Gresik (Indonesia): Sepasang suami isteri di Gresik, Jawa Timur terkejut selepas kandungan yang mereka sangka kembar rupanya bayi perempuan dengan dua kepala.
Sri Wahyuni, 33, dan suaminya Sugianto, 32, tidak mengetahui keadaan bayi itu sepanjang dia hamil disebabkan kandungannya tidak bermasalah.
Sri Wahyuni cuma menjalani pemeriksaan rutin malah tidak melakukan imbasan ultrabunyi kerana tidak mahu mengetahui jantina anaknya.
Menurutnya, isterinya mula mengalami sakit mahu bersalin pada lewat Ahad sebelum dibawa ke hospital. Bagaimanapun, sehingga pagi Isnin Sri Wahyuni masih belum melahirkan anak dan diarahkan menjalani pembedahan apabila didapati mengalami masalah.
-Metro
No comments:
Post a Comment