BAGAI SERAI 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun
terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila kemaluannya tersepit pada
eskalator di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Diifahamkan, mangsa dipercayai duduk di atas eskalator yang sedang bergerak
sehingga menyebabkan seluar dan kemaluannya tersepit.
Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika
mangsa Mohd. Rohaizad Abdul Rahman sedang menaiki eskalator bersama bapanya di
pasar raya tersebut.
“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.06 malam
dan sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan ‘crow bar’ untuk
mengumpil bahagian eskalator untuk menyelamatkan mangsa.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa
dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 8.50 malam,” katanya.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak
kemungkinan seluar dan kemaluan mangsa tersepit ketika duduk di atas eskalator
yang sedang bergerak.
Katanya, setakat ini keadaan kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan dan
bahagian kemaluan mangsa yang tersepit berlaku pendarahan.
“Mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.
-Utusan
No comments:
Post a Comment