Wednesday, 8 July 2020

bu lahir bayi di parkir



FLORIDA - Satu rakaman tular di media sosial memaparkan seorang wanita melahirkan bayi di kawasan parkir berikutan tidak sempat tiba ke sebuah pusat perubatan di Florida, Amerika Syarikat.


Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat perubatan itu, Susan Anderson dilihat sedang berdiri sambil dibantu suaminya, Joseph Andersorn dan seorang wanita dipercayai bidan, Sandra Lovaina, lapor Daily Mail.

"Semasa menaiki kereta ke pusat perubatan, saya berkata kepada suami, saya bersedia hendak bersalin. Saya percaya tidak sempat untuk masuk ke dalam pusat perubatan.

"Pada saat kaki melangkah, kepala bayi hampir keluar, saya terus fokus dan memilih untuk membengkokkan lutut, manakala suami memegang erat tangan. Bidan pun bersedia menyambut bayi saya," katanya proses kelahiran berjalan dengan baik.

Anderson melahirkan anak perempuan sulung itu merancang melahirkan secara semula jadi di dalam air.

Dalam rakaman video durasi 1 minit itu, Anderson juga dilihat memeluk anaknya sebaik bersalin selepas diberikan oleh Lovaina sebelum mereka memasuki pusat perubatan itu.

Kekecohan itu juga didengari oleh dua anggota polis yang terkejut dengan apa yang berlaku.


sinarharian

Facebook sekat video puji kecekapan Malaysia tangani Covid-19

LAPORAN portal berita Harian Metro, 10 Mei lalu.

BERNAMA
PADA 18 Mei lalu, Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan 'Other Side of the Truth', yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19, bagaimanapun, Facebook merasakan sebaliknya.
Video bertajuk 'How Malaysia Did the Impossible' itu menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi Covid-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.
Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun FB kini menyekat capaian video itu dan iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.
Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lalu mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.
"Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.
"… dan satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan - contohnya memberikan perkhidmatan Internet percuma," katanya menerusi klip video berkenaan.
"Ini amat mengecewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam melawan Covid-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia," katanya.
Pfundheller yang juga pakar bedah pergigian sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau bekerja keras untuk memberikan penghargaan sepatutnya kepada Malaysia.
"… tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan.
"Saya tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia," katanya.
Pfundheller berkata, platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.
"Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara, ...semuanya perlu mendapat layanan saksama," katanya

Monday, 8 June 2020

Puas nafsu cara pelik

IMBASAN sinar-X menunjukkan wayar pengecas telefon bimbit pada seorang pesakit lelaki.

NEW DELHI: Gara-gara mahu memuaskan nafsu seksnya, seorang lelaki di India sanggup memasukkan wayar pengecas telefon bimbit ke pundi kencingnya.
Malah, ketika mendapatkan rawatan di hospital, lelaki itu mereka cerita bahawa dia menelan wayar berkenaan.
Doktor kemudian menjalankan pembedahan namun tidak menemui apa-apa wayar.
Perunding kanan bedah sebuah hospital di Guwahati, Walliul Islam berkata, pihaknya tidak perlu membuat pembedahan itu sekiranya lelaki berusia 30 tahun itu bercakap benar.
"Pesakit itu datang kepada kami kerana kesakitan pada perutnya dan memberitahu kami dia tersalah memakan wayar.
"Kami membuat endoskopi dan tidak menemui wayar itu dalam najisnya sebelum memutuskan membuat pembedahan.
"Namun, dia tidak menemui apa-apa di dalam saluran pencernaan lelaki itu," katanya seperti dipetik Mirror Online.
Katanya, rahsia lelaki itu terbongkar selepas imbasan sinar-X menunjukkan wayar itu berada pada pundi kencingnya.
"Lelaki itu datang lima hari selepas memasukkan wayar itu. Dia sebelum itu berulang kali mengatakan dia makan wayar itu melalui mulutnya. Kami tidak pernah bayangkan orang dewasa boleh menipu untuk perkara seperti ini.
"Lelaki itu yang malu (mengaku perkara sebenar) mempunyai kebiasaan memasukkan sesuatu dalam alat sulitnya untuk kepuasan seksualnya," katanya.
Beliau mengesahkan lelaki itu tiada masalah kesihatan mental, namun tindakan dilakukannya itu jarang berlaku.
"Kejadian lelaki memasukkan sesuatu dalam zakarnya pernah berlaku, tetapi lelaki ini pergi lebih jauh dengan memasukkan wayar dalam pundi kencing.
"Ini memang betul-betul jarang berlaku," katanya.
Katanya, wayar sepanjang dua kaki itu (kira-kira 0.6 meter) berjaya dikeluarkan menerusi satu pembedahan, manakala pesakit kini sembuh.

-Metro

Saturday, 23 May 2020

Gadis hilang seminggu ditemukan bergayut pada akar pokok

Hanis ditemukan dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih Terengganu.


PASIR PUTEH - Seorang gadis hilang sejak Rabu lalu selamat ditemukan kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu tengah hari semalam.
Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan lemah, kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.
Sepupu mangsa, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, ibu Hanis, Nasarah Muhammad, 56, ialah insan paling gembira mendapat perkhabaran anak tunggalnya selamat ditemukan pada jam 3 petang itu.
"Saya ada bertanya Hanis macam mana dia boleh sampai sejauh ini dengan motosikal. Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.
Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan lemah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang."Selepas tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam sungai," katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.
" katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, tangki minyak motosikal milik Hanis juga penuh sedangkan sepupunya itu langsung tidak memiliki wang ketika keluar dari rumah.
"Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis ditemukan dalam keadaan selamat," katanya.
Terdahulu, Mohd Hafiz memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.

"Anggota di IPD Pasir Puteh berhubung dengan Balai Polis Pasir Akar, Jertih untuk bantuan. Saya kemudian bergerak ke lokasi motosikal untuk menjejak kedudukan Hanis.
"Saya dan beberapa pekerja ladang serta pihak berkuasa terlibat dalam gerakan mencari dan mengesan kedudukan Hanis terpaksa meredah kawasan berbukit dan ladang kelapa sawit sebelum jumpa dia.
"Terima kasih kepada polis dan pekerja ladang yang sanggup membantu dan turun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Hanis," katanya.
Sinar Harian 16 Mei lalu melaporkan, seorang gadis dari Kampung Guntong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal secara berseorangan.

-Sinar


Wednesday, 20 May 2020

Mayat bergerak cetus debat

MAYAT di dalam keranda dirakam bergerak ketika majlis pengebumian.

Sulawesi: Warganet gempar selepas video mayat di dalam keranda dirakam bergerak ketika pengebumian, 5 Mei lalu.
Kejadian itu berlaku di kawasan Manado, utara Sulawesi dirakam seorang hadirin yang menghadiri majlis berkenaan.
Menerusi laporan Mirror.co.uk yang memetik berita Daily Mail, video itu menunjukkan kubur berkenaan dikelilingi ahli keluarga dan sahabat mendiang.
Seorang daripada mereka kemudian merakam ketika bacaan doa oleh paderi sedang berlangsung.
Bagaimanapun, ketika kamera dihala lebih dekat pada keranda, kelihatan tangan dan jari mayat bergerak.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa saat selepas bacaan doa dijalankan.
Video tular itu kemudian mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya yang sangsi dengan pergerakan seperti didakwa.
Bagaimanapun, ada pakar berpendapat pergerakan pada mayat adalah berpunca daripada proses pereputan dan pembebasan gas menyebabkan mayat seolah-olah sedang bergerak khususnya di bahagian tangan.

-Metro

Friday, 15 May 2020

ikam adik 189 kali, korek biji mata

ELIZAVETA dipenjara 13 tahun selepas membunuh Stefania akibat cemburu. FOTO AGENSI


Agensi
MOSCOW: Seorang wanita dipenjara 13 tahun kerana menikam adik perempuannya yang masih remaja sebanyak 189 kali sebelum mengorek keluar biji mata dan memotong telinganya akibat terlalu cemburukan kecantikannya.
Elizaveta Dubrovina, 22, yang terlalu cemburu dengan adiknya Stefania, 17, yang bekerja sebagai model, dilaporkan menyerangnya di rumah teman lelaki mangsa pada 2016, lapor news.com.au.
STEFANIA (kiri) jadi dibunuh akibat cemburu dengan kejelitaannya. FOTO AGENSIAkhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan mayat mangsa ditemui hampir hancur akibat serangan kejam berkenaan dengan kesan tikaman memenuhi kepala, leher, badan, lengan serta kakinya.
Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, mangsa yang ditemui tanpa biji mata atau telinga itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
Dua beradik itu membesar di rumah anak yatim sejak kecil lagi.
Sementara itu, The Metro melaporkan mayat mangsa ditemui teman lelakinya Alexey Fateev yang menahan Elizaveta selepas menghalangnya melarikan diri.

-Metro 

Thursday, 14 May 2020

Fesyen rambut ala koronavirus

FESYEN dinamakan ‘The Coronavirus’. FOTO Agensi

Agensi

NAIROBI: Sebuah salun di Kibera, perkampungan terbesar di Kenya memperkenalkan fesyen rambut ala koronavirus.

Fesyen dinamakan The Coronavirus itu menampilkan beberapa ikatan pada rambut menyerupai bentuk Covid-19 yang dilihat di bawah mikroskop.

Oddity Central melaporkan, trend itu antara lain memberi pendapatan kepada salun ketika banyak perniagaan lain di negara itu terpaksa ditutup.

Ia selepas langkah kerajaan negara itu yang meminta semua rakyatnya berada di rumah.

Salah satu pengusaha salun terbabit berkata, tiga pekerjanya sedia membuat fesyen rambut itu kepada pelanggan.

"Rambut pelanggan diikat kepada beberapa bahagian kemudian dipusing dan mengikat satu persatu sehingga ikatan rambut menjadi tegak dan melawan graviti.

"(Gaya ini) sangat ringkas dan murah untuk dilakukan pada setiap orang," kata seorang pendandan rambut, Diana Andayi.

Selain itu, harga dikenakan kepada pelanggan cukup murah iaitu AS$1 (RM4.34).

Setakat ini, Kenya merekodkan 649 kes positif Covid-19 dengan 30 kematian.


-Metro Khamis

Thursday, 28 June 2018

Perkosa bekas teman lelaki

Montana: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun memecah masuk rumah bekas teman lelakinya di Montana, Amerika Syarikat, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks selepas mengancam lelaki itu dengan parang.Apabila polis tiba, Samantha mendakwa diculik bekas teman lelaki yang memberinya parang bagi melindungi dirinya.
Samantha Mears, 19, menghadapi tuduhan memecah masuk, menyerang menggunakan senjata, dan menahan secara salah dalam kejadian di Great Falls, Jumaat lalu.
Menurut laporan DailyMail, berdasarkan kertas pertuduhan, Samantha memasuki rumah bekas teman lelakinya itu dan menunggu mangsa pulang.Menurut laporan KFPP, sebaik lelaki itu memasuki rumah, dia menyerbu dari belakang dengan bersenjatakan parang, mengarahkan mangsa membuka pakaian dan naik ke katil. Dalam aduannya, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut arahan wanita itu kerana bimbangkan keselamatannya.
Samantha kemudian membuka pakaian dan melakukan hubungan seks dengan mangsa sambil memegang parang.
Menurut laporan Great Falls Tribune, wanita itu dan mangsa bertengkar menyebabkan Samantha berang lalu menetak dinding serta kencing di atas tilam.
Mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 911 selepas memberi alasan mahu keluar untuk menelefon rakan.
Apabila polis tiba, Samantha mendakwa diculik bekas teman lelaki yang memberinya parang bagi melindungi dirinya.
Anggota polis terbabit mengesyaki wanita itu mengalami gangguan mental dan kelihatan keliru.

Tuesday, 12 June 2018

Kapal karam bawa permata, berlian ditemui


LONDON – Beberapa penyelam menemui peluru meriam dan sauh kurun ke-17 milik kapal dagang yang membawa kargo permata dan berlian yang dipercayai karam kira-kira 300 tahun lalu.
Dua penyelam daripada Arkeologi Maritim Cornwall, David Gibbins dan Mark Milburn menemui bangkai kapal bernama The President itu yang dipercayai karam sekitar tahun 1684 di dasar laut Loe Bar, berhampiran Porthleven, Cornwall.
“Kami menemui tujuh meriam dan satu sauh yang belum pernah dilihat sebelum ini di kawasan yang berada di bawah Akta Perlindungan Bangkai Kapal 1973.
“Kami melakukan penerokaan ini selepas mendapat kelulusan daripada Historic England untuk memantau serpihan kapal berkenaan,” kata Milburn.
Beberapa serpihan kapal itu pertama kali dilaporkan oleh penyelam 20 tahun lalu dan ketika itu, dua anak kapal dipercayai terselamat.
Bangkai kapal terkaya di Britain itu dipercayai turut membawa beberapa kargo yang sarat dengan berlian dan permata dari India tetapi sehingga kini belum ditemui khazanah berharga itu. 

– Agensi/Kosmo

Tragedi Ramadan



New Delhi: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyembelih anak perempuannya yang berusia empat tahun untuk dijadikan sebagai korban sempena Ramadan.
Kanak-kanak malang dikenali sebagai Rizwana itu ditemui mati oleh ibunya dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka di Pipad, daerah Jodhpur, India pada Jumaat lalu.
Times of India melaporkan, suspek, Nawab Ali Qureshi, 26, yang disoal siasat polis, membuat pengakuan bahawa dia menyembelih anaknya untuk dijadikan korban.
Jurucakap polis berkata, Rajan Dushyant, sebelum kejadian, lelaki itu sempat membawa anaknya ke pasar dan membeli pelbagai barangan, selain memberitahu kanak-kanak itu dia terlalu menyayanginya.
“Ketika keluarga mereka nyenyak tidur malam Khamis, dia membawa anaknya ke sebuah bilik di tingkat bawah sambil membacakan sesuatu lalu menyembelih mangsa. Kemudian dia kembali ke tempat tidur.
“Kira-kira jam 5 pagi selepas itu, isterinya tersedar dan mendapati Rizwana hilang. Dia mencari di sekitar rumah dan menemui anaknya terbaring di bilik bawah,” katanya.
Katanya, mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.
“Suspek yang menjalankan perniagaan menjual daging pada mulanya cuba meyakinkan keluarganya bahawa mangsa mungkin dibunuh oleh kucing.
“Bagaimanapun, isterinya tidak berpuas hati dan membuat laporan polis mendakwa anaknya mati akibat dibunuh,” jelas jurucakap itu.

