LONDON – Beberapa penyelam menemui peluru meriam dan sauh kurun ke-17 milik kapal dagang yang membawa kargo permata dan berlian yang dipercayai karam kira-kira 300 tahun lalu.
Dua penyelam daripada Arkeologi Maritim Cornwall, David Gibbins dan Mark Milburn menemui bangkai kapal bernama The President itu yang dipercayai karam sekitar tahun 1684 di dasar laut Loe Bar, berhampiran Porthleven, Cornwall.
“Kami menemui tujuh meriam dan satu sauh yang belum pernah dilihat sebelum ini di kawasan yang berada di bawah Akta Perlindungan Bangkai Kapal 1973.
“Kami melakukan penerokaan ini selepas mendapat kelulusan daripada Historic England untuk memantau serpihan kapal berkenaan,” kata Milburn.
Beberapa serpihan kapal itu pertama kali dilaporkan oleh penyelam 20 tahun lalu dan ketika itu, dua anak kapal dipercayai terselamat.
Bangkai kapal terkaya di Britain itu dipercayai turut membawa beberapa kargo yang sarat dengan berlian dan permata dari India tetapi sehingga kini belum ditemui khazanah berharga itu.
– Agensi/Kosmo
No comments:
Post a Comment