LEBAK, Banten – Seorang bomoh pengasih di wilayah ini dilapor
pernah berkahwin dengan 39 wanita yang didakwa dinikahi hasil ilmu yang
dimilikinya.
Hasil perkahwinan itu, Abah Kamad, 68, dari Kampung Dukuh Dapin, Desa
Cibungur, mukim Leuwidamar, Lebak mempunyai sebanyak 14 orang anak daripada
lapan isteri yang dikahwininya.
Katanya yang kini hidup bersama seorang isteri sahaja, oleh kerana mempunyai terlalu ramai isteri, dia tidak dapat mengingati nama bekas isteri-isterinya.
“Yang ingat cuma beberapa iaitu Aminah, Sarinah, Sarminah, Ramunah, Kalpinah, Rusminah, Urni, Yati dan Anah.
“Selain itu, nama lain yang saya ingat ialah Runti, Sawani, Juniyah, Jamsinah, Rumsinah, Murni, Arnah, Onah, Junayah, Eti dan Marti,” katanya.
Abah Kamad menjelaskan, dia turut menggunakan ilmu pengasih yang dimilikinya untuk berkahwin dengan bekas isteri-isterinya,
“Kan saya pakai ilmu, kalau tidak manakan pula gadis-gadis ini mahu berkahwin dengan saya yang tidak kacak ini,’’ seloroh Abah Kamad.
Kata Abah Kamad, pernah satu ketika, dia meyakinkan empat orang isterinya untuk tinggal serumah dengannya dan semua isterinya akur permintaannya.
Bagaimanapun, jelas bomoh itu, setiap kali dia ingin menikah, dia akan meminta izin daripada isterinya yang paling tua.
“Daripada puluhan isteri ini, hubungan kami hanya bertahan tiga bulan sahaja,’’ tambah Abah Kamad.
- MERDEKA.COM/Metro

No comments:
Post a Comment