Angsa sejenis itik
yang begitu cepat bertindak apabila merasakan kawasannya didatangi penceroboh.
Ia akan segera berbunyi serta mengejar sesiapa saja yang dirasakan mahu
memasuki atau mendekati kawasan yang telah menjadi halaman sehariannya.
Begitu juga dengan
ayam belanda ini atau juga sesetengah orang mengenalinya sebagai ayam turki, ia
sepertimana angsa akan segera bertindakbalas terhadap kehadiran seseorang
ataupun haiwan lain ke persekitaran kawasan rumah milik tuannya.
Ikan puyu merupakan
sejenis ikan yang tidak pernah kenal erti tidur tak kira siang mahupun malam.
Ia akan sentiasa berjaga siang dan malam. Ikan puyu di sesetengah tempat
dipelihara dengan tujuan untuk mengelak rumah dimasuki pencuri yang mengamal
"ilmu pukau." Dipercayai bahawa 'ilmu pukau' tidak akan menjadi
sekiranya rumah yang menjadi sasaran perompak berkenaan ada memelihara ikan
puyu di dalam rumahnya.
Anjing. Anjing hanya boleh dipelihara oleh orang bukan Islam. Orang
bukan Islam yang punya rumah kediaman yang punya risiko boleh dicerobohi atau
dipecah masuk oleh pencuri haruslah memelihara sekurang-kurangnya seekor anjing
bagi tujuan menjaga keselematan rumah. Tetapi bila pelihara anjing tu kenalah
simpan dalam sangkar khas, yang ukurannya agak selesa untuk anjing tinggal.
Anjing juga sepertimana angsa dan ayam belanda akan menjadi cepat bertindak serta menyalak apabila ianya merasa kehadiran pihak ketiga ke kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu apa salah kira masyarakat Malaysia cuba memikirkan untuk menggunakan khidmat haiwan-haiwan ini bagi tujuan mengelak rumah mereka dari mudah dimasuki pencuri dan tidaklah terlalu bergantung kepada alat-alat penggera keselamatan yang mudah dimanipulasi, mudah dirosakkan oleh penceroboh.

Sumber: Blog Anak Merdeka
No comments:
Post a Comment