Wednesday, 6 March 2013

Mentua, menantu berebut wang RM20,000 di bank

KUCHING - Orang ramai yang berurusan di sebuah bank di Kota Sentosa di sini gempar apabila berlaku 'drama' antara seorang wanita dan ibu mentuanya yang bergelut kerana berebut wang tunai berjumlah RM20,000.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku semasa wanita dari Kampung Semeru, Padawan, yang ditemani ibu mentuanya datang berurusan di kaunter bank tersebut.

Mereka dikatakan mahu mengeluarkan kesemua duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) peninggalan mendiang suami wanita itu yang meninggal dunia tahun lalu.

Seorang kerani bank yang enggan dikenali berkata, sebaik sahaja selesai berurusan dan wanita itu menerima wang tersebut, ibu mentuanya terus merampas wang di tangannya.

"Si menantu yang berang dengan tindakan ibu mentuanya cuba merampas wang itu kembali sehingga berlaku pergelutan antara mereka. Bagaimanapun ibu mentuanya berjaya melarikan diri," katanya kepada pemberita hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130306/je_02/Mentua-menantu-berebut-wang-RM20000-di-bank#ixzz2MkXGkfLj
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: