SAN SALVADOR 24 Julai – Para pengguna internet dikejutkan dengan
satu rakaman video mengerikan yang menunjukkan seorang doktor memicit keluar
cecair dalam ‘ketumbuhan gergasi’ dikenali sebagai Chazalion pada bahagian atas
mata kiri remaja lelaki di sini.
Rakaman oleh doktor berke-naan, Alberto Cota dari sebuah hospital di El Salvador menunjukkan beliau memicit keluar nanah bercampur darah daripada ketumbuhan yang telah menutup keseluruhan mata remaja tersebut.
Lazimnya ketumbuhan itu dihidapi individu berusia antara 30 hingga 50 tahun dan apabila saiznya semakin membesar, salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan memecah dan memicit keluar cecair dalam ketumbuhan berkenaan.
Menurut laporan laman web mirror.co.uk, remaja yang nama-nya tidak didedahkan itu dilihat menahan kesakitan manakala doktor berkenaan cuba menenteramkannya.
Selepas cecair itu dikeluarkan, mata kiri remaja tersebut perlahan-lahan dapat dibuka semula.
Chalazion disebabkan hala-ngan pada saluran mata iaitu minyak daripada mata tidak di-keringkan namun jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit kulit dikenali Rosacea.
Setelah dibuang, lebihan kulit daripada ketumbuhan itu akan hilang dalam tempoh beberapa minggu.
-Utusan
No comments:
Post a Comment