Tuesday, 22 April 2014

Kumpulan LBGT boikot hotel Sultan Brunei


BEVERLY HILLS, California - Sebuah kumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) bertindak memindahkan lokasi persidangan yang dirancang diadakan lewat tahun ini dari Hotel Beverly Hills di sini ke satu lokasi lain, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Tindakan tersebut dibuat kerana membantah dasar anti gay yang dilaksanakan oleh pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Hassanal merupakan pemilik hotel berkenaan.

Diasaskan oleh aktivis Tim Gill, kumpulan tersebut, Dana Bertindak Gill dijadual menganjurkan persidangan bertajuk Winning the Heartland bagi meraih sumbangan dana ahli-ahli politik di hotel itu bermula 1 hingga 4 Mei depan.

Namun, ekoran hukum hudud yang akan berkuat kuasa di Brunei pada hujung bulan ini, kumpulan itu telah membatalkan sidang di Hotel Beverly Hills dan kini mencari satu lokasi lain.

"Susulan dasar anti gay yang diluluskan oleh kerajaan Brunei, kami membuat keputusan untuk memindahkan persidangan ini ke tempat lain," kata Pengarah Eksekutif Dana Bertindak Gill, Kirk Fordham dalam satu temu bual bersama laman berita washingtonblade.com.

"Kami mahu deposit kami dikembalikan," tambahnya.

Pada tahun lalu, Sultan Hassanal mengumumkan bahawa Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud yang membawa hukuman berat termasuk rejam sampai mati ke atas jenayah seks termasuk rogol, liwat dan zina.

-Kosmo

No comments: