Thursday, 31 January 2013

Susu ibu penyelamat anak gajah 'Baby Joe'

KOTA KINABALU 30 Jan. - Antara punca utama anak gajah spesies Pygmy Borneo berusia tiga bulan terselamat berbanding 10 ekor yang lain kerana haiwan itu masih menyusu badan.

Pegawai Veterinar Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Dr. Rosa Sipangkui berkata, penemuan awal itu berdasarkan kelebihan susu ibu gajah yang mengandungi antibodi mencukupi.
Walau bagaimanapun beliau menambah, keputusan sebenar sama ada haiwan yang diberi nama 'Baby Joe' itu bebas daripada racun tikus atau sebaliknya hanya dapat diketahui selepas keputusan pemeriksaan menyeluruh dilakukan.
"Baby Joe seberat 120 kilogram itu kini berada dalam keadaan selamat walaupun berat badannya sedikit susut kerana kurang minum susu, berkemungkinan masih trauma akibat tragedi itu.
"Kemungkinan juga haiwan itu penat kerana perjalanan jauh kira-kira 800 kilometer untuk memindahkannya dari Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau ke sini," katanya ketika ditemui di taman hidupan liar itu di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130131/dn_08/Susu-ibu-penyelamat-anak-gajah-Baby-Joe#ixzz2JVxC94YB
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: