Iblis
sentiasa sesatkan manusia
SETELAH
Allah mengisytiharkan iblis sebagai makhluk yang sombong dan akan menjadi
penghuni neraka terkutuk, iblis berikrar akan berusaha menyesatkan manusia.
Ikrar
Iblis itu termuat di dalam surah Al-A’raaf ayat 16-17 yang bermaksud: “Kerana
Engkau (Allah) menghukum saya tersesat, maka saya benar-benar akan
menghalang-halangi mereka (manusia) dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya
(Iblis) akan mendatangi mereka (Manusia) dari muka dan dari belakang mereka,
dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau (Allah) tidak akan mendapati
kebanyakan mereka bersyukur (taat).
Daripada
ayat itu, Imam Al-Ghazali dalam salah satu kitabnya menjelaskan, iblis akan
menyesatkan anak Adam dengan cara mengubah cara pandangannya terhadap kebenaran.
Yang benar dipandang salah dan begitulah sebaliknya. Contohnya, seseorang mengajak kita solat ke masjid, iblis akan membisikkan ke telinga kita: “Lihat si fulan itu ajak kamu ke masjid (solat), si fulan rajin doa dan lain sebagainya tapi cuba lihat apa yang dia dapat dari semua itu? masih miskin-miskin juga.”

Jika
terpengaruh, kita akan mengiyakan tetapi jika melawan kita akan mengatakan:
“Solat adalah kewajipan saya sebagai Muslim, soal rezeki urusan Allah.”
Selain
itu, iblis juga akan menggunakan cara kedua iaitu mendatangi dari belakang.
Pada tahap itu, iblis berusaha menundakan ibadat manusia, contohnya, apabila
sudah mendengar azan di masjid tetapi iblis akan membisikkan ke telinga manusia
mengapa terburu-buru sedangkan waktu asar masih panjang.
Jadi bisikan itu akan menyebabkan kita lewat menunaikan solat, malah ada yang terus meninggalkannya.
Jika cara itu tidak berhasil, iblis akan menggunakan pula cara ketiga iaitu datang dari arah kanan. Iblis akan menghalang manusia melakukan perkara yang lebih sempurna dalam ibadat.
Jika sudah berjaya pada peringkat pertama hingga ketiga, tetapi iblis akan membisikkan pula, mengapa perlu ditambah-tambah lagi jika sudah selesai melaksanakan kewajipan (buat solat sunat).
Jika tidak berjaya, mereka datang pula dari sebelah kiri iaitu seseorang itu ditanamkan rasa sombong di hati atau berasa diri mereka paling baik.
Iblis tetap meneruskan usahanya dengan membisikkan lagi supaya hati kita kalah dengan pujian. “Hebat la kamu punya ibadat tepat waktu, setelah yang wajib, kamu zikir dan menambah ibadat dengan yang sunat.”
Manusia yang mendapat pujian itu akan terbit di dalam hatinya rasa sombong dan berasa dirinya hebat berbanding orang lain.
Jika itu yang berlaku, samalah kita dengan iblis laknatullah, sombong, bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.
Jika kita berjaya menepis semua bentuk bisikan dan godaan itu, insya-Allah syurga Allah menanti kita di akhirat kelak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/12
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment