Moscow: Wartawan Russia yang dilaporkan mati ditembak pembunuh upahan, membuat kejutan apabila dia tiba-tiba muncul dalam keadaan sihat dalam satu sidang media, semalam.
Kemunculan Arkady Babchenko, 41, secara mengejut menyebabkan semua rakannya terpinga-pinga sebelum meraikan saat paling gembira berkenaan.
Pada sidang media itu, Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendedahkan, ‘kematian’ Babchenko sengaja dirancang mereka dalam usaha membongkar rancangan pembunuhan lelaki itu oleh perisik Russia.
Babchenko yang lantang mengkritik Russia dan Presiden Vladimir Putin pernah menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatannya.
“Saya meminta maaf kepada isteri saya, Olechka”.
“Saya tidak ada pilihan lagi. Operasi ini dirancang selama dua bulan. Mereka memberitahu saya sejak sebulan lalu. Hasilnya, seorang lelaki berjaya ditahan,” katanya yang mempunyai lima anak perempuan dan kesemuanya adalah anak angkat.
Ketua SBU, Vasily Gritsak berkata, mereka merancang kematian Babchenko kerana ingin mengesan lelaki Ukraine yang diupah untuk membunuhnya selain mencari perisik Russia yang mengupah lelaki terbabit.
-Metro
No comments:
Post a Comment