-Metro

Monday, 11 June 2018

Pengakuan dan penyesalan operatif Invoke?



5 Tahun....

5 Tahun lamanya kami menyerang Kerajaan BN tanpa henti...Dari isu sekecik biji quinoa sehinggalah isu bulu hidung Najib. Semuanya kami gunakan. Tak habis serang Najib, kami serang Rosmah. Macam2 gelaran kami gunakan utk jatuhkan nama baik dia.

Dari seorg perempuan gemuk seperti yg dikatakan Tun M sehinggalah bomoh tua dgn rambut gerbangnya. Tak cukup serang Rosmah, Kami serang pula anak2 cucu Najib sekali dgn Kucing2nya yg gebu itu.

Sebarkan segala macam keburukkan Najib, betul atau tidak, itu belakang kira. Segala ilmu memfitnah, ilmu menghasut, macam2 ilmu kami gunakan asal dapat calarkan nama Najib dan seluruh keluarganya. Inilah kerja kami.

Adakah kami bangga dgn kerja kami? Tidak! Tapi seperti kata Rafizi, kerja pembangkang ne adalah menghasut rakyat setiap hari sehingga Kerajaan BN tumbang, dan inilah yg kami lakukan.

Bermula 2009 ketika 1Mdb mula diperkenalkan sejak bertukar nama dari TiA, kami dedahkan segala macam keburukkan yg 1Mdb lakukan.

Dengan bantuan Sarawak Report, dan WSJ, kami sebarkan dalam media sosial bagaimana Wang Rakyat dicuri sehingga berbillion2 melalui Jho Low. Tak cukup dgn sebaran propaganda ini, buat laporan polis di seluruh dunia mengenai penyelewengan 1Mdb ini sehingga menjatuhkan pasaran ekonomi Malaysia.

Menariknya, ramai rakyat Malaysia percaya dgn hasutan kami ini. Sehingga tak ada sorg pun tanya darimana sumber berita kami, betul atau tidak,...

Sekiranya Penyokong2 Kerajaan BN yg bertanyakan soalan yg susah kami nak jawab, kami hanya perlu memaki mereka dan mengharamjadahkan semua penyokong2 BN ini. Sedangkan Pemimpin2 DAp boleh memanggil org lain dgn macam2 gelaran, tak kan kami tak boleh.


Permulaan GST 6% adalah satu berita yg menggembirakan bagi kami, kerana dgn isu Gst ini kami dapat tanamkan dalam minda Rakyat betapa susahnya hidup di zaman Najib. Kami olah cerita konon2nya duit GSt ini digunakan utk membayar hutang2 1Mdb.

Yg paling melucukan apabila Pegawai2 yg sepatutnya menerangkan GST ini tidak pula faham dan tahu bagaimana nak terangkan GST ini...dan Rakyat Malaysia seperti biasa mempercayai segala pembohongan kami. Kami sangat bernasib baik tahun ini kerana ramai pengundi yg tidak berapa cerdik dan mudah dihasut.

Bak kata Rafizi, kemenangan Pakatan Harapan hari ini bukanlah kerana kehadiran Tun M tapi adalah usaha kami yg berterusan dari dahulu sehingga sekarang. Tun M hanya menumpang usaha kami.

Walaupun begitu, kami berterimakasih dgn geng Bunga ini, kerana dengan kemunculan mereka, secara tiba2 media massa seluruh dunia menyebarkan propaganda 1MDb. Ajaib sungguh penangan Cash is King ini..

Walaupun terkantoi oleh Syed siddiq hari itu mengenai isu bayaran kepada pihak2 tertentu utk menjatuhkan nama Najib, kami tutup cerita terkantoi itu dgn cerita lain yg lebih sensasi yg berkaitan dgn cincin berlian PINK yg kononnya dimiliki oleh Rosmah. Bijak kan kami.

