Kuala Lumpur: Berang dengan permintaan isteri mahu berpisah menyebabkan seorang lelaki bertindak ganas menoreh belakang kepala dan ketiak mangsa dengan pisau.
Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa berusia 26 tahun dikatakan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Pandan Jaya di sini.
Sumber polis berkata, suspek berusia 25 tahun dikatakan muncul di pasar raya itu dalam keadaan mabuk dan sengaja mengganggu isterinya.
“Mangsa yang tidak selesa diganggu ketika bekerja meminta bantuan pengurusan pasar raya itu bagi mengusir suspek.
“Bagaimanapun suspek muncul semula beberapa minit kemudian dengan membawa pisau pemotong kertas,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian bertindak ganas menyerang isterinya.
-Metro
No comments:
Post a Comment