Wednesday, 31 July 2013

Dr. Zahazan : Syiah Ejen Yahudi Hancurkan Islam

by AIDC

KUALA LUMPUR – Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed berkata, fahaman itu dibawa oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ ketika keadaan politik tidak stabil di zaman pemerintahan khalifah keempat, Saidina Ali bin Abi Talib.

Jelas beliau, Abdullah yang berasal dari Yaman itu sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan perselisihan sesama orang Islam sendiri, antaranya mewujudkan kumpulan penyokong yang begitu taksub terhadap Ali.

‘Susur galur Syiah bermula pada zaman Umar bin al-Khattab diikuti Uthman bin Affan dan kemuncaknya pada zaman Ali.

“Yahudi kemudian datang mencari helah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan mengambil kesempatan dalam peristiwa fitnah pembunuhan Khalifah Usman yang dibunuh oleh orang Islam sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Namun begitu menurut Zahazan, Saidina Ali sendiri pada ketika itu tidak suka orang yang begitu mendewa-dewakannya sehingga beliau bertindak membakar mereka.

Menurut Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd. itu, apabila melihat kepada kemarahan Khalifah Ali memerangi golongan yang mendewa-dewakannya, Abdullah lari ke Parsi untuk menyebarkan fahaman yang bercanggah dengan Islam itu.

Katanya, Parsi dilihat sebagai tempat yang mudah untuk tujuan penyebaran Syiah kerana kemasukan Islam ke negara itu adalah secara peperangan sehingga menyebabkan penduduk di situ terpaksa menganut Islam.

“Apabila Abdullah membawa satu fahaman agak lain daripada Islam yang mendewa-dewakan Ali melebihi lain, ini menjadi satu perkara baik dalam usaha mendapatkan sokongan di Parsi.

“Syiah pada asalnya bukan satu ajaran yang ada kekuatan terutama pada kemuncak ilmu dan ketamadunan zaman Islam kerana bertentangan dengan fitrah manusia,” katanya.

Zahazan berkata, peristiwa penguasaan Yahudi terhadap negara-negara Islam yang berlaku sejak akhir-akhir ini mempunyai kaitan dengan perancangan Yahudi dengan mentauliahkan golongan Syiah.

Katanya, Iran yang mempunyai ramai penganut Syiah mendapat suntikan dana pelaburan daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS).

“Iran membuka laluan kepada AS untuk menyerang Afghanistan kerana di situ adalah kubu kuat golongan sunni dan negara itu mesti dimusnahkan kerana dakwa mereka merupakan pembekal tentera mujahidin Islam.

“Peristiwa yang berlaku di Syria juga sebagai bukti betapa Syiah ingin menguasai negara itu walaupun hanya sekadar mempunyai 30 peratus populasi,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, penularan Syiah di Malaysia amat berbahaya sekiranya isu itu tidak dititikberatkan oleh semua pihak.

Katanya, semua pihak perlu sedar bahawa golongan tersebut sentiasa menggunakan sentimen emosi untuk memperdayakan umat Islam.

“Orang yang jahil dan lemah akan terpengaruh apabila mereka ‘menjual produknya’ dengan kahwin muta’ah (kahwin kontrak), sembahyang hanya tiga waktu dan boleh dijamakkan.

“Walaupun Syiah disebut dalam al-Quran sebanyak 12 kali tetapi itu tidak merujuk kepada kumpulan penyokong taksub kepada Ali kerana kitab suci itu turun sebelum terjadi fitnah itu. Maka adalah salah dakwaan mereka bahawa Syiah dibenarkan, dihargai dan dipuji dalam al-Quran,” katanya – Utusan

Nasrudin: Apa untung nak bunuh karakter saya?

1. TERDAPAT satu artikel di portal berita yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas.

Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru-baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan-rakan.

Wang deposit pilihan raya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP Pas Kawasan.

Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.

3. Selepas pilihan raya, saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel.

Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihan raya, dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.
[Cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak sudah enam orang, sudah tidak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu.... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insya-ALLAH saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh].

4. Saya sangat mengalu-alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan... saya terima dengan terbuka, [pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh.

Demikian juga kalau ada orang-orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik.

[Pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong UMNO]. Kami juga menerima wang "riba" yang dihendak dikeluarkan dari akaun masing-masing kerana banyak terdapat jalan-jalan kecil di kampung yang perlu diturap, tetapi kami tiada wang dan peruntukan untuk membantu rakyat.

5. Sebagaimana juga saya selaku Ahli Parlimen, dibayar gaji oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN, saya terima gaji itu bukan bermakna saya sokong pimpinan Umno.

6. Buat masa ini saya ke hulu dan ke hilir mencari dana kebajikan rakyat Temerloh.

Rata masjid dan surau saya jelajah menyampaikan tazkirah sambil buka peluang kepada orang ramai berbakti bagi mendapatkan sumbangan untuk Dana Kebajikan Temerloh.

Saya menulis dan jual buku untuk isi poket. Prinsip saya, ada duit insya-ALLAH kita agih kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Temerloh ini dan jika tiada duit, kita duduk diam-diam, jangan merungut sebaliknya banyakkan berdoa kepada ALLAH SWT. Mohon murahkan rezeki.

7. Tidak ketinggalan api fitnah turut dipercikkan kepada sahabat saya, Nik Mohd Abduh sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup mewah.

Sedang siapa jua yang rapat dan mengenali beliau akan mengetahui bahawa, sehingga kini beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai lapan cahaya mata, masih tinggal sebumbung di teratak sederhana bersama ayahandanya, Nik Abdul Aziz.

8. Kebiasaannya bagi pasangan anak dan menantu, apabila mereka telah mempunyai keluarga sendiri dan beranak pinak, mereka akan mencari kediaman mereka sendiri secara berasingan.

Banyak faktor yang mendorong sedemikian tetapi tidak kepada Nik Mohd Abduh.

Saya masih ingat kata-kata beliau kepada saya apabila saya bertaaruf secara tidak langsung sebagai seorang sahabat seperjuangan.

Beliau menyebut : "Semua orang berbangga dengan ayah ana sebagai Tok Guru, sedang Tok Guru tu ada dalam rumah ana, macam mana ana nak keluar tinggal di tempat lain! .... Ana nak didik anak-anak ana supaya melihat sendiri secara praktikal cara hidup datuknya seorang tok guru.

Anak ana sedang membesar, ana pula banyak masa di luar... elok sangatlah ana tinggal bersama ayah untuk memberi peluang kepada anak-anak terdidik dengan cara hidup seorang ulamak besar bergelar Tok Guru sebagaimana yang pernah ana alami semasa kecil-kecil dulu."

9. Kenyataan beliau memang menimbulkan rasa cemburu di hati kita yang tak ada Tok Guru dalam rumah kita kecuali televisyen dan komputer yang banyak didampingi oleh anak-anak kita.

10. Apa yang saya nak sebut ialah bagaimana mereka memfitnah kononnya Nik Mohd Abduh mengamalkan gaya hidup mewah kalau tempat tinggal pun masih berkongsi rumah dengan orang tua.

Sementara YB lain berlumba-lumba mendirikan rumah sebesar mahligai.

Kenapa penulis tidak menimbulkan isu pemimpin yang jelas terang lagi berlampu hidup dalam kemewahan atau sememangnya pena diasah tajam untuk mensasarkan Nik Mohd Abduh sahaja?

11. Kononnya itu adalah surat terbuka buat Nik Abdul Aziz tetapi realitinya sedang memfitnah ahli keluarga Tuan Guru sendiri sedang anakanda beliau yang dituduh mengamalkan kehidupan mewah tinggal serumah dengan beliau.

12. Kelihatan permainan semakin menarik selepas ini. 'Scud' jenis apa pula akan dilancarkan selepas ini kepada saya dan rakan-rakan termasuk DPPM.

Sekali lagi saya ambil pendekat berdoa kepada ALLAH SWT supaya mereka insaf dan segera berhenti dari menabur fitnah dan membunuh karakter sedemikian rupa.

Apa untung nak bunuh karakter saya? Saya hanya insan biasa .

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas
Ahli Parlimen Temerloh

*Pendapat ini dipetik daripada Facebook (FB) Dewan Pemuda Pas Malaysia
-Sinar

Tangisan takut dimarahi isteri

KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

-Sinar

Lelaki rogol gadis lembam depan isteri

Banting: Seorang lelaki tergamak merogol gadis lembam berusia 19 tahun di depan isterinya dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata suspek berusia 24 tahun itu adalah adik angkat ibu mangsa dan dikatakan kerap mengunjungi rumah berkenaan.

“Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya menghadiri kuliah di Shah Alam.

Mangsa bersendirian

“Menyedari mangsa bersendirian, suspek menolak mangsa ke sofa di ruang tamu dan merogol mangsa di depan isterinya,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.

Nordin berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Banting sejurus dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian itu.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek ditahan di pondok pengawal di sebuah pusat latihan awam di Morib kelmarin manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-BH

10 masjid terbesar di dunia

Beberapa masjid di dunia mampu memuatkan hingga beribu-ribu jemaah. Masjid ini bukan saja menjadi tempat ibadah, tetapi juga bukti kemajuan seni bina peradaban Islam. Berikut adalah 10 masjid terbesar di dunia.

1. Masjidil Haram, Arab Saudi

Masjid terbesar di dunia, tentu saja Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi. Ia adalah tempat paling suci umat Islam. Di masjid ini terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Masjidil Haram mempunyai asal-usul sejarah yang sangat panjang sejak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hari ini, Masjidil Haram mampu menampung 820,000 jemaah dan hingga empat juta pada musim Haji. Struktur bangunannya kini memiliki keluasan 356,800 meter persegi. Namun, kerja meluaskannya terus dilakukan. Masjidil Haram mencatat jumlah paling ramai pada musim haji.

2. Masjid Nabawi, Arab Saudi

Selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi menjadi masjid kedua terbesar di dunia. Masjid ini adalah masjid paling suci kedua bagi umat Islam.

Masjid Nabawi yang asal dibina pada tahun 622 dan berada di sebelah rumah Nabi Muhammad (SAW). Kini, Masjid Nabawi sudah menjalani beberapa kali peluasan dan tapak rumah Rasulullah (SAW) sekarang berada di dalam Masjid Nabawi di kawasan Raudah.

3. Masjid Imam Reza, Iran

Masjid Imam Reza ialah masjid ketiga terbesar di dunia dan sekali gus yang terbesar di Iran. Ia terletak di Mashhad, Iran. Masjid Imam Reza ialah masjid terbesar di dunia untuk ukuran bangunan utama iaitu seluas 598,657 meter persegi dan boleh memuatkan 700,000 jemaah.

4. Taj ul Masajid, India

Masjid terbesar di India dan yang keempat terbesar di dunia ialah Taj ul Masajid. Masjid ini terletak di Bhopal, India. Taj ul Masajid siap dibina pada 1901. Bangunan masjid ini besar kerana ia turut menempatkan madrasah. Taj ul Masajid memiliki kapasiti 400,000 jemaah.

5. Masjid Istiqlal, Indonesia

Masjid Istiqlal di Jakarta ialah masjid kelima terbesar di dunia. Selain menjadi masjid terbesar di Indonesia, ia juga yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid yang terletak di tengah-tengah bandar raya Jakarta ini dapat memuatkan seramai 120,000 jemaah.

6. Masjid Hassan II, Maghribi

Masjid yang keenam terbesar di dunia terletak di Casablanca, Maghribi, Afrika Utara. Masjid Hassan II turut menjadi masjid yang terbesar di Maghribi dan mampu menampung hingga 105,000 jemaah. Masjid ini siap dibina pada 1993.

7. Masjid Badshahi, Pakistan

Masjid ketujuh terbesar di dunia ialah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Masjid ini wujud sejak tahun 1673. Masjid Badshahi dibina pada zaman kesultanan Moghul yang keenam iaitu Aurangzeb. Ukurannya lebih besar daripada Masjid Faisal Pakistan, tetapi hanya dapat memuatkan seramai 100,000 jemaah.

8. Masjid Jama, India

India bukan saja mempunyai sebuah tetapi dua masjid yang tersenarai dalam masjid terbesar di dunia. Masjid Jama diiktiraf sebagai masjid kelapan terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Delhi, India. Ia dibina pada 1656 dan mampu menampung seramai 85,000 jemaah.

9. Masjid Faisal, Pakistan

Masjid Faisal yang terletak di Islamabad ialah masjid yang terbesar di Pakistan dari segi kapasiti jemaah. Masjid Faisal memiliki keluasan 5,000 meter persegi. Dalam sekali solat, masjid ini dapat menampung 300,000 jemaah.

10. Masjid Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu

Masjid ini terletak di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan juga menjadi masjid yang terbesar di negaranya. Masjid Sheikh Zayed mempunyai keluasan 6,705 meter persegi dan mampu menampung 40,000 jemaah. Nama masjid ini diambil sempena nama pemimpin Emiriah Arab Bersatu iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.

-Metro

Anjing 'berwuduk'

Kuala Lumpur: Ketika isu menghina Islam masih hangat diperkatakan umum, muncul satu lagi klip video yang tersebar di Internet yang dipercayai mempunyai tujuan serupa, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.

Rakaman dengan durasi 1 minit 44 saat itu memaparkan seorang individu meraikan Aidilfitri bersama tiga anjing dengan berlatar belakang takbir raya serta lagu nyanyian Datuk M Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.

Dengan tema ‘Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesies’, permulaan rakaman itu memaparkan aksi individu itu lengkap memakai baju Melayu bersama anjing peliharaannya.

Seterusnya, anjing terbabit dibasuh dan dilap dengan penuh kasih sayang sebelum dihidangkan dengan kuih raya di atas meja sebelum diakhiri dengan ucapan Aidilfitri.

Individu itu kemudian membasuh kaki anjing, sebelum dia sendiri membersihkan kaki seolah-olah mengambil wuduk ketika takbir raya berkumandang.

-Metro

Tuesday, 30 July 2013

Gusti dengan buaya untuk sara hidup

Miami: Seorang wanita berusia 25 tahun Ashley Lawrence melakukan kerja berbahaya untuk menyara hidupnya bergelut dengan buaya seberat 350 kilogram.

Ashley ialah sebahagian daripada kumpulan yang menyelamatkan haiwan itu dari kawasan paya di Everglades Florida sebelum dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Dia sering berdepan dengan haiwan pemangsa itu dan terpaksa bergelut dengannya untuk memindahkan reptilia berkenaan.

Ashley berkata: “Apabila ia membabitkan haiwan yang perlu diselamatkan, ia memberikan saya tenaga.

“Ia adalah kecenderungan saya, ia sesuatu yang saya sangat ambil berat,” katanya. - Agensi/Metro

Nahas suami terlelap

Bentong: Akibat terlelap hanya beberapa saat, seorang wanita terbunuh selepas Toyota Corolla dipandu suaminya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 4.6, Jalan Bentong-Karak, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam, mangsa, Sariza Abu Samah, 46, dari Taman Bentong Makmur, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Manakala, suami mangsa, Saperi Din, 48, bersama tiga anak, Mohd Danish Iman, 14, Nur Dania Huda, 10, dan Nur Deeba Husna, empat tahun masing-masing mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis tidak menolak kemungkinan suami mangsa dipercayai terlelap ketika memandu sebelum kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah pacuan empat roda.-Metro

Lagi nahas kereta api, 35 cedera di Switzerland

GRANGES-PRES-MARNAND: Dua kereta api bertembung di barat Switzerland, hari ini mengakibatkan 35 penumpang cedera dengan sekurang-kurangnya lima lagi parah.

Polis berkata, kemalangan berlaku di Granges-pres-Marnand kira-kira jam 7 petang waktu tempatan.

Wartawan AFP yang tiba di tempat nahas mendapati kedua-dua kepala kereta remuk di kawasan kemalangan berhampiran stesen kecul di perkampungan yang didiami 1,200 penududuk.

Satu daripada kereta api itu dari arah Lausanne, kira-kira 38 kilometer (km) ke selatan negara itu manakala kereta api kedua dalam perjalanan ke utara dari bandar sama.

Ketika nahas kereta api berkenaan membawa 46 penumpang dengan semuanya adalah warga negara Switzerland. - AFP/BH

Monday, 29 July 2013

Amah Indonesia sihir keluarga Saudi diburu

Riyadh: Polis Arab Saudi memburu seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dituduh mengenakan ilmu hitam terhadap semua ahli keluarga majikannya hingga mereka pengsan dan terkena sawan.

Majikan lelaki itu berkata, pembantu rumah terbabit bekerja di kediaman keluarganya di Riyadh sejak tiga tahun lalu dan dia dilayan dengan baik oleh semua ahli keluarganya.

“Bagaimanapun, baru-baru ini semua ahli keluarga saya mula pengsan dan terkena sawan. Selepas pembantu rumah itu melarikan diri, kami temui barangan ilmu hitam ditanam di pelbagai lokasi di kediaman kami,” katanya.

- Agensi/Metro

Model dedah kepincangan penjara Indonesia

JAKARTA 28 Julai - Kisah panas di sebalik penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan seks.

Vanny memberitahu, setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, dia dan kekasihnya, Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik 'persendirian' di penjara itu.

Selain itu, Vanny, 22, turut mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu.

"Biasanya saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.

"Terdapat dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada wartawan tempatan baru-baru ini.

Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.

Pendedahan Vanny juga membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa' sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu.

Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Vanny berkata, sehingga kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang ada di sebelahnya.

"Saya yakin itu ruang Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon bimbit," katanya.

Vanny juga menegaskan, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari kebenaran. - UTUSAN

KDN tangguh The New Village

KUALA LUMPUR 28 Julai - Filem kontroversi The New Village yang dijadualkan ditayang pada 22 Ogos depan, ditangguhkan sementara Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjalankan penelitian plot dan jalan cerita serta mesej tersembunyi di dalam filem itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, filem tersebut dikatakan memuatkan unsur-unsur komunisme dalam beberapa babak selepas dibangkitkan dalam blog tempatan, http://mymassa.blogspot.com.

Justeru katanya, kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana dilaporkan filem itu terlalu mengagung-agungkan perjuangan haluan kiri Parti Komunis Malaya (PKM) pada zaman pemerintahan British.

"Beberapa penulisan dalam media sosial mempersoalkan bahawa filem tersebut mempromosi perjuangan haluan kiri PKM dan kita tidak mahu perkara ini menimbulkan isu sensitif lebih-lebih lagi filem itu dijadual akan disiarkan menjelang hari kemerdekaan negara.

"Jadi kerajaan mengarahkan agar penayangan filem itu ditangguhkan dan mengarahkan LPF yang berada di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri untuk mengadakan penelitian semula," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Jabatan Penjara Sungai Buloh dekat sini hari ini.

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw berkisar tentang darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Ahmad Zahid berkata, tarikh penayangan filem itu akan diumumkan sejurus selepas penilaian kedua ke atas filem tersebut selesai dijalankan.

"Kementerian Dalam Negeri tidak akan teragak-agak untuk membatalkan kelulusan tayangan filem tersebut sekiranya mengandungi babak yang memaparkan elemen komunisme yang terlalu kuat sehingga merendahkan pengorbanan anggota keselamatan negara.

"Tindakan ini adalah untuk mengadili setiap pendapat orang ramai dan jika tayangan filem ini diteruskan, saya percaya akan menjadi kontroversi," katanya lagi.

Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan rekod kementerian, permohonan untuk tapisan filem tersebut diterima pada 4 September tahun lalu oleh tiga ahli panel dari LPF sebelum diluluskan tiga hari selepas itu.

Katanya, LPF sebelum ini meluluskan penayangan filem tersebut kerana ahli panel penapis merasakan bahawa babak yang terdapat di dalam filem tersebut mengandungi aksi yang tidak keterlaluan dan perlu dikekalkan untuk menjaga kesinambungan jalan cerita.

-Utusan

Saturday, 27 July 2013

Mohon Jauhi Keluarga Anda dari Pokok Ini

Daeng Selili Politik Perak: Mohon Jauhi Keluarga Anda dari Pokok Ini: Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya ...

YB tersilap siar kemaluan

Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.

Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya.  Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.
Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.
Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.” Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini.

 “Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. - AFP/Metro

5.5kg emas dalam dubur

Seoul: Pihak berkuasa kastam Korea Selatan semalam menahan sembilan warga Taiwan yang menyembunyikan 24 keping emas dalam dubur mereka.
Kesemua mereka ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Seoul.
Setiap keping emas itu seberat 225 gram, bermakna setiap penyeludup membawa 5.5 kilogram logam berkenaan.
Menurut kastam, penyeludup warga Taiwan itu dijangka bertemu seseorang di stesen kereta api bawah tanah Seoul selepas keluar dari lapangan terbang itu.
Di situ emas berkenaan akan diserahkan sebelum mereka pulang ke Taiwan keesokan harinya. Jumlah keseluruhan semua emas diseludup itu adalah AS$3 juta (RM9.62 juta). Kastam Korea berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat daripada beberapa penumpang selepas mereka melihat “tingkah laku mencurigakan” warga Taiwan itu. - Agensi/Metro

2 kepala 1 badan

New Delhi: Pasangan bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan dilahirkan di Jaipur, Rajashtan, kelmarin.

Bagaimanapun, kepala, sistem saraf dan tulang belakang bayi lelaki itu didapati berasingan.

Tulang belakangnya bersambung di bawah pelvik dan mereka turut berkongsi sangkar rusuk dan belingkung bahu.

Doktor berkata, mereka percaya bayi itu boleh dlselamatkan.

FotoBAYI kembar siam yang berkongsi satu tubuh yang dilahirkan di India pada Rabu lalu.

Penyelia Perubatan Hospital JK Lone, Dr SD Sharma berkata, kes sedemikian yang dikenali sebagai Cisephalic Parapagus jarang berlaku terutama di kalangan bayi lelaki.

Menurutnya, ia adalah kes pertama di Rajasthan dan kedua di India.

Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan sedemikian mati ketika dilahirkan dan kebanyakan kes membabitkan bayi perempuan.

Satu lagi kes yang terkenal membabitkan kembar dicephalic parapagus ialah bayi rakyat Amerika iaitu Abigail dan Brittany Hensel dengan kisahnya dipaparkan dalam siri realiti televisyen Abby & Brittany baru-baru ini.

Awal September 2011, dua bayi perempuan berusia 11 bulan dari Sudan yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan di Hospital Kanak-Kanak Great Ormond di London.

Bayi dari Sudan itu adalah kembar craniopagus yang berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran.

Mereka dilahirkan dengan bahagian atas kepala bercantum - keadaan yang jarang berlaku dan hanya satu daripada 10 juta kelahiran seumpama itu hidup.

Kembar siam berlaku pada satu dalam 100,000 kelahiran.

Ia terjadi apabila satu telur yang subur gagal berpisah dengan sempurna atau telur berkenaan berpisah tetapi bercantum semula dalam rahim. - Agensi/Metro

Pengemis Pakistan kutip RM3,000 sebulan


Dua penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bertindak menahan seorang pengemis wanita warga Pakistan dalam operasi di lampu isyarat dekat Taman AST, Seremban, semalam.
 
SEREMBAN 26 Julai - Dengan wajah sedih dan tangan dihulur bersama tisu kepada pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat dekat Taman AST, dua wanita pengemis warga Pakistan boleh meraih sehingga RM3,000 sebulan.

Lebih mengejutkan ketika serbuan dilakukan oleh pegawai Imigresen di lokasi tersebut semalam, dua wanita berkenaan sudah pun memiliki tiket penerbangan pulang ke negara asal bersama beberapa keping wang RM1 dan RM5 dengan nilai RM300 hasil kutipan separuh hari mengemis di Jalan Sungai Ujong dekat Taman AST itu.

Kegiatan yang dilakukan warga Pakistan menggunakan Pas Lawatan Sosial selama sebulan ke negara ini dipercayai perbuatan satu sindiket yang menjalankan aktiviti itu sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, penahanan kedua-duanya dibuat selepas orang ramai membuat aduan berhubung kegiatan itu yang boleh membahayakan keselamatan pemandu, terutama ketika menghampiri kenderaan di laluan sibuk.

"Ketika ditahan, dua wanita itu cuba melarikan diri. Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dua wanita berusia 50-an, kami menemukan dua telefon bimbit, stok tisu muka selain longgokan wang di dalam empat buah beg yang dianggarkan berjumlah RM300," katanya di sini hari ini.

Jelas Faizal Fazri, siasatan lanjut turut mendapati mereka mempunyai salinan tiket penerbangan untuk pulang ke negara asal yang sepatutnya hari ini.

"Mereka mempunyai Pas Lawatan Sosial selama sebulan tetapi menyalahgunakan untuk tujuan mengemis," tegasnya.

Malah beliau percaya bahawa wujudnya sindiket terancang yang modus operandinya menggunakan wanita warga Pakistan yang berlainan identiti untuk tujuan mengaburi pihak berkuasa.

"Mereka ini kita lihat sebagai pengemis profesional dan boleh memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan hasil kutipan daripada orang ramai.

"Wang berkenaan akan digunakan untuk menyara kehidupan mereka beserta tambang pulang ke negara selepas tugasan selesai," katanya.

Tambah Faizal Fazri lagi, kesemua wanita berkenaan telah dibawa ke Jabatan Imigresen negeri di Wisma Negeri, dekat sini untuk siasatan lanjut sebelum tindakan susulan diambil.

"Kes ini disiasat di bawah Peraturan 39 (b) akta yang sama kerana melanggar syarat pas yang telah ditetapkan," jelas beliau.

-Utusan

Thursday, 25 July 2013

INI BUMI KITA : TEGUR BIAR BERADAT, KATA BIAR BERHEMAH

Kalau anda tidak boleh jadi jambatan, jadilah titi, asal orang boleh lalu pergi seberang.

Kalau anda tidak boleh menjadi dahan, memadailah jadi ranting, asal dapat burung bertenggek.

Kita semua tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi kita boleh menjadi pengikut, yang lemah kita kuatkan, yang terlerai kita satukan.

Kita memilih pemimpin, mengapa diulang-ulang caci pemimpin, hidup berpakai adat, tak sekata kita bersidang, pendapat jangan berlipat, pendapat biar melerai masaalah.

INI BUMI KITA, TANGGUNGJAWAB KITA, NAJIB BUKAN MALAIKAT TETAPI NAJIB HAKIKAT KITA BERKETUAKAN DIA.

TEGUR BIAR BERADAT. KATA BIAR BERHEMAH, AKU JUGA BERDARAH PANGLIMA, LEMAH BANGSA, LEMAH AKU, KUAT BANGSA KU, AKU BERJAGA , JANGAN ADA ANASIR LUAR DAN DALAM MEMPERKECIL-KECILKAN KEPIMPINAN KU. TAHNIAH BN. YG MENANG TETAP MENANG,YG KALAH KALAH LAIN KALI LAH!

-alimedanbaru

Tertembak kemaluan di dalam hutan

SIMUNJAN – Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.

“Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

-Kosmo

Paha jadi papan iklan

Tokyo: Sebuah syarikat pengiklanan di bandar raya ini menemui cara terbaru dan unik untuk menarik perhatian orang ramai - menggunakan paha wanita muda sebagai tempat menyiarkan iklan.

Pengguna di Jepun memang terkenal sebagai kumpulan yang sukar untuk membaca iklan kerana terlalu banyak papan iklan dan skrin gergasi televisyen di sekitar bandar negara itu.

Keadaan itu mendorong syarikat pengiklanan WIT untuk menggunakan paha gadis dan wanita muda sebagai papan iklan kerana ia bahagian yang selalu menjadi perhatian orang ramai, khususnya lelaki.

“Ia adalah tempat paling sempurna untuk menempatkan iklan kerana lelaki, baik tua atau muda sentiasa menumpukan penglihatan mereka pada bahagian itu,” kata Hidenori Atsumi, Ketua Pegawai Eksekutif WIT.

Cara begitu jelas popular setakat ini. Sehingga ini, 3,000 gadis mendaftarkan diri untuk paha mereka menjadi papan iklan bergerak dengan tatu iklan sementara menunjukkan gambar atau logo produk.

Seorang daripada mereka, Miho Matsumoto berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menjadi papan iklan bergerak.
“Saya akan menolak jika iklan itu diletakkan pada perut saya atau tempat lain yang boleh menyebabkan saya malu. Tetapi, jika di paha saya yang gebu, saya tidak ada masalah,” katanya.

Mereka yang bersedia untuk menjadi papan iklan bergerak itu perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk berusia lebih 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 20 rakan di laman media sosial. – AP/Metro

‘Saya cabar Rafizi’

Jertih: “Kalau Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli anak jantan, saya cabar beliau sebut semula nama saya dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar di luar Dewan Rakyat berkaitan dakwaan kononnya kami rapat dengan pembekal dakwat kekal semasa pilihan raya umum lalu.

“Kami memberi tempoh seminggu bermula hari ini (semalam), untuk beliau berbuat demikian dan jika beliau bertanggungjawab, sebut nama kami selepas itu kami akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya akibat fitnah itu,” tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau kesal berikutan wakil rakyat pembangkang itu hanya berani menyebut nama mereka dalam Dewan Rakyat kerana ada imuniti, sebaliknya apabila diminta mengulanginya di luar dewan, beliau hanya menyebut ‘kepemimpinan SPR’.

“Ini adalah satu perbezaan yang amat besar, dalam dewan sebut nama kami tapi di luar tak mahu sebut.

“Saya dan Datuk Wan Ahmad sudah nafikan tuduhan berkenaan yang menjatuhkan reputasi kami, memalukan keluarga seterusnya menjejaskan nama baik SPR,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses membuang undi di beberapa pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini, semalam.

Seramai 16,534 pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada PRK kali ini di lapan pusat mengundi itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut, SK Alor Peroi, SK Kampung Nangka, SK Pulau Perhentian, SK Kampung Nail, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.

Hanya SK Pulau Perhentian ditutup pada jam 3 petang, manakala pusat pengundian lain akan ditutup pada jam 5 petang.

Beliau mengulas dakwaan Pengarah Strategi PKR di Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu bahawa pihak pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Aziz dan Wan Ahmad.

Rafizi mengulangi dakwaan berkenaan di lobi Dewan Rakyat selepas diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.-Metro

Wednesday, 24 July 2013

Filipina arah guru Islam buka hijab

MANILA 23 Julai - Guru-guru Islam di negara ini diarah membuka purdah atau hijab ketika mengajar di dalam kelas.

Peraturan kerajaan itu bertujuan membentuk hubungan yang lebih baik antara guru dan pelajar.

Setiausaha Pendidikan, Armin Luistro berkata, arahan itu merupakan sebahagian daripada perubahan bagi menjadikan sekolah lebih sensitif kepada agama.

Berdasarkan salinan arahan yang diterima AFP, pelajar beragama Islam masih dibenarkan memakai purdah atau hijab di sekolah dan 'pakaian bersesuaian' ketika kelas jasmani.

Bagaimanapun, guru wanita Islam boleh memakai purdah di luar kelas, namun perlu menanggalkannya ketika mengajar supaya mereka boleh berinteraksi lebih baik dengan pelajar.

''Sebaik-baik guru itu memasuki kelas, dia diminta membuka hijab.

''Dengan mengarahkan guru wanita membuka tudung, mereka akan membenarkan pelajar lebih mengenali identiti guru dan mempromosi hubungan guru-pelajar dengan lebih baik,'' menurut arahan itu, hari ini.

Arahan itu menyebut, apabila guru wanita membuka hijab akan membolehkan pelajar melihat muka guru tersebut dan membantu dalam 'pembentukan bibir' bagi menyebut perkataan tertentu.

Agensi kerajaan, Pejabat Hal Ehwal Islam berkata, pihaknya bersetuju dengan pendekatan Jabatan Pendidikan tersebut namun masih belum menerima salinan arahan berkenaan.

Penasihat pejabat tersebut, Roque Morales berkata, beliau tidak mempunyai data berapa ramai orang Islam bekerja sebagai guru, namun purdah merupakan pakaian yang dipilih di selatan negara ini. - AFP/Utusan

Rasulullah haramkan mutaah

Perkahwinan mutaah oleh pengikut ajaran Syiah berlaku atas alasan menghindari zina, sebaliknya perkahwinan sebegitu diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya.

Pendakwah, Ustaz Nazmi Mohamad Karim berkata, hukum yang mengharamkan pernikahan itu bersandarkan hadis daripada Ali bin abi Thalib yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang nikah mutaah dan memakan daging keldai jinak pada perang Khaibar.” (HR. Bukhari 5115, Muslim 1407). Hadits Sabrah bin Ma’bad Al-Juhani.

"Tetapi golongan tanpa ilmu sering menggunakan alasan demikian, yang jelas cetek ilmu pengetahuan berkaitan agama. Nikah mutaah berlangsung tanpa wali dan akad dan ini tidak sah selama-lamanya” katanya.

Bagaimanapun, jelas Nazmi, beliau tidak mempunyai maklumat sama ada pernikahan seumpama itu berlaku atau pun tidak melibatkan pengikut Syiah di negara ini.

"Nikah mutaah adalah harus di sisi Mazhab Ja’fariyyah (Syi’ah). Manakala fuqaha’ ahli sunnah sepakat mengatakan nikah mutaah adalah haram dan batil. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW membenarkan nikah mutaah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman jahiliah ketika itu.

"Kemudian ia diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang," katanya.

Nazmi berkata, sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari Kiamat.

"Justeru, hukum muktamad nikah mutaah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam daripada semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi," jelas beliau.-Sinar

Masjid Nabawi tetapkan syarat beriktikaf

Madinah: Pihak berkuasa Masjid Nabawi semalam menggesa jemaah yang berhasrat beriktikat pada 10 malam terakhir di dalam masjid berkenaan supaya mendaftar nama mereka menerusi laman webnya.

“Jawatankuasa menetapkan beberapa syarat untuk iktikaf bagi memastikan pemohon mengekalkan kebersihan masjid, tidak mencetuskan masalah kepada jemaah lain dan menamatkan iktikaf mereka sebaik selesai solat Isyak pada malam Aidilfitri,” kata Abdul Wahid Al-Hattab.

Bercakap mengenai syarat lain, beliau berkata, jemaah hanya boleh dibenarkan membawa selimut dan satu bantal serta perlu menggunakan ruang yang hanya diperuntukkan kepada mereka di bahagian utara masjid. Mereka tidak dibenarkan menyimpan pakaian dan barangan peribadi di rak untuk menempatkan al-Quran serta tidak boleh tidur dalam masjid ketika qiyamullail.

Menurut Abdul Wahid, pihaknya sudah membuat persiapan perlu bagi menerima seramai mungkin jemaah sepanjang 10 terakhir Ramadan. - AP/Metro

Tuesday, 23 July 2013

Durian belanda rawat kanser

Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal dari Amerika Selatan.

• Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hing­ga tujuh dan bersaliran baik.

• Ia jenis tanaman bermusim dengan kemuncak pengeluaran pada November, Disember dan Januari.

• Negara pengeluar utama ialah Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

• Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah.

• Durian belanda me­ngandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.

• Kebiasaannya dimakan segar dan dibuat jus minuman.

• Durian belanda mempu­nyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan rasanya masam-masam manis.

• Ia biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus.

• Jarak tanaman yang di­syorkan di ladang adalah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama.

• Ia boleh dibiak menggunakan biji benih atau kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks.

• Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasa­ngan inginkan zuriat.

• Dari segi perubatan moden, kajian mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

• Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

• Durian belanda perlu di­kendalikan dengan sebaik­nya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran.

• Penuaian dilakukan apabila buah mencapai kematangan optimum yang kebiasaannya dua hingga tiga bulan selepas berbunga dan akan masak dua hingga tiga hari selepas dipetik.

• Durian belanda yang disimpan pada suhu 15 darjah celsius dengan kadar kelembapan relatif 85 hing­ga 95 peratus boleh mengekalkan kualiti dan memanjangkan jangka hayat sehingga satu hingga dua minggu.

• Penguatkuasaan Peraturan (Penggredan, Pembung­kusan dan Pelabelan hasil keluaran pertanian) 2008 atau GPL oleh FAMA adalah untuk memastikan semua keluaran pertanian perlu digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan.

• Objektif peraturan ialah untuk memastikan semua hasil berkualiti dan selamat dimakan.

• Dikelaskan kepada tiga gred bergantung kepada spesifikasi dan kelonggaran merangkumi Premium, Gred 1 dan Gred 2.

• Spesifikasi untuk Gred Premium adalah ia hendaklah daripada varieti yang sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam.

• Selain itu ia juga hendaklah bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

• Gred 1 pula hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempu­nyai saiz dan kematangan seragam serta hendaklah hampir bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

• Gred 2, ia hendaklah daripada varieti sama, segar dan bersih, mempunyai saiz dan kematangan seragam dan agak bebas daripada kecacatan atau kerosakan.

-Metro

PAS terbayang hadapi dua lagi PRK

Jertih: Belum pun selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, PAS negeri sudah menaruh keyakinan bakal berlaku dua lagi PRK dan meminta petugas media yang sudah berkampung di daerah itu sejak lebih dua minggu lalu bersedia menghadapinya.

Pengurus kempen PRK PAS Hanafiah Mat berkata, jika PAS berjaya mengikat kedudukan kerusi DUN seimbang iaitu 16 Pakatan Rakyat dan 16 Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi PRK DUN Kuala Besut Rabu ini, ia bakal memberi khabar gembira buat mereka.

Menurutnya, sebelum ini, parti berkenaan sudah memfailkan dua petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi kerusi DUN Hulu Besut dan Kuala Berang, atas alasan utama berlaku amalan rasuah.

“Jadi kita harapkan keputusan mahkamah 28 Julai ini (kalau menang) kalau di sini ada 16:16, kita harapkan ada lagi dua PRK iaitu di Hulu Besut dan Kuala Berang.

“Nampaknya, saudara ada banyak masa lagilah hendak berkampung di sini, mungkin kalau bukan bulan puasa boleh makan sedap sikit,” katanya pada sidang media di Markas Besar PAS Kampung Baharu di sini semalam.

Pada PRU-13 lalu, DUN Hulu Besut menyaksikan calon PAS Shalahudin Jaafar tewas kepada calon BN Nawi Mohamad dengan majoriti 1,570 undi, manakala bagi DUN Kuala Berang, calon PAS Muhyidin Abdul Rashid kalah kepada calon BN Tengku Putera Tengku Awang dengan majoriti 449 undi./Metro

Kanak-kanak strok lawan ramalan doktor

LONDON 22 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami strok ketika berusia setahun, menolak segala ramalan perubatan tentang masa depannya yang tipis untuk pulih dengan belajar untuk berjalan dan bercakap.

Isabel Manchip dari Portsmouth merupakan seorang daripada kanak-kanak termuda di Britain yang menderita akibat strok hingga merosakkan 75 peratus otak kanannya.

Kecederaan otak di bahagian kanan dikenali sebagai hemiplegia, boleh melumpuhkan bahagian kanan badan dan begitu juga sebaliknya.

Kini usia kanak-kanak itu sudah lebih dua tahun, dan dia mula menggunakan bahagian kiri badannya serta memakai anduh setiap hari bagi menyokong tangan kirinya.

Tidak seperti orang dewasa yang terdedah kepada penyakit strok akibat merokok, diet yang teruk dan kolestrol tinggi, punca penyakit itu terhadap kanak-kanak masih belum dapat dijelaskan.

Namun, menurut ibu bapa Manchip, Rebecca, 45, dan Eddie, 48, anak mereka itu dipercayai mengalami strok akibat demam campak pada Disember 2011 dan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama lima hari.

Malah, kanak-kanak terbabit tidak mempunyai harapan tinggi untuk hidup apabila doktor memaklumkan bahagian otak kanannya telah mengalami kerosakan sebanyak 95 peratus.

Namun, tiga bulan kemudian, ujian imbasan menunjukkan kerosakan otak Manchip menurun kepada 75 peratus, sekali gus menjelmakan harapan cerah untuk kanak-kanak itu pulih semula.

Kini setelah setahun, Manchip menidakkan jangkaan awal doktor sebelum ini, apabila dia bukan sahaja terus hidup, malah sudah mampu berjalan, berlari dan berbasikal.

Sebelum ini, doktor mendapati, Manchip buta mata kiri, namun kini penglihatan kanak-kanak berkenaan juga telah pulih sepenuhnya.

- AGENSI/Utusan

Sunday, 21 July 2013

Air kencing pengecas telefon bimbit


Air kencing pengecas telefon bimbit
Ieropoulos mendakwateknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit.

SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC).

Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.

"Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal," katanya kepada MailOnline.

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.-Sinar

Kepala wanita tembusi cermin

Beberapa anggota bomba berusaha menyelamatkan wanita malang yang kepalanya tersekat pada cermin hadapan kenderaannya dalam satu nahas jalan raya di wilayah Guanxi, China, kelmarin. - Agensi

BEIJING 20 Julai - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang wanita China yang masih hidup meskipun kepalanya terhantuk sehingga menembusi cermin depan kereta apabila terlibat dalam satu kemalangan di wilayah Guanxi, selatan China, semalam.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu duduk di bahagian penumpang apabila kenderaan tersebut melanggar belakang sebuah trak, menyebabkan mangsa yang tidak memakai tali pinggang keselamatan tercampak ke cermin depan.

Akibat hentakan yang kuat, kepala wanita terbabit menembusi kaca itu dan tersangkut pada cermin kenderaan tersebut.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terpaksa mengalihkan pemandu kereta tersebut yang tidak sedarkan diri sebelum mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada cermin berkenaan.

Anggota bomba juga mengambil langkah berhati-hati semasa memecahkan lagi kaca di sekeliling leher wanita itu bagi mengelakkan mangsa tercedera.

Sebaik-baik dikeluarkan, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dan ketakutan dibawa oleh pasukan perubatan ke hospital.

Keadaan mangsa dan rakan lelakinya yang juga pemandu kereta terbabit, dilaporkan stabil. - AGENSI/Utusan 

Saturday, 20 July 2013

Bayi 12 hari maut kena ‘panggang’

Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam. Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter. Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja. Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan. MAYAT bayi yang malang itu. Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu. Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya. Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China. Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema. Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia. Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan. Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi/Metro

Haram bagi wanita Islam sertai ratu cantik - Mufti

KUALA LUMPUR 20 Julai - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa. Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Feb 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993. "Justeru itu pihak penguat kuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan. Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini. - BERNAMA/Utusan

PAKAIAN JOLOK MATA: DAH KATA DAH, SITI ZAILAH AKAN KENA BALUN HABIS-HABISAN OLEH DAPSTERS!!!

Posted by CUCU TOK WAN Friday, July 19, 2013

Ketua Muslimat PAS Pusat, yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff telah mengusulkan dan mendesak kerajaan agar mengetatkan etika berpakaian di kalangan wanita terutama yang berkenaan dengan skirt ketat dan seluar pendek. Katanya pemakaian sebegitu akan mendorong mereka menjadi mangsa rogol, sekaligus menjadi penyebab utama kepada kadar jenayah seksual di negara ini.

Ini bukan kali kedua PAS bercakap tentang etika berpakaian. Secara moralnya, permintaan Siti Zailah Mohd Yusoff bukanlah sesuatu yang menjengkelkan, merugikan, bahkan menyakiti mana-mana masyarakat. Bahkan jikalau diimplementasikan, ia akan menjadikan masyarakat di negara ini lebih bersopan dan lebih tertib selaku manusia.

Pada tahun lepas, Kerajaan PAS Kedah telah cuba mewujudkan satu kod etika berpakaian untuk persembahan sepanjang Tahun Baru Cina. Akibatnya, Menteri Besar Kedah pada waktu itu, Azizan Abdul Razak, dikecam teruk dan PAS Kedah disifatkan sebagai primitif dan berotak beku. Cadangan dan penguatkuasaan tersebut akhirnya ditarik balik apabila DAP menerusi Teo Nie Ching, yang pada masa itu merupakan Ahli Parlimen Serdang melakukan tekanan dan penghinaan terhadap PAS Kedah.

Kini, Siti Zailah pula menjadi mangsa kehebatan DAP dan para pengikutnya. Teo Nie Ching yang sekarang ini adalah Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kulai menyifatkan kenyataan Siti Zailah itu menghina kedua-dua jantina.

Para pengikut dan pemercaya DAP yang lain, termasuklah Sisters In Islam yang menganjurkan dan mengajarkan Islam Liberal kepada golongan wanita, turut menolak kenyataan Siti Zailah, sebaliknya menyatakan bahawa pemakaian bukanlah faktor utama berlakunya rogol, sebaliknya kejahilan dan kejahatan kaum lelakilah yang menyebabkan wujudnya jenayah tersebut. SIS menegaskan bahawa kaum wanita tidak boleh diajar, dipaksa atau diarahkan untuk memakai apa bentuk pakaian sekalipun.

Masih tidak nampak lagi?

Kalau perkara yang sebegitu baik pun, selagi tidak berkenan di hati para kafirin, sebaik-baik PAS memberikan layanan kepada mereka pun, kaum berkenaan tetap akan menggigit dan menentang. Dan Maha Benarlah Allah Taala yang telah memberitahu kepada kita bahawa kaum kafir hanya akan gembira sekiranya kita menurut perancangan dan kehendak mereka.

Sudah terlalu banyak yang PAS lakukan untuk membolehkan keredhaan daripada DAP untuk PAS. Nampaknya, PAS akan terpaksa membetulkan semula 'kesilapan' Siti Zailah dan berdiam diri dalam hal berkenaan dalam usaha menyenangkan hati kepimpinan DAP!!!


SUMBER

Friday, 19 July 2013

Aksi karaoke paling bahaya

London: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.
Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain.
Steve kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya.

Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.

FotoSEORANG peserta membuat persembahan dalam tangki berisi ular.

Gambar ini menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik.

Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). - Agensi/Metro

Lakukan seks dengan kucing

Oklahoma City: Disebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.

Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.
Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: “Adakah anda mahu mati?” Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.
Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.

“Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya,” katanya.

- Agensi/Metro

Thursday, 18 July 2013

Alvin Tan, Vivian Lee mohon dibicara

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu.

Berdasarkan tuduhan pertama, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24 didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman muka buku (Facebook) "Alvin dan Vivian-Alvivi" iaitu satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. Wangi, Enak, Menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal serta ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik kandungan itu sehingga berkemungkinan menyebabkan rasa permusuhan atas alasan agama antara orang yang menganut agama berlainan.

Sementara itu, mereka turut didakwa mempamerkan gambar didapati lucah di laman sosial mengikut Akta Penapisan Filem.-Metro

Wednesday, 17 July 2013

Hanya pramugari

Mumbai: Sebuah syarikat penerbangan tambang murah Mumbai mengambil langkah mengurangkan kos termasuk memberhentikan semua pramugara bagi mengurangkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan berat pesawat.

GoAir memutuskan hanya mengambil krew penerbangan wanita kerana berat mereka kira-kira 20 kilogram lebih ringan secara purata berbanding krew lelaki.

Ia merumuskan langkah itu akan mengehadkan bahan bakar sekali gus menjimatkan mereka sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta) setahun untuk kos minyak. - AGENSI/BH


Kemaluan dipatuk ular

Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. -

Agensi/Metro

Tazkirah Ramadhan : Andai Aku Menjadi Menteri Besar

Andai aku menjadi Menteri Besar akan aku pastikan:

1. Semua Pasar Ramadhan dibenarkan berniaga selama 11 bulan dalam setahun kecuali bulan ramadhan.

2. Nama Pasar Ramdhan akan ditukar menjadi Pasar Harian.

3. Tiada sebarang perniagaan makanan dibenarkan sepanjang bulan ramadhan.

4. Restoran, gerai makanan atau apa jua perniagaan yang menjual makanan bermasak akan diarahkan membersihkan premis mereka sepanjang bulan ramadhan.

5. Tempat-tempat awam akan dijadikan lapangan ibadat sepanjang ramadhan.

6. Tiada individu islam akan berkeliaran diwaktu malam ramadhan kecuali untuk ke tempat ibadat atau kecemasan.

7. Pembuangan makanan ke dalam tong sampah akan menjadi satu kesalahan yang akan dihukum dengan membuat kerja-kerja kebajikan.

Ermmmm mengapa aku bermimpi menjadi Menteri Besar ?

Sedihnya melihat kita semakin lama, semakin hanyut di tipu nafsu.

Pembaziran, pembaziran dan pembaziran merata-rata. Sepatutnya jika bulan lain kita berbelanja sekitar RM 30.00 sehari, maka pada bulan ramadhan kita hanya perlu berbelanja RM 15.00 sehari.

Tapi apakah yang berlaku kini ? kita berbelanja melebihi dua kali ganda daripada bulan sebelum ramadhan.

Jadi ? cuba renung-renungkan.....

Aku hanya mampu bermimpi.

Tuesday, 16 July 2013

Lebih bertenaga lepas hisap darah

Pittsburg: Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven.
Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali.
Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan ‘gothic’ dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim.

“Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya,” kata Lia.


FotoDRAVEN hiris tangan dengan pisau cukur agar darah dapat dihisap Lia.
FotoLIA (kiri) dan Draven minum darah masing-masing.
 
 “Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya.

“Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks.”

Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan.

Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak.

“Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya,” katanya.

Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu.

Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan.

Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya.

“Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat,” katanya.

“Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi.” - Agensi/Metro

Hina Islam: Kanak-kanak Kristian dipenjara seumur hidup

ISLAMABAD 16 Julai - Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.
 
Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).
 
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.
 
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan. - DPA/Utusan

Hukum ‘pasangan blogger lucah’, kata Guan Eng

OLEH RITA JONG dan HASBULLAH AWANG CHIK
 
Ahli politik Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang bersepakat mengutuk pasangan yang mengirim ucapan Ramadan melalui Facebook dengan menegaskan pasangan berkenaan harus menerima hukuman yang setimpal.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menganggap pasangan berkenaan telah melakukan satu penghinaan.
 
Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkata Tan Jye Yee (Alvin) dan Vivian Lee sudah keterlaluan.
 
“Perbuatan mereka melanggar undang-undang. Mereka seharusnya dihukum. Tiada syak lagi. Ini jelas bertentangan dengan prinsip masyarakat berbilang kaum. Ini jelas satu penghinaan,” ujar Lim.
 
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar turut sekata berhubung hal berkenaan.
 
“Mereka sudah keterlaluan dan perbuatan mereka menghina orang Islam,” kata beliau.
“Meskipun mereka telah memohon maaf namun itu tidak memadai. Hal itu telah pun berlaku.”
 
Noh bersetuju pasangan berkenaan harus disiasat dan dihukum sekiranya sabit kesalahan.
 
Pandangan itu dikeluarkan setelah pasangan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan siasatan hari ini.
 
Pasangan itu mengirim sekeping gambar di laman Facebook Khamis lalu dengan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” sementara menikmati ‘bak kut teh’ (sup herba babi). Logo Halal juga dipamerkan pada gambar berkenaan.
 
Gambar berkenaan mengundang kemarahan di kalangan orang Islam dan bukan Islam.
 
Facebook telah menutup laman berkenaan setelah SKMM menjalankan siasatan selepas menerima beberapa laporan daripada orang awam berhubung kiriman itu.
 
Mereka telah memohon maaf dalam satu laman kiriman video YouTube dengan mendakwa perbuatan mereka hanyalah satu jenaka.
 
Walau bagaimanapun, SKMM tidak melihat isu berkenaan sebagai melucukan.
 
Ketua bahagian penguatkuasaan dan pemantauan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata siasatan akan dapat dilengkapkan dalam minggu ini dan pihak polis juga akan menjalankan siasatan mereka sendiri.
 
Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara satu tahun atau denda RM50,000. - 15 Julai 2013.
 
-The Malaysian Insider 

Monday, 15 July 2013

Nikmat jadi kuli Allah

Kehadiran Ramadan kali ini sewajarnya memberikan kita beberapa penambahbaikan yang boleh dikongsi bersama.

Seorang wali Allah yang masyhur iaitu Syeikh Abdul Qader al-Jailani di dalam kitabnya, al-Ghunyah menjelaskan: “Bulan Ramadan adalah bulan penyucian, bulan penunaian, bulan mereka mengingati Allah, bulan mereka yang bersabar dan bulan orang yang benar.
“Jika kamu tidak berupaya memperbaiki hatimu dan menyingkirkan maksiat daripadanya serta masih mendekati ahli maksiat dan orang melakukan dosa, maka apa lagi yang diharapkan untuk menyucikan hatimu?”

Kenyataan ini memberikan kita satu kesedaran bahawa Ramadan medan terbaik untuk kita menjadi ‘kuli’ kepada Allah SWT.


Ada beberapa kriteria penting untuk kita merealisasikan diri sebagai ‘kuli’ Allah antaranya:
  • Bertaubat atas semua salah silap dan dosa dilakukan. Firman Allah dalam surah az-Zumar, ayat 54, maksudnya: “Dan kembalilah kepada Allah dan serahlah dirimu kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu selepas itu kamu tidak dapat diberikan pertolongan lagi.”
  • Beramal dengan ilmu. Amalan berpuasa, solat lima waktu, Tarawih, iktikaf, qiyamullail, membaca al-Quran, zakat fitrah dan lain-lain tidak akan diterima Allah jika tanpa ilmu dan keikhlasan.

    Imam Ibnu Ruslan berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka amalannya tidak diterima oleh Allah SWT.”

    Sekarang cuba kita merenung ke dalam hati sanubari sendiri. Siapa guru kita? Mana kitab kita? Apa hujah kita dan bagaimana dengan ibadat kita? Paling penting, apa nasib kita di akhirat? Pepatah Melayu menyebut, ‘sendiri makan pengat, sendiri mau ingat.’

    Oleh itu, bertindaklah sebelum terlambat. Apakah kita sanggup mengharungi kepenatan beribadat serta berlapar dan dahaga, namun akhirnya ibadat kita hanya sia-sia seperti fatamorgana sahaja.

  • Bersyukur atas nikmat dan subsidi Allah ke atas kita. Lihatlah segala harta, kuasa, takhta, rupa dan glamor yang ada di tangan kita ini, semuanya hasil kurniaan Allah SWT. Realisasikan nikmat dengan melakukan ibadat dan jangan sesekali menggunakan nikmat untuk melakukan maksiat. Firman Allah dalam surah ar-Rahman, ayat 13 bermaksud: “Nikmat manakah daripada Tuhanmu yang kamu dustakan?”

    Ramadan dikenali sebagai bulan mulia lagi berkat. Tetapi awas! Kemuliaan dan keberkatan Ramadan hanya untuk ahli ilmu yang beribadat, bukannya untuk orang jahil dan membuat maksiat.

    Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin pernah berkata: “Seseorang yang gigih berjalan menuju kepada Allah pasti menyaksikan Allah yang Esa ketika melihat makhluk yang banyak. Dan menyaksikan makhluk yang banyak itu daripada Allah yang Esa.”

    Justeru, amat wajar jika melihat makanan, minuman, pakaian, harta benda dan kedudukan manusia, maka terserlah di sebaliknya kekayaan dan kasih sayang Allah SWT ke atas hamba-Nya.

  • Sentiasa bertanggungjawab (akauntabiliti) iaitu dengan cara membangkitkan persoalan pada diri sendiri, apakah asal-usul kita? Kita sebenarnya datang daripada Allah, untuk menjadi hamba Allah dan akan kembali kepada-Nya pada bila-bila masa sahaja.

    Kita tanya lagi, apakah amalan kita selama ini benar-benar menjadikan kita ‘kuli’ kepada-Nya atau segala gerak-geri dan naluri hati kita hanya menjadi kuli kepada nafsu serakah sahaja?

    Nabi SAW pernah mengingatkan kita: “Musuh kamu yang paling kejam ialah nafsumu yang ada di dalam dadamu sendiri.” (Riwayat Abu Daud)

    Kesimpulannya, ingatlah wahai teman bahawa jika kita masih berdosa, maka cepatlah bertaubat kepada-Nya.

    Jika kita masih buta, carilah orang untuk memimpin dan jika kita masih menjadi kuli kepada nafsu, maka bertukarlah untuk menjadi kuli kepada Allah. Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali._Metro




  • Menteri Itali ‘orang utan’

    Rome: Seorang senator dari kumpulan antiimigran, semalam dikecam kerana menyamakan menteri pertama berkulit hitam Itali, Cecile Kyenge, menyerupai orang utan.

    Calderoli dikatakan membuat kenyataan itu dalam pertemuan parti Liga Utara di bandar Treviglio.
    “Saya sukakan haiwan, tetapi apabila saya melihat gambar Cecile saya tidak dapat berhenti daripada memikirkan persamaannya dengan orang utan,” katanya.


    Kenyataan itu yang menjadi sensasi di media sosial mencetuskan kemarahan di seluruh negara.
    Perdana Menteri Enrico Letta berkata, kenyataan Senator Roberto Calderoli itu “tidak dapat diterima.” “Kenyataan Calderoli yang dilaporkan dalam akhbar hari ini (semalam) yang mengaitkan Cecile tidak dapat diterima dan melampaui batasan,” katanya.
    Dua anggota Senat daripada Parti Demokratik, Khalid Chaouki dan Gianni Cuperlo menuntut peletakan jawatan Calderoli yang menjadi Timbalan Speaker Senat. “Kenyataan dirujuk kepada menteri Cecile itu tidak patut diucapkan seorang lelaki mewakili institusi kami,” kata Cuperlo. Calderoli terkenal dengan komen dan tindakan provokatifnya. Pada 2006, dia dipaksa meletakkan jawatan kerajaan ketika pemerintahan perdana menteri Silvio Berlusconi selepas memakai kemeja-T dengan gambar kartun menghina Nabi Muhammad SAW.