9hb Mei, bukti segala usaha kami untuk menghasut rakyat Malaysia tidak sia2, untuk membuang Kerajaan BN dan Najib yg kononnya penuh rasuah, dan melakukan korupsi. Kami berjaya tumbangkan Kerajaan BN dgn mainan persepsi negatif, dicampur-adukkan dgn kepalsuan dan fitnah.

Walau dgn Akta Anti-Berita Palsu sekalipun kami tidak akan goyah. Kami anjurkan demo demi demo serata negara mengenai harga minyak mahal, gst, duit rakyat dicuri, 1Mdb, Altantuya, dan seribu satu kisah dalam suapan berita kami di media sosial setiap hari. Rakyat Malaysia percaya cerita kami.

Samada cerita tahyul, mitos atau sekadar cerita rekaan, sebilangan besar mereka ini percaya dongeng yang kami dendangkan. dan mereka inilah yg membantu menyebarkan cerita2 kami. Terima kasih rakyat Malaysia yg percaya.

Namun apa yg kami harap2kan selepas kemenangan Pakatan Pembangkang, tidak berlaku. Harga Minyak tidak turun, harga barangan masih sama walaupun dah sifar Gst..kalau ganti dgn Sst, kami yg bijak bistari ne memang tahu harga barangan bakal naik.

Tak cukup dgn ini, isu 1Mdb pula dah jadi cerita jenaka seluruh negara. Hari2 buat serbuan, hari2 rampas barang2 malah kasut baby jadi sasaran.

Selepas itu hari2 buat sidang media. tapi satu bukti pun tak jumpa? semua gambar2 yg disebarkan di media sosial itu pun tak betul...apa punya kerja cincai la..hanya memalukan nama baik kami.

Apa yg kami kesalkan lagi, apabila sudah menjadi Kerajaan, masih ramai lagi penyokong2 Pembangkang ini masih bermain2 dgn persepsi. Tak cukup dgn ini, Pemimpin2 Kerajaan Baru ini pula dgn sengajanya nak jatuhkan ekonomi negara dgn permainan Hutang Negara.Apa ne??!!

Kalau tak mampu tunaikan janji, berterus terang saja lah sebagai Kerajaan yg berintegriti, bermaruah.

Kepada semua penjawat awam yg dibuang walaupun lantikan kontrak, kami minta maaf. Kami tak tahu kamu akan dibuang. Kepada rakyat yg tak dapat duit raya tahun ne, kami minta maaf. Kepada pemilik kasut baby warna merah tu, kami juga mau meminta maaf.

Kepada rakyat sabah yg sepatutnya dapat 20% royalty minyak , kami minta maaf....

Sesungguhnya, dalam sebulan ini, kami sedar hidup skrg berbanding zaman najib memang agak sukar.
Tak ada duit lebihan utk berbelanja, takde  Projek2 sperti HSR, ECRL dan MRT2 yang boleh dijadikan tempat utk berselfie di masa akan datang....

Selamat tinggal 1MDB dan Gst..kami pasti akan merindui kamu selepas ini.

Nukilan
~ bekas MACAi yg Insaf~
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa.

C&P (Untuk renungan bersama)

Priyanka Chopra mohon maaf



BINTANG Bollywood terkenal, Priyanka Chopra, hari ini memohon maaf selepas kemarahan tercetus berhubung siri televisyen di Amerika Syarikat menunjukkan beliau mendedahkan plot keganasan yang ditimbulkan pelampau Hindu di India.
Satu episod drama ‘Quantico’ menunjukkan watak Chopra, ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bernama Alex Parrish menggagalkan pelan itu dan menyedari seorang daripada pengganas memakai lambang Hindu.
Pengganas cuba memerangkap Pakistan bagi serangan yang dirancang menjelang sidang kemuncak mengenai Kashmir, wilayah Himalaya yang menjadi rebutan dan didakwa India dan Pakistan sebagai hak mereka.
Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.
Chopra, yang juga bekas Ratu Dunia berkata, beliau berbangga sebagai rakyat India dan tidak akan berubah.
“Saya amat sedih dan meminta maaf kerana sentimen yang kecewa dengan episod dalam Quantico.
“Ia bukan niat saya. Saya benar-benar minta maaf,” kata aktres berusia 35 tahun itu dalam akaun Twitter.
Penerbit drama jenayah itu, ABC Studios, juga memohon maaf tetapi mempertahankan Chopra yang menjadi pelakon utama rancangan itu.

-Metro

Kesan gigitan pada kain kafan



POLIS belum mengenal pasti haiwan yang meninggalkan kesan gigitan pada kain kafan jenazah bayi yang hilang di Kulim, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi berkata, haiwan terbabit mungkin biawak atau anjing namun masih belum boleh dipastikan lagi.
Katanya, pihaknya sudah menghubungi pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam dengan bantuan imam masjid terbabit.
"Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan tanda positif dan dipercayai adalah daripada tindakan binatang kerana terdapat kesan gigitan pada kain kafan jenazah terbabit.
"Sebelum kejadian itu, kawasan terbabit hujan dan berkemungkinan menyebabkan tanah mendap sehingga haiwan yang datang ke situ mengoreknya dan membawa lari jasad bayi itu," katanya.
Ahmad Nasir berkata, bayi perempuan itu difahamkan meninggal dunia akibat rotavirus dan setakat ini jasadnya masih belum ditemui.
Tanah perkuburan itu juga berhampiran dengan kawasan hutan berbukit yang berkemungkinan dibawa masuk ke dalam hutan menyebabkan sukar untuk menemui mayat bayi malang itu.

AJK masjid dan orang ramai menggali semula kubur itu untuk mencari jenazah bayi terbabit namun gagal menemuinya. FOTO Azahar Hashim
Sementara itu, penggali kubur di tanah perkuburan itu yang enggan dikenali berkata, kehilangan jasad bayi itu hanya diketahui orang awam selepas melihat kain kafan berada di atas tanah perkuburan selain mendapan di kawasan kubur, 7 malam kelmarin.
"Ketika kejadian itu, kebetulan ada majlis tahlil yang diadakan di masjid terbabit yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid.
"Orang ramai kemudian memaklumkan kepada AJK sebelum mereka ke kubur itu dan terkejut melihat kesan mendapan dan kain kapan berselerakan," katanya.
Katanya, AJK masjid dan orang ramai kemudian menggali semula kubur itu untuk mencari jenazah bayi terbabit namun gagal menemuinya.
"Mereka (AJK) masjid kemudian meminta waris jenazah bayi itu membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Ini adalah kejadian kali pertama terjadi di kawasan ini kerana sebelum ini perkara seperti ini tidak berlaku," katanya.
"Kami masih tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

-Metro

Friday, 8 June 2018

Dibakar kekasih cemburu

KLANG: Hanya kerana cemburu, seorang lelaki bertindak membakar teman wanitanya di rumahnya di Andalas di sini, pagi semalam.
Akibat perbuatan suspek, mangsa yang berusia 24 tahun melecur 60 peratus di bahagian badan sebelum dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 52 tahun, yang melawat wanita berkenaan di hospital terbabit kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Mangsa memaklumkan dia bergaduh dengan teman lelakinya yang berusia 24 tahun ketika berada di rumah lelaki berkenaan di Andalas di sini, sehingga dipukul dengan getah paip di bahagian badan.
"Suspek kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api menyebabkan mangsa terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamsul Amar berkata, mangsa dan juga suspek yang bekerja sebagai mekanik dibawa ke hospital terbabit oleh untuk rawatan lanjut.
"Suspek cedera pada kedua-dua tangan akibat kejadian itu dan turut dibawa ke hospital berkenaan di mana lelaki itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut ketika menerima rawatan," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu.
"Berlaku perselisihan faham antara suspek dengan mangsa yang berpunca daripada perasan cemburu hingga mengakibatkan mereka bergaduh.
"Pergaduhan antara pasangan yang sudah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu itu menjadi serius apabila lelaki berkenaan gagal mengawal emosi dan bertindak memukul mangsa menggunakan getah paip serta menyimbah petrol lalu membakar mangsa," katanya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.

-BH

Bayi ditanam 7 jam ditemui selamat

SAO PAULO: Seorang bayi perempuan dijumpai selamat selepas tujuh jam ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di Brazil, kata pendakwa raya semalam, susulan operasi menyelamatkannya.
Jururawat menghubungi pihak berkuasa selepas mengetahui bayi itu ditanam sejurus selepas kelahirannya Selasa lalu di Taman Negara Xingu di negeri Mato Grosso, yang dihuni ramai penduduk pribumi Brazil.
Polis menyiarkan video menunjukkan pegawai mengorek pasir keluar dari lubang cetek pada waktu malam, kemudian menarik bayi yang masih bogel, dengan tali pusatnya masih ada.
Moyang bayi itu, anggota puak Kamaruya, ditahan, kata pendakwa Paulo Roberto do Prado.
"Kami menyiasat sama ada ini adalah cubaan membunuh bayi atau dia menyangka bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
"Walaupun ditanam semalam tujuh jam, maklumat yang kami peroleh bayi itu sihat," katanya.
Bayi berkenaan dibawa ke Cuiaba, ibu negeri Mato Grosso, kelmarin dan diletakkan dalam unit rawatan rapi neonatal.
Keluarganya memberitahu polis bayi berkenaan jatuh selepas dilahirkan dalam bilik air.
Namun polis mengesyaki mereka cuba menyembunyikan perkara sebenar.
"Disebabkan bapanya enggan mengaku bayi itu anaknya dan ibu pula baru berusia 15 tahun, mereka disyaki cuba membunuh bayi itu," kata polis. 

- AFP/Metro

Thursday, 7 June 2018

Rahsia hitam si isteri



Moscow: Seorang lelaki yang terkejut selepas menemui tengkorak manusia di kebun kentang miliknya menjadi lebih ketakutan apabila isterinya memberitahu mayat itu adalah suami pertama yang dibunuhnya 21 tahun yang lalu.
Lelaki itu menggali tanah di kebun kentang bersebelahan rumahnya di kampung Luzino di Omsk, Siberia apabila menemui tengkorak dan beberapa tulang manusia.
Dia yang terkejut memaklumkan penemuan itu kepada isterinya tetapi wanita berusia 60 tahun itu dengan tenang berkata, “Jangan bimbang, ia adalah suami pertama saya”.
“Tanam semula tulang itu dan lupakan. Kita tidak akan memberitahu polis,” tambahnya.
Wanita itu kemudian mengaku membunuh suami pertamanya kira-kira 21 tahun lalu, menetak lelaki berusia 52 tahun berkenaan dengan kapak sebelum menanam mayat mangsa di kebun kentang miliknya.
Katanya, dia bertindak demikian kerana mempertahankan diri selepas suaminya pulang dalam keadaan mabuk dan memukulnya.
Selepas membunuh suaminya, wanita itu membuat cerita bahawa mangsa tidak pulang ke rumah selepas pergi bekerja.
Dia kemudiannya meneruskan kehidupannya seperti biasa dan berkahwin sekali lagi.
Bagaimanapun, suami kedua wanita itu tidak mengendahkan permintaannya dan segera membuat laporan polis mengenai penemuan mayat berkenaan.
Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan berdepan hukuman penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah membunuh suaminya itu.

-Metro

Disekat ikut tabligh, pemuda maut kelar diri

Keadaan mangsa sewaktu ditemui lewat malam semalam.
Keadaan mangsa sewaktu ditemui lewat malam semalam.
SANDAKAN - Gara-gara dihalang mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh oleh ibu bapanya, seorang pemuda maut selepas dipercayai mengelar dirinya menggunakan sebilah gergaji di Taman Nuri, Batu 7 di sini lewat malam semalam.
Dalam kejadian lebih kurang pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 19 tahun ditemui bapanya dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di bahagian belakang dapur kediaman terbabit
Hasil pemeriksaan terhadap fizikalnya mendapati mangsa cedera parah pada bahagian leher dan badan akibat dikelar dengan gergaji sepanjang 30 sentimeter.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, sebelum insiden mangsa dikatakan mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu selepas ibu dan bapanya melarang dia mengikuti aktiviti tabligh. 
Dimaklumkan, mangsa merupakan salah seorang anggota Jemaah Tabligh yang aktif di sekitar daerah Sandakan.
"Hasil siasatan awal turut mendapati semalam mangsa telah dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi mangsa enggan dan terus pulang ke rumah.
"Bagaimanapun, selepas pulang lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tidak mahu berbual sehingga dia dijumpai terbaring dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah sambil tangan kirinya masih memegang sebilah gergaji yang terletak pada bahagian dada," katanya kepada Kosmo! hari ini.
Tambah Mohd. Azhar, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan luka mahupun pergelutan.
Mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Duchess of Kent dekat sini untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE

Tuesday, 5 June 2018

Zulin dilamar ahli politik Indonesia?



