Friday, 10 November 2017

Eh eh! Ngeri tengok

KEBOLEHAN Muhammad Sameer berusia 14 tahun dari Karachi, Pakistan, walaupun luar biasa namun agak ‘mengerikan’ kerana boleh memutar kepalanya 180 darjah, muka dipusing dari depan ke belakang menyebabkan dia digelar burung hantu.
Menggunakan tangan untuk memusing kepalanya ke belakang, Sameer membuat persembahan bersama kumpulan tariannya, Dangerous Boys, bagi menyara keluarganya selepas bapanya sakit.
Remaja yang berharap dapat berlakon dalam filem Hollywood satu hari nanti, berkata: “Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.
“Ia amat menarik. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, boleh memusing kepala saya sepenuhnya.”
Ibunya pernah menamparnya apabila melihat dia memusingkan kepala kerana bimbang dia cedera.
“Bagaimanapun, ibu kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.,
Sameer berhenti sekolah dan menubuhkan kumpulan tarian Dangerous Boys bersama tujuh lagi remaja dan mereka membuat persembahan di seluruh Karachi.
Ibunya, Rukhsana Khan, 45, berkata bapa Sameer yang bekerja di kilang tekstil, terpaksa berhenti akibat sakit jantung
Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40) membolehkannya mendapat sehingga RM665 sebulan.
“Saya mahu menanggung keluarga, tidak mahu empat adik perempuan saya berhenti sekolah kerana masalah wang,” jelasnya. 

- DM/Metro

Thursday, 9 November 2017

Monyet rupanya curi minyak motosikal


SEKUMPULAN pemilik motosikal di Panipat, utara India, yang memasang perangkap bagi melihat siapa yang mencuri minyak motosikal mereka, terkejut apabila mendapati pencuri terbabit ialah monyet yang ketagih petrol.
Dalam kejadian Isnin lalu, pemilik motosikal terbabit meninggalkan motosikal tanpa dijaga dan menyorok agak jauh, sehingga nampak seekor monyet datang.
Monyet berkenaan melucutkan saluran minyak dari tangki ke enjin dan menyedut petrol seperti minum air.
Menurut UPI, Gaurav Leekha dari pertubuhan sukarela di bandar itu berkata, monyet berkenaan minum petrol dengan banyak sehingga ‘lalok’ dan enggan mengambil pisang yang diberi.
“Monyet itu jelas ketagih petrol. Ia enggan makan pisang dan kacang yang diberi orang ramai,” katanya.

-Metro

Sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais

Sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais

BLOEMFONTEIN - AFRIKA SELATAN. Seorang lelaki yang ditangkap menyimpan bahagian kemaluan wanita yang dipotong dalam peti ais didapati bersalah terhadap 38 dakwaan, termasuk konspirasi membunuh.

Menurut laporan News24, hakim Johann Daffue mendapati Peter Frederiksen, 65, bersalah dalam tuduhan rogol, penyimpanan dan penghasilan bahan pornografi kanak-kanak, serangan serta penipuan.

Peter dilaporkan gagal memuaskan hati mahkamah sepanjang perbicaraan Isnin lepas.
Tertuduh didapati mengubah ceritanya hampir setiap masa dan hakim tidak mempercayai bukti Peter yang mengatakan isterinya Tshidi sebagai punca utama semua perbuatan jenayahnya.

Tshidi ditembak mati di hadapan rumahnya di Maseru pada Oktober 2015.
Peter yang ditahan di penjara ketika itu didakwa terlibat dalam konspirasi membunuh wanita tersebut.

Berkenaan bahan lucah kanak-kanak, mahkamah masih mengambil kira dakwaan Peter bahawa dia berfantasi seksual mengenai proses sunat kanak-kanak perempuan.
Ketika ditangkap polis pada September 2015, polis menemui klitoris di dalam peti ais di rumah Peter.

Dalam satu perbicaraan tahun sama, salah seorang bekas isteri Peter, Anna Matseliso Molise mendakwa klitorisnya dipotong selepas Peter mengikatnya.

-Sinar

Tuesday, 7 November 2017

Isteri sanggup merisik, meminang untuk suaminya

Isteri sanggup merisik, meminang untuk suaminya
Kak Nab di samping suami dan madunya pada hari berlangsungnya majlis akad nikah di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.

HULU TERENGGANU - Hanya ingin memastikan segala hajat pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.

Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38, selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Wan Nora dipakaikan seutas rantai oleh Kak Nab yang turut berpakaian sedondon.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan  Md Noor juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.

Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.

"Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami  berkemampuan dan berpoligami bukannya berdosa dalam Islam.

"Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.

"Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.

"Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17 hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana menghidap kencing manis," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Wan Nora berkata  selain tertarik dengan perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih dengan suami orang.

"Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.

"Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.

"Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan perwatakannya," ujarnya.

Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu  kekal selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.

Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.

-Sinar

Ibu bakar dua anak hidup-hidup dalam ketuhar

 Ibu bakar dua anak hidup-hidup dalam ketuhar

ATLANTA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita membakar dua anaknya hidup-hidup dalam ketuhar, dan menghantar rakaman pembunuhan kejam itu kepada bekas suaminya.

Laporan New York Post mengatakan Lamora Williams, 24, memasukkan Ke’Younte Penn, 2, dan Ja’Karter Williams, 1, ke dalam ketuhar di antara Khamis dan Jumaat minggu lepas.

Williams kemudian menghantar rakaman menunjukkan kedua-dua mangsa terbaring hangus di atas lantai kepada bapa mereka, Jameel Penn.

Penn kemudian segera menelefon 911 dan Williams ditangkap menggunakan waran, Sabtu lepas.

Williams yang kini ditahan atas dakwaan membunuh, disahkan mengalami sakit mental yang belum dikenal pasti.

-Sinar

Pelajar sekolah antara mangsa dilapah



TIGA pelajar perempuan, termasuk seorang berusia 15 tahun antara sembilan mangsa dibunuh Takahiro Shiraishi di rumahnya di pinggir Tokyo, minggu lalu.
Selain sembilan kepala, polis menemui 240 tulang dan anggota tubuh manusia dalam kotak penyejuk dan kotak peralatan di rumah lelaki itu. Takahiro melapah mayat mangsa dan membuang daging serta organ dalaman ke dalam tong sampah.
Polis mengesahkan sekurang-kurangnya tiga mangsa adalah pelajar sekolah dari daerah berlainan dengan seorang daripada mereka berusia 15 tahun yang dilapor hilang hujung Ogos lalu.
Seorang wanita berusia 20-an mendakwa dia sepatutnya berjumpa lelaki itu pada hari dia ditahan polis bagi membincangkan mengenai membunuh diri selepas berhubungan melalui emel dan telefon sejak dua bulan lalu.
“Ketika perbualan kami pada satu malam Oktober lalu, dia enggan bercakap selepas saya beritahu terdengar suara wanita mengerang.
“Dia beri saya dua pilihan, membuatkan saya pengsan dengan memasukkan ubat dalam minuman dan selepas itu menjerut leher saya.
“Pilihan kedua, dia menjerut leher saya dari belakang ketika saya leka, mungkin menonton televisyen.
“Jika saya bertemunya, saya juga akan dipotong-potong seperti mangsa lain,” kata wanita itu kepada televisyen Fuji.
Usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa lain dengan melalui rekod orang hilang serta barangan mangsa yang ditemui di rumah lelaki berkenaan, termasuk kad bank.
Takahiro disyaki berkenalan dengan mangsa melalui Twitter dengan memberitahu mereka dia boleh membantu rancangan mangsa untuk mati atau mati bersama mereka.
Dia membunuh mereka walaupun tahu mangsa terbabit belum mahu membunuh diri, hanya mahu berbual.
Menurut laporan televisyen Fuji, Takahiro memberitahu polis: “Saya tidak bercadang untuk membunuh diri. Tiada (mangsa) yang mahu mati sebenarnya.”
Menurutnya, dia menggantung atau mencekik mangsa selepas memberi mereka minuman beralkohol atau ubat tidur.

-Metro

Monday, 6 November 2017

Hidup seks Gandhi dibuku

Image result for gandhi

NEW DELHI 23 April - Buku baru tentang Mahatma Gandhi yang menyelidik kehidupan seks ikon India yang terkenal dengan 'imej kesuciannya' itu tidak menghalangnya tidur dengan wanita bogel dan melakukan 'eksperimen' seks aneh.
Bagaimanapun, menurut Adams, apa yang menarik minatnya ialah apabila Gandhi membuat keputusan untuk menjadi seorang yang suci.
Gandhi: Naked Ambition yang ditulis oleh ahli sejarah Britain, Jad Adams mendedahkan penemuan baru tentang pemimpin rohaniah dan hero kemerdekaan India yang mengamalkan hidup bersederhana dan menolak keduniaan sebagai sebahagian daripada imej popularnya.
Image result for gandhiBuku ini dikeluarkan di Britain dan boleh diperolehi di India tidak lama lagi, yang bakal memberi tamparan ke atas negara ini di mana imej Gandhi sangat dilindungi dan merupakan maruah kebangsaan.
Kehidupan seks Gandhi tidak diketahui umum. Beliau pernah menulis menyatakan rasa jijik melakukan hubungan seks bersama isterinya Kasturba, 15, apabila ayahnya meninggal dunia pada 1885.
Beliau melarang pengikut-pengikutnya walaupun pasangan yang sudah berkahwin daripada melakukan hubungan seks dan menasihati lelaki mandi air sejuk jika berasa ghairah.
Lebih 60 tahun selepas Gandhi meninggal dunia, Adams telah meneliti beratus-ratus tulisan Gandhi dan menemuramah saksi untuk mengetahui kehidupan seks lelaki yang dianggap santo dan bapa bagi negara India.
"Satu benda yang diketahui tentang Gandhi, beliau banyak menulis tentang seks.
"Apabila kami meneliti kehidupan seksnya, beliau mempunyai kelakuan seks yang normal dalam fasa pertama kehidupannya, sama seperti semua orang di dunia ini.
"Dia berkahwin dan mempunyai empat orang anak," kata Adams kepada AFP melalui panggilan telefon dari kediamannya di London.
Image result for gandhi
Enam tahun kemudian, beliau bersumpah dan mengamalkannya.
Namun, di sebalik imej alim agama Hindu, beliau sering mandi bersama wanita muda, melakukan urutan bogel dan selalu tidur dengan seorang atau lebih pengikut wanitanya, menurut buku Adams.
Adams berkata, dia tidak mempunyai bukti yang menunjukkan Gandhi melanggar sumpah kesuciannya dengan mana-mana wanita, walaupun dia mentaksirnya dengan cara yang lebih terbatas.
"Dia bercakap tentang penebusan. Bagaimanapun beliau menganggap seks hampir-hampir tidak penting.
"Pada pendapat saya, dia menggunakan wanita ini untuk cuba merangsangnya bagi menguji ketahanannya," kata Adams. - AFP



-Utusan 

Alahai dunia : Kejam, hilang sifat manusia



AMAT kejam sebagai manusia apabila seorang lelaki di pinggir New Delhi, India, tergamak memperkosa budak berusia 18 bulan yang masih boleh dianggap bayi, malah melakukan perbuatan terkutuk itu disaksikan dua anaknya berusia dua dan empat tahun.
Lelaki itu yang sudah ditahan polis semalam, menghadapi dakwaan mengikut Akta Kesalahan Seksual Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara seumur hidup.
Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa bermain dengan dua anak lelaki itu di luar rumah yang juga jirannya, apabila dia dibawa masuk ke dalam rumah oleh lelaki berkenaan.
Lelaki berkenaan memperkosa kanak-kanak itu disaksikan dia anaknya.
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi selepas ditemui ditinggalkan di luar rumahnya dalam keadaan menahan sakit dan berdarah oleh ibunya.
Pengarah Suruhanjaya Wanita di New Delhi, Swati Maliwal, yang melawat mangsa di hospital berkata, kanak-kanak itu stabil selepas menjalani pembedahan.
“Kanak-kanak malang itu tidak bercakap, hanya terbaring,” katanya.
Kejadian itu memburukkan lagi rekod jenayah seksual di India.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, pada 2015, hampir 11,000 kes kanak-kanak dirogol yang dilaporkan dengan kira-kira tiga kanak-kanak dirogol di New Delhi setiap hari.