    Sejak dilantik ke jawatan menteri awal tahun ini, wanita kelahiran Congo itu beberapa kali dilempar penghinaan oleh Liga Utara.- AFP/Metro

    Friday, 12 July 2013

    PRK Kuala Besut antara haq dan batil - Nik Aziz

    KOTA BHARU 12 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai nanti sebagai pertembungan antara 'haq dan batil'.
     
    Sambil menyamakan proses pilihan raya itu dengan situasi pergolakan di Mesir dan Syria, Nik Abdul Aziz berkata:
     
    "Di mana-mana sahaja akan sentiasa berlaku pertembungan haq dan batil, dan di situlah akan timbulnya Furqan untuk menjadi kayu ukur yang jelas dan nyata. Tidak hanya di Mesir dan Syria, bahkan juga di Malaysia atau lebih khusus di Kuala Besut nanti.
     
    "Di garisan yang terakhir, hanya perjuangan yang benar di sisi syariat dan ikhlas di benak hati sahaja yang mampu menggapai baton kemenangan!," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    DAP Gesa Lima Negeri Ubah Enakmen Pentadbiran Agama Islam

    by                      
     
    DAP hari ini tampil menggesa lima kerajaan negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam selaras dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013.
     
    Timbalan Bendahari DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming dilaporkan Mstar berkata pindaan tersebut perlu dilakukan segera pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Kedah, Perak, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.
     
    “Kita gesa lima kerajaan negeri (Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan (Sarawak) ambil tindakan sewajarnya untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam ini segera demi kepentingan awam.
     
    “Kita tidak boleh ada dua sistem undang-undang yang berbeza apabila Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang berkenaan. Ini akan menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Lobi Parlimen, Khamis.
     
    Sehubungan itu, Kor Ming yang turut dilaporkan Roketkini akan memohon Jabatan Peguam Negara agar menasihati lima kerajaan negeri terbabit meminda enakmen masing-masing supaya seragam dengan Wilayah Persekutuan yang mana mentakrif ‘ibu-bapa’ seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
     
    Enakmen di lima negeri berkenaan diluluskan antara 2001 dan 2008. Undang-undang Islam negeri menyatakan bahawa bukan Islam berumur 18 tahun dan ke bawah boleh memeluk agama Islam dengan persetujuan seorang daripada ibu atau bapa.
     
    Kor Ming menegaskan, enakmen sebaliknya pula dipraktikkan di Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Perlis dan Johor, yang memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapa bukannya seorang daripada mereka.
     
    “Jadi saya ingin bertanya, mengapa boleh ada dua sistem dalam satu negara? Seperti kes ini?,” soalnya.
     
    Katanya lagi, enakmen di lima negeri itu boleh dianggap salah kerana tidak mengikut Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama seseorang kanak-kanak itu perlu diputuskan oleh kedua-dua ibu bapa.
     
    Kor Ming berkata perkara itu perlu dilihat secara serius kerana ada di antara bapa apabila menceraikan isteri cenderung menukar agama diri dan anak mereka bagi mengelak membayar nafkah kepada isteri.

    Sorok senjata api dalam kemaluan

    Oklahoma City: Seorang wanita dihukum penjara 25 tahun selepas disabitkan kesalahan menyorok senjata api dalam kemaluannya, selain dadah di dubur.

    Selepas tuduhan dibicarakan, Christie Harris mengaku bersalah pada minggu lalu.
    Keputusan penghakiman dibacakan kepada tertuduh semalam.
    Christie didakwa menyorokkan methamphetamine - juga dikenali sebagai ice dengan niat mahu mengedarnya.
    Dia juga dituduh menyembunyikan sepucuk pistol revolver dalam kemaluannya. Christie ditahan pada Mac lalu selepas seekor anjing pengesan membawa polis ke kereta dipandunya.
    Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa jenis dadah dan sepucuk pistol separa automatik. Ketika dijel, Christie enggan melondehkan seluar dalamnya untuk membolehkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan bahan larangan.

    Dokumen mahkamah menyatakan, Christie memberitahu dia ketika itu datang bulan.
    Bagaimanapun, Christie akhirnya mengalah dan ia membolehkan pegawai pemeriksa yang bertugas melihat “objek kayu dan logam” terjulur dari kemaluan suspek. Apabila diperiksa, objek itu ialah sepucuk pistol revolver. Pegawai bertugas turut menemui dua pek berisi sejumlah besar bahan kristal yang didapati kemudian sebagai ice. - Agensi/Metro

    Puteri diraja Arab Saudi didakwa perdagang manusia

    SANTA ANA, California 12 Julai - Prosiding pendakwaan puteri diraja Arab Saudi atas tuduhan memperdagangkan manusia di Amerika Syarikat yang sepatunya bermula hari ini, telah ditangguhkan.
    Meshael Alayban, 42, muncul di Mahkamah Agung Orange County pada Khamis, tetapi peguamnya mengemukakan permohonan menangguhkan prosiding dan hakim menjadualkannya semula kepada 29 Julai ini.
     
    Alayban ditahan selepas seorang pembantu rumah wanita berusia 30 tahun mengadu dipaksa bekerja lebih masa dan tidak dibenarkan mengambil cuti.
     
    Pekerja tersebut memberitahu, dia diambil bekerja di Kenya pada 2012 dan kemudian dibawa ke Arab Saudi, di mana pasportnya telah diambil.
     
    Hakim mengeluarkan perintah perlindungan menghalang Alayban daripada berhubung dengan pembantu rumah tersebut, yang mana namanya tidak didedahkan.
     
    Pihak berkuasa memberitahu, pembantu rumah dari Kenya itu telah menandatangani kontrak dua tahun dengan agensi pekerjaan yang menjanjikan bayaran AS$1,600 sebulan untuk kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu. Tetapi bermula Mac, 2012 dia dipaksa memasak, membersih dan melakukan kerja-kerja lain selama 16 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
     
    Hakim sebelum ini mengarahkan Alayban dijamin AS$5 juta, dipantau melalui GPS dan dilarang meninggalkan negara ini tanpa kebenaran. - AP/Utusan

    Thursday, 11 July 2013

    5 peguam, aktivis berjaya saman polis

    KUALA LUMPUR  - Lima peguam dan seorang aktivis hari ini berjaya dalam kes saman yang dikemukakan terhadap polis dan kerajaan Malaysia setelah mendakwa mereka ditahan secara salah ketika menyambut Hari Hak Asasi Sedunia, enam tahun lalu.
     
    Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk John Louis O'Hara membenarkan tuntutan saman keenam-enam plaintif itu dan memerintahkan kerajaan dan tiga pihak lagi membayar ganti rugi RM10,000 kepada setiap plaintif dan ganti rugi khas RM5,454 kepada salah seorang daripada mereka serta kos RM60,000.
     
    Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata, melalui rakaman video ketika kejadian, mahkamah mendapati, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu, Supritendan Che Hamzah Che Ismail memberi arahan yang bercanggah dan tidak tetap melalui alat pembesar suara ketika menyuraikan perhimpunan itu.
     
    Menurut beliau, Che Hamzah mengeluarkan arahan yang menyebabkan semua plaintif mempercayai yang mereka mempunyai masa 10 minit untuk berjalan dalam perarakan itu sebelum bersurai.
     
    Kata beliau, plaintif turut dinafikan hak untuk mendapatkan akses kepada peguam, sehubungan itu, mahkamah mendapati penahanan ke atas mereka dibuat secara salah dan tidak sah.
     
    Kesemua plaintif didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Disember 2007 atas tuduhan menyertai perhimpunan haram 'People's Freedom Walk' sempena Hari Hak Asasi Manusia serta menghalang penjawat awam daripada menguatkuasakan undang-undang.
     
    Plaintif-plaintif merupakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya; peguam Eric Paulsen; peguam Amer Hamzah Arshad; dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.-Utusan