KUALA LUMPUR: Entri petikan surah dan foto gaun perkahwinan dimuat naik Zulin Aziz sejak beberapa hari lalu, seolah-olah memberi bayangan hati pelakon dan penyampai radio Suria FM itu sedang berbunga.
Menambahkan lagi spekulasi, BH Online beroleh maklumat kononnya ada jejaka dari Indonesia, melamar Zulin, Sabtu lalu.
Khabarnya, jejaka itu bukan calang-calang orang, sebaliknya ahli politik di republik berkenaan.
Bertanyakan Zulin mengenai gosip itu, dia tidak menafikan dirinya didekati jejaka dari seberang.
"Iya... Memang benar. Cuma saya tak mahu terlalu galak bercerita... Biarlah dulu. Kita doa yang baik-baik, Insya-Allah," katanya.
Ditanya lebih lanjut mengenai jejaka itu, Zulin memberitahu, mereka berkenalan ketika dia bercuti di Indonesia, tahun lalu.
"Kami hanya kenal begitu saja. Saya tak duga, dia benar-benar mahu membawa perkenalan ini ke tahap yang lebih serius.
"Saya sendiri pun tidak melayannya sangat," katanya.
Namun, Zulin memberitahu, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
"Sudah lama saya bersedia ke arah itu. Cuma sebelum ini, saya sering diuji dengan percintaan yang tak pasti," katanya.
Baru-baru ini, Zulin memuat naik foto seorang model menggayakan gaun perkahwinan dengan keterangan berbunyi:
"Insya-Allah, Amin. Semoga dipermudahkan."
Selain itu, Zulin turut berkongsi petikan surah yang antara lain bermaksud 'dan Dia maha mengetahui segala isi hati'.
Semalam, Zulin memuat naik pula luahan hati yang antara lain berbunyi:
"Allah sebaik-baiknya perancang. Apa yang kita hendak, tidak selalunya indah dan kadang-kadang, apa yang kita tak mahu itulah yang terbaik.
"Aku sudah beri mereka waktu. Ternyata yang aku kehendaki tidak menghargai waktu yang diberi, malah mensia-siakan dan menghukum waktu dalam segala hal.
"Hari ini, kita sihat, esok belum tahu. Hari ini kita hidup, esok belum tentu, begitu juga jodoh. Hari ini dijodohkan, esok juga belum pasti. Jadi aku buka hati lalu pilih dan tawakal," luahnya.
Zulin turut berharap peminat mendoakan yang terbaik untuknya.
"Doakanlah yang baik-baik. Apa yang bakal terjadi semuanya masih rahsia. Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah," katanya.

-BH

Terjun perigi diseru 'suara'


WARGA emas mendakwa mendengar 'suara ghaib' hingga menyebabkannya terjun ke dalam perigi di sebuah rumah terbiar di Kampung Lembah Sireh, Kota Bharu, hari ini.
Bagaimanapun, mangsa Derahim Awang, 67, tidak cedera dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan.
Difahamkan, lelaki itu bertindak terjun ke dalam perigi sedalam 0.5 meter itu yang terletak 30 meter dari rumahnya pada 11.30 pagi.
Kejadian itu disedari oleh keluarganya sebaik kelibat mangsa tidak kelihatan lalu keluar mencarinya di sekitar kampung termasuk ke rumah terbiar dan menuju ke perigi.
Keluarga mangsa yang terkejut memaklumkan kepada pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Darulnaim Pegawai Bomba Kanan II Tengku Marzuki Tuan Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.49 pagi.
Menurutnya, tujuh anggota ke lokasi berkenaan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam perigi itu dalam tempoh kurang 30 minit.
“Ketika sampai mangsa yang memakai baju dan berkain pelikat dalam keadaan kesejukan dan pasukan kita menggunakan peralatan khas untuk membawanya keluar,” katanya.

-Metro

Monday, 4 June 2018

'Jangan pisahkan kami'


“BANTU saya dan jangan pisahkan kami hanya kerana cucu beragama Islam,” kata M Manikam, 51, berhubung status penjagaan cucunya yang kehilangan ibu, seorang mualaf dalam kemalangan, kelmarin.
Manikam berkata, cucunya, Nur Insyirah Imani Abdullah, 6, kini di bawah jagaannya selepas ibu kanak-kanak itu yang juga anak Manikam meninggal dunia selepas terjatuh dari lori dinaikinya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Menurutnya, arwah anaknya, Aisyah Ponmoli Abdullah, 25, satu-satunya anak yang memeluk agama Islam dan dia bersedia menjaga cucunya itu buat sementara waktu walaupun berlainan agama.

NUR Insyirah Imani Abdullah, 6, sugul ketika pengebumian ibunya, Aisyah Ponmoli Abdullah, 25, di tanah perkuburan Islam Raja Jumaat, Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
“Dia (Nur Insyirah) akan terus bersekolah di Tadika Taman Wawasan, Lukut. Saya mengalu-alukan sebarang bantuan daripada mana-mana pertubuhan Islam dan kalau boleh, saya nak jaga dia sampai bila-bila.
“Saya akan jaga dan sekolahkan cucu saya seperti anak lain. Semua anak-anak saya (abang Aisyah) sayangkan adik bongsu mereka walaupun dia beragama Islam.
“Tolong jangan pisahkan saya dengan cucu kerana sebelum ini hubungan kami tiada masalah walaupun berlainan pegangan agama,” katanya ketika ditemui ketika pengebumian jenazah Allahyarham Aisyah di Port Dickson, semalam.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Lukut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raja Jumaat, Lukut.
Manikam berkata, Aisyah yang juga ibu tunggal bekerja sebagai pekerja am di KLIA dan memeluk Islam selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang warga India.
Bagaimanapun, pasangan itu berpisah kira-kira dua tahun lalu apabila lelaki itu pulang ke negara asal.
Sementara itu, wakil Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berkata, masalah penjagaan anak ibu tunggal mualaf itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

-Metro