-Metro

Doktor keluarkan 639 paku dalam usus guna magnet

PASUKAN doktor pakar di India berjaya mengeluarkan 639 batang paku dari  dalam usus seorang lelaki y

NEW DELHI 4 Nov. – Sekumpulan pakar bedah mengeluarkan sebanyak 639 batang paku dari dalam usus seorang lelaki menggunakan magnet, sekali gus berjaya menyelamatkan nyawa lelaki tersebut.
Mail Online melaporkan, lelaki berusia 48 tahun itu menghidap penyakit skizofrenia dan tanpa sedar menelan paku berke­naan dan bernasib baik ia tidak mencederakan ususnya.
Perkara itu disedari oleh doktor apabila dia dibawa ke hospital dua minggu lepas ekoran muntah berkali-kali dan mengadu sakit perut.
Selepas menjalani pe­me­riksaan, doktor menda­pati ususnya dipenuhi pa­ku sepanjang kira-kira lima sentimeter.
Sejurus selepas itu, pa­sukan doktor bedah membuat keputusan untuk me­ngeluarkan kesemua paku tersebut menggunakan mag­net.
Dr. Siddhartha Biswas berkata, pembedahan ter­sebut berlangsung selama hampir dua jam dan berat kesemua paku tersebut adalah 1.3 kilogram.
“Kesemua paku itu tajam namun lelaki tersebut bernasib baik kerana ususnya tidak cedera.
“Kami membuat bela­h­an sepanjang 10 senti­meter pada perutnya dan menggunakan magnet un­-
tuk menarik keluar kese­mua paku tersebut dan kami juga menemukan tanah dalam ususnya,” katanya.
Akhbar The Times of India melaporkan lelaki itu mempunyai masalah mental dan kini dalam keadaan stabil.



- Utusan 

Thursday, 2 November 2017

Bunuh, kerat ibu



SEORANG lelaki membuat laporan polis kehilangan ibunya namun hakikatnya wanita malang itu dibunuh anaknya yang memotong mayat mangsa dan dimasukkan dalam dua beg sebelum dibuang ke laut di Chicago.
Brian Peck, 55, dari Elgin, Chicago, kini berdepan dua tuduhan iaitu membunuh dan menyembunyikan pembunuhan.
Jumaat lalu, Peck menghubungi polis memberitahu ibunya, Gail Peck, 76, keluar berjalan dengan anjing hanya haiwan itu yang pulang.
Polis melancarkan operasi mencari besar-besaran selama beberapa jam, termasuk menggunakan dron dan helikopter.
Mereka akhinya menemui dua beg mengandungi anggota tubuh manusia dalam lagun di Lincoln Park. Satu daripada beg itu ditemui nelayan sebelum polis menemui beg kedua.
Satu beg mengandungi sebahagian badan dan bahagian kaki manakala bahagian badan selebihnya berada dalam beg satu lagi.
Timbalan Ketua Polis Elgin, Bill Wolf, berkata ujian DNA membuktikan mayat berkenaan ialah Gail dan mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa Peck.
Gail pernah memfailkan arahan sekatan terhadap anaknya itu pada Mac tahun lalu, selepas mereka bertengkar kerana Peck memainkan muzik terlalu kuat dan lelaki itu mencekik serta mengancam membunuhnya.
Jiran memberitahu, dua beranak itu baru berpindah ke kawasan itu beberapa bulan lalu. 

- Daily Mail/Metro