KAMPALA - UGANDA. Rupa paras bukan menjadi ukuran kebahagiaan sesebuah
perkahwinan.
Hal ini dibuktikan oleh seorang bekas tukang kasut yang digelar lelaki
terhodoh menerima cahaya mata kelapannya.
Godfrey Baguma, 47, dipercayai mengidap penyakit ganjil berkahwin dengan
Kate Namanda, 30, dan baru menerima kelahiran bayi perempuan.
Selepas dikurniakan anak pertama pada tahun 2008, pasangan itu memutuskan
untuk berkahwin pada tahun 2013 dan kini mereka dikurniakan 6 orang cahaya
mata.
Sebelum berkahwin dengan Kate, Godfrey dikurniakan dua orang anak bersama
perkahwinan terdahulu namun berakhir selepas mendapati isteri pertamanya
curang.
Menurut Godfrey, dia pernah menasihatkan Kate untuk meninggalkannya kerana
rupa paras yang dimilikinya.
“Dia pernah tinggalkan saya ketika dia hamil 6 bulan tetapi dia kemudiannya
mula menerima takdir dan kembali kepada saya 2 bulan selepas itu,” katanya
dipetik Metro.uk.
Sementara itu, menurut isterinya, Kate percaya dengan pilihan hatinya dan
menganggap rupa paras bukanlah keutamaannya.
"Jika anda telah bertemu dengan lelaki yang betul, pedulikan apa yang orang
katakan. Ikut kata hati. Duit dan penampilan fizikal bukanlah satu isu untuk
menjamin kebahagiaan," katanya dipetik Metro.uk.
Godfrey yang dikenali dengan nama pentas Ssebabi kini mendapatkan wang
melalui persembahan nyanyian dan komedi.
-Sinar
No comments:
Post a Comment