun menjalani rawatan dengan tabib, saya beransur pulih. Pada Ogos 2008, tabib tadi berpindah ke Negeri Sembilan dan saya sakit kembali.
November 2008, saya batuk-batuk. Saya mengambil ubat batuk di klinik biasa. Saya tidak memberitahu doktor mengenai kanser kerana fobia.
Lama-kelamaan, batuk saya semakin serius dan mengalami sesak nafas. Doktor klinik swasta yang memeriksa, membuat x-ray dan menasihatkan saya supaya merujuk ke hospital.
Ketika itu, saya mengaku menghidap kanser dan minta dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana yakin dengan kepakaran di situ.
Doktor mengesahkan kanser telah merebak ke tulang belakang dan saya dikehendaki menjalani kemoterapi enam kali.
Pertama kali menjalani rawatan kemoterapi, saya tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Saya bertanya doktor, adakah kanser saya sampai ke tahap empat? Doktor mengakuinya. Doktor memberikan saya kata semangat.
Menurutnya, mereka tidak mengira tahap. Ada pesakit pada tahap satu, meninggal dunia. Ada pesakit pada tahap empat, tetapi sihat semula. Apa yang penting, ikhtiar dan tawakal.
Setelah tamat rawatan kemoterapi pertama, saya pulang ke Johor. Waktu berlalu, penyakit saya masih tidak sembuh. Suatu hari, saya terkena demam panas dan dikejarkan ke Hospital Puteri di Johor.
Itulah saat paling perit. Doktor mendapati kanser saya telah merebak ke paru-paru. Badan saya makin lemah, saya hanya mampu duduk di kerusi roda. Pergerakan psikomotor saya semakin perlahan.
Penyakit saya jelas kelihatan dari segi fizikal. Ketika itu, terbayang wajah anak-anak dan suami serta kerjaya guru yang melengkapi hidup saya.
Apabila memikirkan anak-anak yang sedang membesar, saya kuatkan diri melawan penyakit kerana saya mahu anak-anak membesar dengan kasih sayang seorang ibu di sisi mereka.
Doktor meminta izin untuk menebuk tulang belakang saya. Katanya, jika air yang keluar itu adalah air kanser, kemungkinan untuk saya lumpuh amat tinggi. Saya reda.
Saya memujuk hati saya. Itu hanyalah kajian manusia. Allah SWT lebih berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Apabila ditebuk, ternyata air kanser yang keluar. Namun, keajaiban berlaku. Selepas pembedahan itu, kebiasaannya pesakit akan menjadi semakin kronik sebaliknya saya semakin stabil sehingga mampu terlena selepas pembedahan tebuk tulang belakang tersebut.
Bukan semua musibah itu pahit. Ia juga ada kemanisannya. Pada hari saya ditebuk tulang belakang itu, saya sudah berada di ambang maut.
Peluang saya masih samar-samar. Pada ketika saya dibedah itulah, suami menghubungi rakan di sekolah dan memberitahu keadaan saya.
Rakan tersebut memberitahu guru besar dan serta-merta guru besar membuat pengumuman untuk memberhentikan pembelajaran. Beliau menyuruh semua pelajar ke kantin lalu mengadakan bacaan Yasin untuk saya ketika itu juga.
Ketika pengumuman itu dibuat, waris yang tinggal di sekitar juga turut terdengar. Mereka datang membacakan Yasin untuk saya dalam suasana hiba.
Ketika saya kembali sedar, rakan-rakan guru yang menziarahi saya menceritakan semula detik-detik itu.
Saya menangis terharu. Oleh kerana doa merekalah, keajaiban berlaku kepada saya pada hari pembedahan tersebut.
Ketika itu, saya merasakan pengorbanan saya selama ini bersusah payah mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan, berbaloi dengan penghargaan sebegini rupa oleh para rakan, waris dan anak-anak pelajar saya sendiri.
Kini baru saya sedar bahawa selama ini diri saya amat dihargai. Setelah kesihatan agak stabil, saya menyambung rawatan ke HUKM.
Doktor melakukan bone scanning dan mendapati kanser telah merebak hingga ke tulang belakang saya, di kawasan T11. Doktor tiada pilihan lain selain menasihatkan saya terus menjalani kemoterapi, satu sesi demi satu sesi.
Ketika itu, saya menemui rawatan Al-Hidayah melalui rancangan televisyen Astro Oasis “Penawar Syifa".
Saya mula mendapatkan rawatan pada awal 2011 dan diberikan beberapa rangkaian ayat al-Quran untuk dibaca.
Sejak berubat dengan menggunakan ayat al-Quran ini, kesan yang paling jelas terasa adalah hati dan jiwa saya semakin tenang.
Kesakitan yang berdenyut-denyut di kawasan payudara selama ini hilang. Malah, luka-luka di sekitar tempat sakit juga mulai kering dengan izin Allah.
Hati saya terasa amat dekat dengan Allah. Diri ini semakin reda dengan ujian-Nya. Selain sembuh dengan mengamalkan rawatan ayat-ayat al-Quran, saya turut membiasakan diri membaca al-Quran setiap hari secara istiqamah dan berjadual - selepas solat Subuh dan Maghrib. Saya semakin bersyukur dengan kesakitan yang menimpa ini.
Banyak petunjuk oleh Ilahi. Saya tidak mengeluh dengan nasib yang menimpa diri, sebaliknya bersyukur dengan musibah yang diberikan.
Saya kembali ke hospital pada penghujung 2011 untuk membuat pemeriksaan tahap kanser saya. Doktor bertugas berkali-kali menyuruh saya membuang air dan diperiksa semula.
Saya berasa hairan dan bertanya kepada doktor, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada saya? Lalu doktor memberitahu beliau kehairanan.
Ke mana hilangnya kanser saya selama ini? Katanya kawasan tulang belakang saya bersih dan paru-paru saya pula kembali ke bentuk asal! Ia bererti saya kembali normal!
Doktor tidak dapat menjelaskan dengan ilmu perubatannya tentang apa yang sedang berlaku kepada saya.
Kesimpulannya, ia adalah satu keajaiban. Namun, bagi saya ini semua kuasa Allah SWT. Tiada yang mustahil.
Saya berasa amat bersyukur kepada Allah. Daripada kesakitan hingga tidak mampu sedarkan diri dan dibacakan Yasin, kanser merebak ke seluruh anggota tubuh, hari ini saya kembali normal.
Memang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata, sebuah pengalaman yang cukup indah dalam keperitan.
Pada November 2012, saya disahkan mendapat “cancer relapse". Ada ketumbuhan baru di payudara, tempat kanser yang lama. Saya disyorkan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam kali lagi. Saya reda dan yakin dengan mukjizat al-Quran, saya akan sembuh insya-Allah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130120/ba_01/Diriku-berharga#ixzz2J5kp6YvT
© Utusan Melayu (M) Bhd

Penciptaan tujuh petala langit

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

rahsia alam ini hanya Allah SWT yang mengetahui. - Gambar hiasan
 
SELEPAS dibincangkan sebahagian berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT di mana boleh melakukan apa sahaja. Maka Allah SWT mengukuhkan lagi penghujahan dan alasan bagaimana kuasa-Nya Allah SWT tanpa boleh ditolak banding dan dipertikaikan lagi.
Firman Allah SWT: Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)
Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."
Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."
Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."
Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.
Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)
Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."
Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."
Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."
Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas-UM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130125/ba_01/Penciptaan-tujuh-petala-langit##ixzz2J5gijPMm

Friday, 25 January 2013

1Malaysia tidak bermakna bogel

RIDHUAN TEE ABDULLAH
(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH
  
Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’, yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.

Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau.

Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, serta menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Tidak cukup dengan itu, garis panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani berkata “menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"

Kenyataan seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana Presiden Persatuan Seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil.

Personaliti tersebut terpaksa akur. Kepada Persatuan Seniman, “Gua tabik lu bro! Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.

Pada saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak Jakim pada 2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil kira pandangan ulama kontemporari Yusuf al-Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa.

Ini bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan mematuhi garis panduan. Persoalannya, kenapa kita terlalu obses dengan hiburan melampau?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981, membuat keputusan, nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

Jika sebaliknya, maka ia adalah haram. Saya berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, Jakim, Majlis Fatwa adalah adil untuk semua pihak, sama ada Islam atau bukan.
Saya hairan, kita semua begitu beria-ia memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan Islam.

Maka tunaikanlah hak ALLAH tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu mereka turut akur kepada garis panduan ini, malangnya mereka menentang habis-habisan. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik-beradik menyanyi dan menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?

Kita tidak kisah orang telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas) dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan? Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara tentang amalan seks songsang seperti LGBT?

Apakah parti ini mungkin akan menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan disokong, kebaikan pula ditentang. Ultra kiasu turut memberi amaran, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat, tidak akan bertahan lama, dan berharap Kerajaan Kedah untuk lebih inklusif dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat.

Saya harap Pas tidak akan goyah dengan tekanan ini. Umno hendaklah menyokongnya. Kita hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat Pusat. Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH juga kepunyaan mereka.-SH

Aqil hembus nafas terakhir di sisi ayah

Laporan Sinar Harian, Rabu lalu.
Laporan Sinar Harian, Rabu lalu.
 
SEREMBAN – Kanak-kanak menderita penyakit leukimia sejak tiga tahun lalu, Mohamad Aqilizwan Marzalan, 14, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 8.45 pagi semalam.

Berita sedih itu disahkan kakak mangsa, Fatin Nur Fitri, 16, yang memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke wad kanak-kanak Institut Padiatrik HKL kira-kira jam 8 malam, Selasa lalu berikutan mengalami batuk berdarah.

Bagaimanapun, katanya, sehari selepas menerima rawatan di hospital berkenaan, kesihatan Aqilizwan tidak berubah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ayah mereka, Marzalan Long, 49, yang menemaninya sejak dimasukkan ke hospital.

“Kami sekeluarga tidak menyangka akan pemergian Aqil dengan begitu cepat, namun kami reda atas ketentuan takdir ini.

“Cuma kami hanya mampu berharap agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan damai berada di sana,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Adik Aqilizwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kadir, Nilai, selepas solat Zuhur, semalam.

Kelmarin, Sinar Harian memaparkan kisah penderitaan Aqilizwan yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai kos rawatan akibat penyakit yang dialaminya sejak tiga tahun lalu.

Aqilizwan berada pada tahap kritikal dan tidak mampu berbuat apa-apa selain tidur terlentang dan berbaring kerana badannya terlalu lemah.-SH

Rasulullah pendidik unggul

 Asri Md Saman @ Osman  



Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1434H/2013: Guru patut contohi cara Baginda tangani masalah secara berhemah
Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang. Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain.
Dicontohi sepanjang zaman

"Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya," Imam al-Ghazali

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi dan diteladani sepanjang zaman. Allah SWT telah merakamkan beberapa ayat dalam al-Quran mengenai peranan Rasulullah SAW sebagai guru atau pendidik.

Firman Allah SWT: “Dialah Tuhan yang telah mengutuskan kepada kaum ummi (buta huruf) seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, (berjuang) menyucikan mereka serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Sesungguhnya mereka (sebelum diutus Muhammad) benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jum’ah, ayat 2)

Selain nas al-Quran, Nabi SAW juga bersabda: “Sesungguhnya aku telah diutuskan (oleh Allah) sebagai seorang guru (pendidik manusia).” (Riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing.”

Berpandangan jauh

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan, terutama guru. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar perlunya bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru akan menyedari bahawa sabar memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik.

Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW mengatakan: “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Pada hal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Proses pengajaran

Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar.

Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran.-BH

Thursday, 24 January 2013

Dikecam pengikut sendiri

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.

Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.
Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat."

 
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130124/po_01/Dikecam-pengikut-sendiri#ixzz2Iqkma1vC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tentera Israel tembak mati wanita Palestin

RAMALLAH 24 Jan. - Tentera Israel semalam menembak mati seorang wanita Palestin berusia 21 tahun dalam kejadian berhampiran bandar Tebing Barat, Hebron dan turut mencederakan seorang remaja, kata kumpulan perubatan Palestin.

Menurut saksi, Lubna Hanash dan rakannya sedang berjalan menuju al-Arroub Colleg sebelum lelaki Israel dalam uniform tentera Israel yang menaiki kereta awam menembak mereka.
Mengulas mengenai kejadian itu, jurucakap tentera Israel berkata, rakyat Palestin itu melontar bom petrol ke arah tentera sekali gus mengakibatkan mereka melepas tembakan.
Terdahulu awal pagi semalam, Saleh al-Amareen, 16, meninggal dunia di sebuah hospital Israel selepas ditembak tentera di sebuah kem pelarian di Tebing Barat di bandar Baitullaham. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130124/lu_11/Tentera-Israel-tembak-mati-wanita-Palestin#ixzz2Iqhqkvta
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rahsia kejayaan pimpin ummah

Rasulullah jadikan diri 'role model' untuk diikuti setiap Muslim
Ketika membangunkan masyarakat Islam selepas peristiwa hijrah, Rasulullah SAW memulakannya dengan membina akhlak mulia sesama saudara seagama. Umum tahu bukan mudah menyatupadukan banyak hati, tetapi ia dilakukan Rasulullah SAW meskipun ada cabarannya.
Akhlak ditonjolkan Baginda SAW menjadi pengajaran paling berkesan. Sejarah membuktikan keperibadian mulia membentuk masyarakat yang cemerlang tamadunnya tidak akan dimusnahkan oleh tipu daya dan hasad dengki sesama manusia.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu" Surah al-Ahzab (ayat 21)


Rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga mampu membentuk barisan sahabat yang kukuh dan mantap dari segi sahsiah serta keperibadiannya sejajar dengan keperibadian Muslim sebenar yang dipaparkan dalam al-Quran.

Tanpa apa-apa kepentingan di dunia, Baginda memimpin orang kanannya dengan keluhuran Islam, ada wahyu Baginda sampaikan, ada kebuntuan Baginda bawa bermusyawarah. Laba dari inilah yang menjayakan sebuah kepemimpinan yang akhirnya dikagumi kerana integriti bukan kepentingan diri.

Ia juga kerana Baginda tahu bahawa akhlak adalah asas pembinaan diri yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa serta faktor pembinaan sesebuah tamadun. Bahkan inilah sebab utama diutuskan Rasulullah SAW ke dunia.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)       
 
Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ialah melalui pendidikan berasaskan contoh teladan yang baik. Setiap individu haruslah memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga, suka membantu, membimbing dan menjadi ‘role model’.

Antara aspek terpenting yang harus diambil perhatian ialah penampilan setiap individu Muslim, peribadi yang seimbang dalam pemikiran, tindakan dan sikap terhadap konsep berilmu, beramal serta berakhlak yang sebenar.

Rasulullah SAW menunjukkan kepada sahabat supaya bersifat benar dalam perbuatan, perkataan dan gerak hati. Tidak ada sekelumit pun dendam, niat jahat, bicara untuk menyakiti hati orang lain atau melakukan perbuatan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Hari ini, kebanyakan kepincangan dalam urusan pentadbiran, hatta dalam institusi kekeluargaan sekalipun adalah disebabkan oleh sikap ‘tidak benar’ yang menjadi taruhan demi kemenangan di dunia.

Selain itu, sabar dalam semua keadaan perkara paling mudah tetapi sukar dilakukan sekiranya hati kita tidak reda terhadap qada dan qadar Allah. Sifat sabar dibentuk oleh Rasulullah SAW sehingga dikagumi sahabat dan musuh yang bersama Baginda semasa hayatnya.

Kesabaran Rasulullah SAW menyelamatkan agama dan usaha syiar Baginda hingga dapat dinikmati seluruh Muslim hari ini. Baginda juga bersedia berdepan fitnah dan ancaman musuh yang datang dari segenap ceruk.

Satu sifat yang mulia yang ditonjolkan Rasulullah ialah pemaaf terhadap kesilapan yang dilakukan sahabat atau musuh serta mudah bertolak ansur selain tidak pernah marah melainkan kesalahan itu dilakukan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW tidak pernah melemahkan diri Baginda dengan menghukum orang lain ataupun tenggelam oleh rasa marah yang mengawal akal.

Ketenangan Baginda juga menggambarkan peribadi yang baik dan menunjukkan personaliti disukai ramai.

Rasulullah SAW mendidik sahabat menurut tatacara akhlak yang ditentukan Allah dan itulah yang membentuk sebuah masyarakat Islam begitu unggul sifatnya, beriman dan bertakwa serta cenderung mencintai kebaikan.

Kegagalan membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini seperti firman Allah SWT: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Al-Rumi, ayat 41)-BH
Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia 
 
 
Salam Maulid ur Rasul                               

Wednesday, 23 January 2013

Lelong diri RM300

pix_topright
 
Oleh Asmah Rusman
 
Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam.
Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.
Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun.


Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.
“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.
“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.


Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.-Metro

Isteri rabai terabai

Dia mencintai bekas rabai, Philip Sharp serta bekerja keras di ladang milik keluarga itu dan cuba berbaik-baik dengan ‘madunya.’ Bagaimanapun, selepas dipencilkan, dicemburui dan kesunyian, Tracey tidak dapat lagi menanggung penderitaan. Dia akhirnya mendapat keberanian meninggalkan ‘suaminya’ yang kini dikenali sebagai ‘rabai yang berang.’ Kini, selepas lebih dua tahun dan menetap bersama-sama anaknya di rumah pangsa dua bilik di Sussex, Tracey mendedahkan kisah buruk di sebalik keluarga ganjil itu.
Wanita berusia 46 tahun itu berkata, kehidupan keluarga itu tidak pernah bahagia, bertentangan dengan apa yang sering digambarkan oleh bekas rabai berkenaan.
Menurut Tracey, pergaduhan sering berlaku antara ‘isteri’ Sharp. Mereka bekerja enam hari seminggu dan diberi elaun RM150 sebulan untuk hidup sedangkan lelaki itu dilayan seperti ‘raja.’ Tracey mula berkenalan dengan Sharp pada 1998 ketika dia menjadi rabai di sebuah kuil Yahudi di Hove, Sussex, selepas berpisah dengan suaminya.
Ketika itu juga Sharp mendakwa menerima ‘perutusan’ daripada Tuhan yang memaklumkan kepadanya bahawa dia adalah ‘raja’ dan mengarahnya supaya menggandakan bilangan isterinya. Dakwaan dan tindakannya itu menyebabkan Sharp disingkir daripada agama Yahudi.
Selepas menceraikan isterinya yang sah, Sharp ‘mengahwini’ setiausahanya, Judith sebelum mengambil Tracey sebagai isterinya pada 2001.


Foto TRACEY (dua dari kiri) bersama Sharp (berkemeja biru muda) dan ‘isterinya’ yang lain.
Foto TRACEY
Beberapa tahun selepas itu, dia ‘berkahwin’ dengan Hannah, Vreni, Margo, Chava dan Karyn. Lelaki itu mempunyai 12 anak hasil perkahwinan dengan tujuh wanita itu. Tidak satu pun perkahwinan itu dilakukan menurut undang-undang dan Sharp berkata, perkahwinan hanya berlaku ketika seks.
Keluarga itu kemudian membina sebuah rumah berharga RM3.4 juta di sebuah ladang di Whatlington, Sussex Timurmenggunakan elaun anak dan kredit cukai.
Tracey yang melahirkan dua anak Sharp - Naomi, kini 9 tahun dan Mischa, 3 tahun, berkata, dia mulanya mempercayai sepenuhnya lelaki itu dan ajarannya. Bercakap dalam wawancara dengan majalah Closer, Tracey berkata: “Saya mencintainya dan percaya ajarannya.” Ketika hamil kali pertama, Tracey berkata, dia dan Sharp begitu rapat menyebabkan madunya cemburu.
Katanya, perasaan cemburu wujud antara ‘isteri’ Sharp kerana sikapnya yang suka memilih wanita yang digemarinya serta berpindah dari satu katil ke katil lain.
Semua ‘isteri’ Sharp terpaksa melakukan kerja seperti membasuh dan memasak sementara anak mereka tidak ke sekolah, sebaliknya belajar di ladang berkenaan.
“Saya begitu sengsara. Tetapi, tidak boleh melakukan apa-apa, seolah-olah telah disihir olehnya,” kata Stacy.
Tetapi, pada 2010, Tracey bertindak berani, menyoal Sharp mengenai kekurangan tumpuan yang diberikan kepadanya dan anak mereka sebelum bertindak meninggalkan ladang itu.
Menurutnya, anaknya, Naomi, mulanya rindukan ‘isteri’ Sharp yang lain dan adik beradiknya. Tetapi katanya, anaknya kini hidup lebih gembira.
“Saya gembira mendapat kebebasan dan menyesal terjerumus dalam kehidupan dengan Sharp. Saya berharap menemui ‘orang baru’ dan saya tidak akan berkongsinya dengan wanita lain,” kata Tracey. - Daily Mail/Metro

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia

Bantah masa ke tandas 2 minit

SHANGHAI - Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis menyuraikan protes tersebut.
Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2Ilf1VxBU
Hakcipta terpelihara

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara


Penetapan gaji mati staf awam diumum Februari ini



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2Ile35lxf
Hakcipta terpelihara

Musa Hassan: 'Jangan salah erti suara vokal saya' - Politik - Sinar Harian

Musa Hassan: 'Jangan salah erti suara vokal saya' - Politik - Sinar Harian

Cakap biar benar
Pandang biar terang
Telan walau pahit

Tuesday, 22 January 2013

PM Malaysia pertama lawat Palestin

Najib tiba di Gaza

22 Januari 2013
GAZA - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.
Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.
Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.
Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.
Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.
Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.
Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan. - Bernama/SM

MUI minta kerajaan terus benarkan berkhatan bagi perempuan

22 Januari 2013 
                  
JAKARTA - Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta kerajaan negara ini terus membenarkan amalan berkhatan bagi perempuan kerana ia merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.
"Islam menganjurkan umatnya, lelaki dan perempuan, supaya berkhatan," kata timbalan setiausaha agung MUI Amrisyah, seperti yang dipetik agensi berita Antara.
MUI mengumumkan pendiriannya tentang perkara itu pada sidang akhbar di sini pada Isnin ketika Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) heboh berkempen untuk mengharamkan berkhatan bagi perempuan.
"MUI dan pertubuhan Islam lain di negara ini berpendirian tegas dalam menentang usaha mengharamkan berkhatan bagi perempuan," kata Amrisyah.
Bulan lepas, PBB meluluskan resolusi menggesa 193 negara anggotanya menguatkuasakan pengharaman berkhatan bagi perempuan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkhatan boleh menyebabkan wanita mengalami masalah membuang air kecil, pendarahan teruk dan komplikasi ketika bersalin. - Bernama/SH

Gadis berkerjaya jadi pelacur

Gadis berkerjaya jadi pelacur

Dunia sedang menuju ke penghujung
Maruah bersepah dijalanan

70 tahun solat salah kiblat - Melaka & NS - Sinar Harian

70 tahun solat salah kiblat - Melaka & NS - Sinar Harian

Monday, 21 January 2013

Pulau panjang umur

 Susunan NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR





PULAU Ikaria merupakan salah satu lokasi yang disenaraikan sebagai Zon Biru iaitu sebuah konsep demografi yang diperkenalkan Gianni Pes dan Michel Poulain.





STAMATIS Moriatis, 98, pernah didiagnosis menghidap kanser paru-paru pada tahun 1976 ketika menetap di Amerika Syarikat.



