Thursday, 7 March 2013

Penyanyi direman kes suami mati terikat kaki dan tangan

KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi wanita yang pernah popular pada lewat 1990-an ditahan reman bagi membantu siasatan kematian suaminya yang ditemukan terikat kedua-dua tangan dan kaki di sebuah kondominium di Ampang Utama kelmarin.
Pendaftar Norhaizan Abd. Rahman membenarkan polis menahan reman wanita itu selama lima hari di Mahkamah Majistret Ampang bermula hari ini.
Penyanyi berusia 39 tahun itu ditahan pagi ini dan penangkapan artis itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
"Polis telah menahan wanita itu di kediamannya bersama dua anak saudaranya untuk membantu siasatan kes itu.
"Ketiga-tiga mereka direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130307/je_03/Penyanyi-direman-kes-suami-mati-terikat-kaki-dan-tangan#ixzz2MoP7cqaD
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: