Monday, 31 March 2014

Bertaruh telan garpu


Bacau (Romania): Seorang lelaki cuba menyembunyikan kesalahannya ketika mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan pada kerongkongnya.

Dia enggan memberitahu doktor yang dia menelan garpu sebelum itu.

Ujian X-ray yang dijalankan ke atas Radu Calincescu, 25, menunjukkan objek berkenaan tersekat di tekaknya

Radu menelan garpu berkenaan kerana bertaruh dengan rakannya bagi membuktikan kekuatannya, lapor Daily Mail.

“Saya mabuk ketika itu dan bertaruh dengan rakan yang saya mampu menelan garpu itu tanpa tercedera.

Saya memasukkannya ke dalam mulut dan dapat menelannya.

“Kini saya sedar ia tindakan yang amat bodoh.

Saya rasa, buat sementara waktu, saya tidak akan bertaruh lagi,” katanya.

Bengang dengan kenyataan itu, doktor memberitahu Radu mereka “tidak ada masa” untuk mengeluarkan garpu berkenaan.

-Metro

Friday, 28 March 2014

Buaya terkam, baham kamera


HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.

Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.

"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.

Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut.

- Agensi/Kosmo

Sadis : Bunuh harimau untuk hibur si kaya


Beijing: Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China.

Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily.

Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka.

Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati.

Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting.

Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo.

Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang.

“Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam.

- Agensi/Metro

Wednesday, 26 March 2014

Warkah buat tersayang


Kuala Lumpur: “Saya akan beritahu Iman dia kehilangan bapanya dan Muhammad akan menjadi kekuatan saya untuk meneruskan hidup.

“Ingat tak saya beritahu awak, saya ingin menjadi ketua bidadari di syurga? Saya cemburu awak sudah berada di sana (syurga) tapi saya akan bersama awak satu hari nanti.” Demikian luahan Intan Maizura Othaman, isteri kepada Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, seorang daripada anak kapal pesawat penerbangan MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi, kelmarin.

Warkah buat Rain itu tajuk luahan Intan Maizura dengan menjadikan media sosial Facebook, Twitter dan Instagram sebagai tempat berkongsi perasaannya.

Menerusi akaun media sosial itu, Intan Maizura mendedahkan dia bakal melahirkan anak kedua bulan depan berjanji kepada suaminya yang dipanggil Rain, dia akan menjaga anak mereka serta memberitahu anak sulung bapanya sudah tiada.

Walaupun akaun media sosial itu diletakkan pada ketetapan peribadi, namun ia dikongsi ramai pengguna lain sejak semalam.

Dalam catatannya, Intan Maizura berkata, dia perlu menjadi lebih tabah untuk menghadapi realiti itu selepas kehilangan suami dalam tragedi mengejutkan.

Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, 33, yang bertugas sebagai pramugara ialah seorang daripada 12 anak kapal bersama 227 penumpang MH370 yang disahkan hilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media khas malam kelmarin.

“Saya perlu jadi wanita bionik untuk menghadapi realiti ini,” kata Intan Maizura.

Dalam catatan itu juga, Intan Maizura berkata, sejak hari pertama kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu, dia sudah menjangka suaminya berada di ‘syurga’ namun masih berfikiran positif dan mengharapkan Rain pulang suatu hari nanti.

Bagaimanapun, selepas mendapat berita mengejutkan itu, dia reda.

“Saya reda dengan pemergian awak...Apa yang berlaku itu terlalu misteri.

Tapi siapalah saya untuk mempersoalkan (ketetapan) Allah yang Maha Berkuasa,” katanya.

-Metro

Diharam guna telefon bimbit lepas 9 malam


Tokyo: Kanak-kanak di sebuah bandar di Jepun dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam dalam usaha menangani masalah pembulian siber.

Jurucakap lembaga pendidikan Kariya berkata, bermula April ini, 13,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 15 tahun di bandar itu akan terikat dengan peraturan baru itu.

Usaha ini diharapkan mampu menghalang golongan itu terjebak dalam kes pembulian siber, menghabiskan masa bertukar-tukar emel menggunakan telefon bimbit selain mengekang kesan negatif lain akibat penggunaan berlebihan aksesori itu.

Inisiatif itu hasil usaha polis, pekerja sosial dan guru. Bagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum jika anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Ibu bapa bagaimanapun diminta mengambil semua telefon bimbit selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka dalam kempen yang membabitkan 21 sekolah itu.

Beberapa minggu lalu, kerajaan mendedahkan statistik menunjukkan penggunaan tinggi telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun.

Mengikut statistik itu, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menghabiskan masa online 107.4 minit secara purata sehari menggunakan telefon bimbit.

Cadangan mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun pertama kali dibuat pada 2008 berikutan masalah pembulian siber kini dihadapi kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia.

- Agensi/Metro

Tuesday, 25 March 2014

Dua bayi dibunuh ibu sendiri


Kajang: Dua bayi luar nikah maut di tangan ibu masing-masing dengan secara kejam apabila dirodok dan dikelar di leher dengan menggunakan gunting dalam dua kejadian berasingan di sini.

Sumber polis berkata, dalam kejadian pertama, suspek seorang wanita warga Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Baru, Bukit Kajang, di sini.

Menurutnya, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai melahirkan bayi luar nikah di dalam tandas di rumah majikannya sebelum menikam leher bayi itu menggunakan gunting menyebabkan mangsa mati serta-merta.

“Suspek kemudian memasukkan mayat bayi lelaki itu ke dalam bungkusan plastik sebelum menyembunyikannya di dalam bilik tidur,” katanya.

Difahamkan gunting yang digunakan suspek milik majikannya yang dipinjam sebelum pembunuhan dilakukan.

-Metro

Friday, 21 March 2014

Buaya betina mati mengawan


The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.”

Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan .

Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya.

“Buaya betina dilihat menerima saja perlakuan itu tetapi akhirnya dia tidak boleh benafas dan mati dengan kesan gigitan di seluruh badannya, terutama di bahagian leher,” katanya.

Dianggarkan, ketika ini hanya ada kira-kira 2,500 ekor spesis False Gavial yang masih hidup di seluruh dunia.

Habitat asal buaya berkenaan adalah di Malaysia, selatan Myanmar, Borneo, Jawa dan Sumatera. Zoo berkenaan sudah lama mempunyai buaya jantan dan betina dari spesis itu namun ia tidak pernah mengawan.

Justeru, kata jurucakap zoo berkenaan, mereka mengambil langkah memperkenalkan buaya jantan itu kepada seekor buaya betina untuk tujuan pembiakan.

“Kami tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi,” katanya dalam satu kenyataan. Secara semula jadi, buaya false gavial jantan boleh mengawan dengan beberapa buaya betina dalam masa yang sama. Hanya 10 zoo di eropah mempunyai buaya dari spesis itu.

- AFP/Metro

Daim jawab tuduhan Anwar


KUALA LUMPUR 20 Mac - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berminat untuk melayan tohmahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya kerana segala tuduhan itu jelas beliau, cuma memperlihatkan kejahilan Ketua Pembangkang tersebut dalam aspek perbankan.

Berikut adalah kenyataan penuh Daim:

Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Mac tentang tohmahan Anwar terhadap saya.

Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan 'Kajang Move' dan ketandusan bahan untuk berceramah.

Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: "Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."

Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.

Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?

Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Selain itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada akta 'Money Laundering Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and proper person'.

Lebih-lebih lagi jika ingin membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut tahu mengenai perkara ini.

Tohmahan-tohmahan itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.

Sekiranya ini adalah salah satu bahan gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang penghibur sudah tercapai.

-mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Thursday, 20 March 2014

‘Saya ada bom dalam dubur’


Beijing: Seorang penumpang yang ‘mengejar masa’ di lapangan terbang antarabangsa di sini ditahan selama lima hari selepas dia memberitahu pegawai dia mempunyai bom di di dalam duburnya.

Lelaki itu merungut apabila pemeriksaan keselamatan yang dijalankan ke atasnya memakan masa yang lama sebelum berkata: “Nak saya buka seluar juga? Saya ada bom dalam dubur saya.” Seorang pegawai keselamatan meminta lelaki itu mengulangi apa yang dikatakannya dan apabila dia melakukan demikian, semua yang berada di situ cemas. Ia mungkin menggelikan hati, tetapi dengan situasi pesawat Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum ditemui hingga ke hari ini, perbuatan lelaki terbabit dianggap serius.

Perbuatannya itu mencetuskan kekecohan apabila orang ramai diminta mengosongkan kawasan berkenaan dan menyebabkan dia ditahan di pusat tahanan lapangan terbang berkenaan. Pemeriksaan teliti dijalankan ke atasnya sebelum pihak berkuasa mengesahkan dia bukan pengganas tetapi penumpang yang “cerewet” Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memberitahu dia marah kerana menganggap pemeriksaan keselamatan hanya membuang masa dan tidak menyangka perbuatannya boleh mencetuskan kekecohan.

- Agensi/Metro

Daripada maksiat kepada ketaatan


SETIAP insan baik seorang agamawan, tokoh masyarakat, bangsawan, ahli korporat atau masyarakat awam tentu tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Hanya Rasulullah SAW yang maksum iaitu bebas dari melakukan sebarang dosa.

Dunia ini menjadi tempat buat kita semua untuk diuji keimanan dan ketaatan kita kepada Allah SWT. Di dalam ujian itu, sudah tentu ada yang rebah dan leka, terlupa pada tujuan dan matlamat asal diciptakannya ke dunia.

Begitu pun, Allah SWT tidak pernah mengabaikan hamba-hambanya yang tersasar dari jalan yang lurus. Sentiasa ada waktu dan kesempatan yang diberikan buat hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada petunjuk-Nya. Peluang itu dinamakan sebagai taubat.

Itulah seluas-luas pintu keampunan yang diberikan kepada Allah buat seluruh hamba-Nya. Menurut Ibnu Manzur, taubat bermaksud kembali daripada maksiat kepada ketaatan.

Taubat paling sempurna ialah taubat nasuha. Ia adalah taubat yang sebenar-benarnya sebagaimana firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. (al-Tahrim: 8). Ibnu Kathir ketika menafsirkan ayat ini di dalam tafsirnya menyebutkan: "Maksud ayat ini ialah taubat yang sebenar dengan penuh tekad, yang dapat menghapuskan pelbagai keburukan yang pernah dilakukan sebelumnya dan menahan diri daripada melakukan pelbagai perbuatan yang keji." (Tafsir Ibnu Kathir 8/168)

Imam An-Nawawi dalam kitabnya Riadh As-Solihin menyebutkan bahawa taubat daripada dosa-dosa wajib dilakukan. Dosa pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu dosa terhadap Allah dan dosa terhadap sesama manusia.

Antara syarat taubat daripada dosa terhadap Allah ialah dengan cara berhenti melakukan dosa tersebut, menyesali perbuatan dosa tersebut dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.

Sementara jika dosa terhadap manusia, maka ia perlu ditambah dengan menyelesaikan terhadap orang yang berkaitan dengan dosanya. Jika barang dicuri hendaklah dipulangkan, jika mencaci-maki haruslah meminta maaf dan begitulah seterusnya.

Kita semua tidak terlepas daripada melakukan salah dan dosa. Maka disebabkan itu seharusnya kita sentiasa muhasabah diri, dan memohon ampun kepada Allah SWT sebanyak yang mungkin.

Sikap melengah-lengahkan taubat dan memohon ampun kepada-Nya hanya akan membuatkan kita terus lalai dibuai dosa. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu bila kematian akan menjemputnya. Rasulullah SAW yang bebas daripada dosa turut meminta ampun kepada Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampun) dan bertaubat kepada-Nya lebih daripada 70 kali setiap hari. Dalam riwayat lain disebutkan sebanyak 100 kali. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR/Utusan

Wednesday, 19 March 2014

2 PERSOALAN BAHARU


Pesawat terus terbang dalam ruang udara semua negara guna Mod F

Kuala Lumpur: Persoalan baru kini timbul sama ada pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ada memasuki ruang udara India, beberapa jam selepas berpatah balik dari kawasan Igari, Laut China Selatan.

Menurut sumber perisikan, berdasarkan data isyarat radar, pesawat itu mungkin memasuki kawasan negara berkenaan selepas dikesan berada sekitar Pulau Perak di Selat Melaka oleh radar Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, selepas membuat ‘turn back’ dari Laut China Selatan.

-BH

Penjenayah siber eksploitasi kehilangan MH370


SINGAPURA - Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi mereka.

Sebuah firma keselamatan internet, TrendMicro semalam memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menekan pautan dikongsi di laman-laman sosial yang memaparkan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 tersebut.

Pusat kajian, perkhidmatan dan sokongan rangkaian global milik firma itu mengesan beberapa fail pengaturcaraan komputer yang menyamar sebagai satu klip video yang membolehkan penjenayah siber mengumpul data pengguna.

"Kehilangan misteri pesawat ini menarik perhatian dunia dan hanya menunggu masa untuk penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap peristiwa ini,'' kata pakar TrendMicro, Paul Oliveria.

Katanya, penjenayah siber akan menggunakan tajuk pada pautan di laman sosial Facebook seperti: "Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai" untuk mengumpan pengguna menekan pautan berkenaan.

"Apabila pautan itu ditekan pengguna dibawa ke laman palsu dan mereka diminta untuk menekan satu lagi fail bagi memainkan video berkenaan sebelum fail tersebut dikongsi kepada akaun Facebook milik rakan mangsa.

"Pengguna juga diminta mengesahkan umur mereka dengan membuat satu ujian yang sebenarnya satu helah untuk mendapatkan data peribadi pengguna internet,'' katanya.

Penjenayah siber sebelum ini pernah mengeksploitasi beberapa tragedi seperti kejadian Taufan Haiyan di Filipina pada tahun lalu dan serangan bom di acara maraton di Boston, Amerika Syarikat untuk mengumpan mangsa melayari laman web palsu.

- AFP/Kosmo

Tuesday, 18 March 2014

5 LANDASAN DALAM SIMULATOR DISIASAT

Lapangan terbang di Maldives, Diego Garcia, tiga di India dan Sri Lanka ditemui

Kuala Lumpur: Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.”

-BH

MH370 terlibat komplot rahsia?


NEW YORK 17 Mac - Sebuah laman web terkenal di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kemungkinan pesawat MH370 terlibat dalam satu komplot rahsia seperti yang pernah berlaku pada sebuah lagi pesawat Boeing pada tahun lalu membabitkan dua penyeludup dadah antarabangsa menggunakan laluan di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Mali dan mendarat di Papua New Guinea (PNG) untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu atas motif yang tidak diketahui.

Laman web Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat MH370 dipercayai terlibat dalam komplot yang hampir serupa dengan meniru taktik dua penyeludup dadah kelahiran Vietnam, Vu Anh Quan Saken dan adiknya, Charles Henry Quan itu, yang menggunakan lapangan terbang terpencil seperti di Maldives atau PNG bagi mengelakkan dikesan kerana kawalan trafik udara di kedua-dua negara itu didakwa tidak ketat.

Pesawat MH370 didakwa mungkin menjadikan PNG sebagai tempat untuk mengisi minyak memandangkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Port Moresby hanya memakan masa lima jam.

Laman web popular yang membincangkan teori-teori misteri itu melaporkan dalam kejadian pada tahun lalu itu, ia membabitkan pesawat Boeing 737 melakukan penerbangan atau pendaratan tanpa dikesan menunjukkan kelemahan serius koordinasi antara agensi penerbangan untuk berkongsi maklumat.

Dalam kejadian pada 17 Januari 2013 itu, Beforeitsnews.com melaporkan, pesawat berkenaan berlepas dari Britain menuju ke Mali untuk mengambil dua penyeludup dadah terbabit yang juga dikenali sebagai Saken Brothers yang mendapat kerakyatan Vanuatu, sebelum menuju ke PNG.

Menurut laporan itu, pesawat berkenaan dalam perjalanannya ke PNG telah singgah di Maldives atas alasan untuk mengisi minyak, menggunakan ruang udara di Lautan Hindi, lokasi di mana MH370 dilaporkan kemungkinan hilang.

Tambah laporan itu, pesawat yang turut dinaiki tiga bekas askar Britain yang menjadi pengawal peribadi kepada Saken Brothers itu, mendarat di Port Moresby tanpa memaklumkan kepada menara kawalan, sekali gus menunjukkan potensi MH370 melakukan tindakan sama ada untuk mengisi minyak di situ.

"Kumpulan penyeludup dadah itu menggunakan laluan di bahagian selatan Lautan Hindi melalui Maldives bagi menjarakkan pesawat beribu-ribu kilometer dari kawasan darat terdekat bagi mengelakkan pesawat Boeing 737 yang dinaiki mereka (penyeludup dadah itu) dikesan," jelas laporan itu.

Maldives, merupakan negara yang mempunyai 1,190 pulau di Lautan Hindi, terletak di barat daya Sri Lanka dan India, serta memakan masa perjalanan selama lima jam dari Kuala Lumpur.

Bagaimanapun insiden ‘kehilangan' pesawat Boeing 737 pada 17 Januari 2013 itu tidak dihebohkan media seperti yang berlaku kepada MH370 kerana kes tersebut melibatkan dua penyeludup dadah terkenal mengadakan satu pertemuan dengan beberapa pegawai AS dan Vanuatu di PNG atas motif yang tidak diketahui.

Menurut Beforeitsnews.com, semua suspek yang terlibat hanya didakwa atas kesalahan men­da­rat secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa lapangan terbang selepas barangan seludup tidak ditemukan dan dipercayai disorok oleh Saken Brothers di Maldives ketika pesawat itu mengisi minyak.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa PNG dan pihak kastam hanya mengetahui tentang kegiatan penyeludupan dadah oleh Saken Brothers pada 25 Januari tahun yang sama selepas dimaklumkan oleh Pusat Penyelarasan Membanteras Jenayah Pasifik dan Interpol, sekali gus menunjukkan kelemahan saluran maklumat pihak berkuasa negara itu.

"Apa yang lebih menarik adalah pihak Kedutaan Vanuatu di Brussels dan PNG saling berhubung untuk memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk berlepas, namun tiada pihak memaklumkan tentang kehadiran pesawat itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang PNG," jelas laman web tersebut.

-Utusan

Monday, 17 March 2014

Wanita potong kemaluan lelaki dipenjara 7 tahun


Hong Kong: Wanita yang didakwa memotong kemaluan teman lelakinya hingga putus dan membunuhnya menggunakan tukul dua tahun lalu dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kelmarin selepas di dapati bersalah menyebabkan kematian.

Pihak juri sebulat suara membuat keputusan itu selepas perbicaraan berlangsung selama empat setengah jam.

Hakim mahkamah berkata, Yeung dilihat benar-benar menyesal dengan perbuatannya melalui pengakuan yang dibuat.

Sehari selepas kejadian itu berlaku, dia dikatakan memberitahu seorang pekerja kebajikan: “Saya memotong kemaluannya. Ia perbuatan kejam tetapi saya tidak berniat melakukannya.”

Yueng Ki dikatakan bertindak demikian selepas teman lelakinya, Zhou Hui merogolnya dan memukul anak perempuannya.

Perkara itu terjadi apabila Yueng enggan memberikan HK$200,000 (RM 84,449) kepada Zhou untuk membeli kereta.

Berang dengan tindakan itu, Zhou mengugut menyebarkan gambar bogel Yueng di Internet sebelum memukul dan merogolnya.

- Agensi/Metro

Empat hari dalam keranda


Shanghai: Seorang lelaki berusia 50 tahun bernasib baik kerana masih hidup selepas terperangkap dalam keranda di sebuah tanah perkuburan awam selama empat hari.

Lelaki berkenaan berkata, dia terpaksa minum air kencingnya sendiri untuk mengelak daripada mati.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Chien diselamatkan Khamis lalu apabila satu pasangan yang melawat tanah perkuburan awam Pifeng di daerah Nantao itu terdengar jeritan meminta tolong dari keranda berhampiran.

Polis dan bomba dikejarkan ke tempat kejadian untuk membuka keranda itu dan mendapati lelaki terbabit di dalamnya dengan pakaian berlumpur.

Chien memberi kenyataan yang mengelirukan kepada polis mengenai bagaimana dia boleh terperangkap dalam keranda itu. Pada mulanya dia berkata kawannya meletakkan dia di situ tetapi selepas itu memberitahu dia terjatuh ke dalamnya kerana mabuk.

Dia gagal menerangkan bagaimana keranda itu boleh tertutup.

Chien memberitahu dia ketakutan apabila tersedar.

Dia cuba untuk meminta bantuan dan membuka penutup keranda itu tetapi tidak berjaya.

Dia mengalami dehidrasi selepas sekian lama berada di dalam keranda berkenaan tetapi bernasib baik kerana dapat menggunakan beg plastik yang ditemui dalam poketnya bagi diisi air kencingnya untuk diminum.

Chien berada di dalam keranda itu selama empat hari tanpa boleh menggerakkan badannya dan merasakan dia akan mati sebelum sempat diselamatkan.

Namun keajaiban terjadi apabila hujan ribut yang berlaku mengalirkan air melalui celah keranda membolehkan dia minum. Apabila mendengar suara orang berhampiran Khamis lalu, dia menjerit sekuat hati dan yakin dia akan diselamatkan selepas mendengar bunyi tapak kaki menuju dan anjing menyalak ke arahnya.

Doktor berkata Chien kini berada dalam keadaan stabil.

- Agensi/Metro

Friday, 14 March 2014

Mayat wanita terbelah dua


Melbourne: Mayat seorang wanita yang terbelah dua ditemui di dua tingkat tempat letak kereta sebuah hotel di Australia semalam.

Polis dipanggil ke Bayview On The Park Hotel di Melbourne selepas pekerja pembersihan menemui bahagian bawah badan mayat wanita berkenaan di tingkat bawah tempat letak kenderaan pada jam 5 pagi semalam.

Bahagian atas badan mayat wanita berkenaan kemudiannya ditemui di tingkat satu tempat letak kereta itu.

“Saya terkedu ketika menemui mayat itu. Saya dan kebanyakan kakitangan menggigil. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti itu,” kata pengurus hotel itu, Mathew D'Rozario

Mathew berkata mayat wanita itu kelihatan seperti berumur antara 25 hingga 30 tahun dan mempunyai “penampilan Asia”.

Polis yang tiba kira-kira jam 6.30 pagi menutup kawasan itu bagi menjalankan siasatan.

Jurucakap polis Victoria berkata, tiada keadaan yang mencurigakan mengenai kematian wanita itu.

