KASSEL - JERMAN.
Seorang pekerja kilang terbunuh selepas robot yang sedang dipasang mengepit
dadanya ke atas sekeping plat besi, semalam.
Menurut laporan
Financial Times, pekerja berusia 21 tahun tersebut bersama dengan seorang lagi
rakan sekerja semasa kejadian berlaku di kilang pemasangan kenderaan
Volkswagen.
Jurucakap
Volkswagen, Heiko Hillwig memberitahu bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh
kesilapan teknikal.
Robot tersebut
mampu diprogram untuk melakukan pelbagai kerja, termasuk memegang
bahagian-bahagian kenderaan dan memanipulasinya.
Bagaimanapun, robot
selalunya dikawal jauh dari manusia dan operator akan diletakkan di dalam
ruangan selamat.
Pegawai
pendakwaraya sudah membuka kertas siasatan.
-Sinar
No comments:
Post a Comment