SYDNEY - AUSTRALIA . Seorang wanita di Australia terkejut selepas menemui ular berbisa dalam bekas bekal anaknya.
Anak ular itu ditemui pada penutup lunchbox tersebut ketika wanita terbabit sedang menyediakan bekal makan tengah hari di kediamannya di Hahndorf berhampiran Adelaide, kelmarin.
"Hasil pemeriksaan saya mendapati ia adalah spesies eastern brown yang merupakan salah satu ular paling berbisa di dunia. Ia berjaya 'dikeluarkan' dengan selamat.
"Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai racun yang berbahaya," menurut pengendali haiwan reptilia, Rolly Burrell.
Jelasnya, mujur wanita itu ternampak ular tersebut kerana anaknya mungkin tidak akan sedar jika ia digigit reptilia sekecil itu.
"Ular kecil tersebut mungkin memilih dapur untuk bersembunyi kerana ia adalah tempat paling gelap dalam rumah itu," katanya lagi.
Sejak 2000, spesies eastern brown tersebut telah menyebabkan 23 kematian di negara terbabit.
- BBC/Sinar
No comments:
Post a Comment