HAMPIR semua orang mempunyai teori tentang kunci kepada umur yang panjang serta tubuh yang sihat. Dengan kemajuan dalam bidang perubatan, tidak hairanlah kebanyakan golongan tua hari ini dapat menikmati hidup mereka dengan baik sehingga mencecah usia 80 tahun dan ke atas.
Penduduk yang tinggal di Pulau Ikaria, Greece melakukan sesuatu yang berbeza berbanding penduduk lain di dunia kerana mereka berpotensi untuk hidup satu dekad lebih lama berbanding penduduk Eropah lain sebelum dikaitkan dengan penyakit tua.
Pulau Ikaria ialah sebuah pulau yang seolah-olah imun kepada penyakit Alzheimer, jantung, kanser dan pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan usia tua. Ia terletak kira-kira 30 kilometer dari Laut Aegean, Turki dan merupakan antara lima lokasi yang dikenali sebagai Zon Biru iaitu satu konsep demografi yang diperkenalkan oleh penyelidik Itali dan Belgium, Gianni Pes and Michel Poulain. Mengikut teori, manusia akan hidup lebih lama jika menetap di zon tersebut.
Terkenal sebagai lokasi tarikan kesihatan kerana memiliki sumber air panas yang berkhasiat, pulau tersebut tidak seperti kebanyakan pulau lain di Greece kerana tiada kelab malam di situ.
Rahsia panjang umur penduduknya hanya berbaring untuk mendapatkan sinaran cahaya matahari dengan purata suhu pulau yang lebih daripada 10 darjah Celcius walaupun pada kemuncak musim sejuk dan berdepan taburan hujan yang sangat sedikit pada musim panas.
Selain itu, faktor pemakanan sayur-sayuran tempatan atau menikmati pelbagai jenis teh herba tradisional Greece yang dihasilkan di pulau itu juga memberikan impak kepada rahsia panjang umur penduduknya.
Kanser
Menurut seorang penduduk, Stamatis Moriatis, dia telah didiagnosis menghidap kanser paru-paru pada tahun 1976 ketika tinggal di Amerika Syarikat (AS) dan diberitahu bahawa dia boleh hidup selama sembilan bulan sahaja lagi tetapi baru-baru ini dia menyambut ulang tahunnya yang ke-98.
“Sebenarnya umur saya jauh lebih tua mengikut dokumen kelahiran, iaitu pada 1 Januari 1915. Saya pernah menjadi askar pada Perang Dunia Kedua dan kemudian berhijrah ke England sebelum berkahwin dan menetap di AS.
“Ketika itu kos pengebumian di AS sangat mahal dan saya meminta kepada isteri untuk pulang menghabiskan sisa hidup di pulau kelahiran saya selain mahu dikebumikan berdekatan pusara orang tua saya apabila meninggal dunia nanti.
“Saya menjalani kehidupan biasa dengan bertemu rakan-rakan lama. Setiap hari berlalu tanpa terjadi apa-apa kepada saya. Saya juga menguruskan sebuah kebun zaitun.
“Beberapa tahun lalu saya kembali ke AS dan cuba mencari doktor yang mendiagnosis penyakit saya dahulu tetapi semuanya sudah meninggal dunia,” jelasnya kepada akhbar The New York Times.
Pasukan penyelidik dari Universiti Athens memutuskan untuk mengkaji pulau tersebut dengan lebih terperinci dan menerbitkan keputusan mereka pada tahun 2011.
Mereka melihat secara terperinci pada kehidupan kira-kira 1,420 penduduk Ikaria yang berumur lebih daripada 30 tahun, dengan 89 lelaki dan 98 wanita berusia lebih 80 tahun.
Aktif
Kajian mendapati, hampir 84 peratus lelaki berumur lebih 80 tahun dan hanya lebih 70 peratus daripada rakan-rakan perempuan mereka masih aktif.
Itu tidak menghairankan memandangkan daratan pulau itu terdiri daripada gunung-ganang, jadi penduduk secara semula jadi menjalankan aktiviti senaman dengan berjalan ke mana sahaja yang mereka mahu.
Kajian yang dijalankan mendapati, enam daripada 10 orang yang berumur 90 tahun masih menganggap diri mereka aktif berbanding purata sebanyak 20 peratus mereka yang meninggalkan pulau itu. Purata mereka yang merokok juga amat sedikit.
Nampaknya penduduk mendapat manfaat daripada diet Mediterranean yang ketat, dengan mengambil lebih banyak kentang dan menghasilkan tanaman sendiri.
Maka wang bukanlah kunci kepada kehidupan yang panjang dan bahagia kerana peratusan bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda kemurungan adalah sedikit. Hanya 5.7 peratus lelaki dan 2.1 peratus wanita yang berumur lebih 80 tahun mempunyai status kewangan yang sangat baik.
Kebanyakan orang berusaha mendapatkan wang pada siang hari, tetapi berbeza bagi penduduk Pulau Ikaria yang lebih gemar melakukan pekerjaan pada waktu malam kerana hampir 84 peratus lelakinya dilaporkan tidur pada siang hari.
Kaji selidik itu turut menyimpulkan bahawa rahsia penduduk pulau tersebut panjang umur terletak pada aktiviti fizikal, tabiat pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan mereka. Kemasukan Ikaria ke dalam senarai Zon Biru adalah lebih rasional.
Seorang penyelidik dari Universiti Athens, Dr. Christina Chrysohoou memberitahu, terdapat banyak faktor yang dapat mengekalkan tahap kesihatan seseorang.
“Penduduk di sini juga sebenarnya menderita pelbagai penyakit seperti yang dihidap manusia tetapi mereka menderita penyakit tersebut pada usia yang jauh lebih tua.
“Kita tidak boleh menghindari penyakit-penyakit ini, tapi penduduk di sini berupaya mempertahankan gaya hidup mereka selama bertahun-tahun. Rata-rata umur penghidap penyakit jantung di seluruh dunia antara 55 tahun hingga 60 tahun tetapi di Pulau Ikaria, ia menjadi 10 tahun lebih lambat,” beritahu beliau.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm#ixzz2IaAJTcql
Hakcipta terpelihara