Wednesday, 7 January 2015

Senjata dalam kemaluan

New Mexico: Seorang wanita dituduh menyorok pistol dalam kemaluannya untuk diseludup ke dalam sebuah penjara di sini.

Josephine McAllister, 34, dari Albuquerque ditangkap 16 Disember lalu atas beberapa tuduhan, termasuk memiliki kad kredit yang dicuri, menerima barangan curi dan cubaan menghalang tugas polis.

Selepas dibawa ke penjara di Pusat Tahanan Metropolitan Bernalillo Country, seorang tahanan menemui pistol di tandas wanita ketika melakukan kerja pembersihan.

Apabila disoal siasat, Josephine berkata, dia tidak mahu memaklumkan kepada polis mengenai pistol itu kerana tidak mahu dikenakan tuduhan tambahan.
Wanita itu berkata, dia menyembunyikan pistol itu pada pinggangnya tetapi pegawai yakin dia menyorok senjata berkenaan di dalam kemaluannya.

Jurucakap polis Simon Drobik memberitahu stesen televisyen KOAT semalam, empat anggotanya melakukan pemeriksaan sepenuhnya ke atas Josephine ketika menahannya, kecuali pada kemaluannya kerana peraturan jabatan menghalang mereka berbuat demikian.

“Suspek yang dibawa ke penjara berkenaan juga perlu melalui proses pengimbasan tubuh,” katanya.
Seorang pegawai kanan penjara, Kapten Ray Gonzalez berkata, Josephine meminta kebenaran untuk ke tandas sebaik tiba di pusat tahanan itu sebelum kakitangan memeriksanya.

Menurutnya, selepas kejadian, pusat tahanan itu meningkatkan langkah keselamatan, termasuk melakukan imbasan mengesan bahan logam terhadap tahanan sebaik mereka tiba dan menempatkan pengawal di luar tandas.

Rekod menunjukkan Josephine, ibu empat anak, pernah ditahan lebih 12 kali sejak 2003 atas tuduhan mencuri, memiliki dadah dan merompak. - Agensi/Metro

No comments: