SANTIAGO 22 Mei – Dua ekor singa terpaksa
ditembak mati ekoran tindakan seorang lelaki terjun ke dalam kandang singa
berkenaan kerana cuba membunuh diri dalam keadaan berbogel di sebuah zoo yang
penuh sesak dengan pengunjung di Chile.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Franco Luis Ferrada Roman, 20, cedera parah
akibat diserang singa-singa tersebut, namun dia kini berada dalam keadaan stabil
setelah dikejarkan ke hospital berhampiran.
Menurut laporan Mailonline, dalam kejadian itu, Roman yang dipercayai membeli tiket untuk masuk ke zoo itu telah bertin- dak menceroboh masuk ke dalam kandang singa berkenaan dengan membuka atap kandang itu.
Dia kemudian membuka semua pakaiannya dan masuk ke tengah kandang sambil menjerit-jerit menyebut nama Jesus dan ajaran Kristian dengan disaksikan pengunjung lain yang ketakutan.
Singa-singa yang berada dalam kandang berkenaan segera menerkam lelaki itu sebelum mencederakannya, dan penjaga zoo itu terpaksa menembak mati singa-singa berkenaan bagi menyelamatkan lelaki itu.
Pengarah zoo itu, Alejandra Montalva berkata, dia merasa sangat sedih dengan kematian singa jantan dan singa betina itu, namun protokol zoo mengutamakan keselamatan manusia.
Kata wanita itu, pihaknya tidak mempunyai ubat penenang untuk menghentikan singa itu daripada mencederakan Roman.
Seorang saksi, Cynthia Vasquez memberitahu stesen radio Chile, Bio Bio bahawa pihak keselamatan zoo itu lambat bertindak kerana semasa lelaki itu memasuki kandang itu, haiwan tersebut tidak menyerangnya.
Menurut seorang lagi saksi, pengunjung yang membawa anak terpaksa menutup mata anak masing-masing semasa insiden itu berlaku.
Stesen televisyen, Chilevision melaporkan, satu nota bunuh diri ditemukan dalam pakaian lelaki itu yang menyebut tentang kemusnahan dan hari kiamat menjadi punca dia bertindak mahu membunuh diri.
-Utusan

No comments:
Post a Comment