Tuesday, 10 September 2013

Pengusiran lelaki obes ditangguh

Wellington: Seorang lelaki obes warga Afrika Selatan yang diberi amaran akan dihantar pulang ke negara asalnya kerana berat badannya yang melampau diberikan penangguhan.

Bagaimanapun, Albert Buitenhuis tidak layak memperoleh sebarang bantuan penjagaan kesihatan awam untuk dua tahun akan datang, kata Menteri Imigresen, Nikki Kaye.

Buithenhuis yang kini seberat 130 kilogram membuat rayuan kepada menteri itu dua bulan lalu apabila permohonan pembaharuan visa kerjanya ditolak kerana keadaan obesnya dikhuatiri menjejaskan sistem kesihatan New Zealand.

- Agensi/Metro

No comments: