Beijing: Seorang wanita pertengahan usia di Shenzen mengamuk dan memecahkan kereta BMW 740 milik suaminya selepas mendapat tahu lelaki itu mempunyai hubungan sulit. Wanita bernama Wu itu menggunakan tukul dan memukul kereta yang dianggarkan bernilai 1 juta yuan (RM679,000) selepas dilaporkan melihat suaminya bersama perempuan lain dalam kereta berkenaan sebelum itu.
Orang ramai di sekitar kawasan itu dikejutkan dengan bunyi bising sebelum melihat Wu memecahkan kereta itu sambil menjerit ‘Perempuan yang duduk dalam kereta ini menjijikkan!’
Pengawal keselamatan di tempat letak kereta itu cuba menghalangnya, tetapi diberi amaran supaya tidak masuk campur, selain mendakwa kereta itu miliknya, malah mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya.
Dia kemudian menyambung semula ‘kerjanya’ memusnahkan kenderaan itu. Akibat perbuatannya, lampu depan dan belakang kereta pecah, but remuk teruk dan empat pemegang pintu juga musnah. Semua tingkap kereta itu juga pecah dan retak.
Suaminya yang tiada kerana urusan perniagaan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengawal keselamatan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87055#sthash.Hzgyz1QH.dpuf
No comments:
Post a Comment