- Agensi/Metro

Thursday, 13 March 2014

Pakar cetus teori lubang hitam

Imej dari Digitized Sky Survey menunjukkan lubang hitam, Cygnus X-1 terletak berdekatan kawasan aktif pembentukan bintang dalam galaksi Bima Sakti yang menjangkau sehingga 700 tahun cahaya. - AGENSI

LONDON 12 Mac - Pakar-pakar kejuruteraan penerbangan dari seluruh dunia mengetengahkan pelbagai teori berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari kelima hari ini, termasuk teori yang tidak masuk akal tentang kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu berada di ‘lubang hitam’ dan menjadi mangsa perang elektronik.

Pakar kejuruteraan penerbangan dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain, Stewart John berkata, pesawat terbabit mungkin memasuki ‘lubang hitam’ seperti lubang hitam di angkasa lepas dan hilang disedut tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, kemungkinan perkara itu berlaku boleh ditolak begitu sahaja kerana lubang hitam itu hanya terdapat di angkasa lepas.

Namun, beberapa teori luar biasa lain turut dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 itu termasuk fenomena ghaib iaitu lenyap tanpa diketahui manusia dengan penggunaan teknologi canggih.

Portal berita Naturalnews.com melaporkan secara teorinya, kemungkinan wujud satu kuasa ghaib baharu yang misteri di planet bumi seperti lubang hitam di angkasa lepas sehingga mampu menyedut pesawat yang terbang di udara tanpa meninggalkan sebarang kesan atau bukti.

Apa yang lebih membimbangkan, jika kuasa itu dibangunkan sebagai senjata oleh sesebuah negara atau pihak tertentu yang mempunyai teknologi canggih, ia akan menjadi teori yang menakutkan berbanding teori kegagalan teknikal pesawat MH370.

Ada laporan menyebut sesetengah entiti tentera manusia atau bukan manusia sedang menguji keupayaan teknologi canggih yang boleh melenyapkan atau menghantar sesuatu objek ke tempat atau dimensi lain.

Teori ini dikaitkan dengan laporan yang berlaku kira-kira 70 tahun lalu apabila tentera laut AS didakwa menjalankan ujian ‘menghilangkan’ kapal pemusnah USS Eldridge di pangkalan Philadelphia pada 28 Oktober 1943 dan kemudian membawa kapal perang itu semula ke alam nyata. Namun, AS menafikan ia pernah menjalankan ujian tersebut.

Kejadian ini sama seperti kejadian di Segi Tiga Bermuda yang melibatkan kehilangan beberapa kapal dan pesawat tanpa dapat dikesan dan dapat dijelaskan dengan kajian saintifik.

Satu lagi teori yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 ialah teori teleportasi yang mengaitkan dengan Stargate yang memindahkan atau membawa sesuatu objek ke tempat lain dan dalam konteks ini pesawat MH370 menjadi mangsa fenomena ini. Penjelasan ini kelihatan seperti sains fiksyen dan mustahil boleh berlaku tetapi kita perlu menyedari dalam era sains fizik moden pernah menunjukkan ia boleh dilakukan melibatkan pengahantaran maklumat menerusi angkasa lepas.

Dalam konteks kehilangan pesawat MH370, jika pesawat itu dilaporkan terhempas, kotak hitam sepatutnya dari awal telah menghantar isyarat kecemasan bagi memudahkan ia dikesan, tetapi dalam kes kehilangan MH370 keadaan ini tidak berlaku.

Selepas lima hari, masih belum ada sebarang isyarat diterima daripada kotak hitam MH370.

-Utusan

Wednesday, 12 March 2014

MH370: Lebih setengah juta orang teliti imej satelit


NEW YORK 12 Mac - Kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc. dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines. DigitalGlobe Inc. berkata, pengguna laman web syarikat itu boleh menanda imej-imej tersebut jika mereka dapat melihat bangkai, bot penyelamat, tompokan minyak atau petunjuk lain. Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://www.tomnod.com. - Agensi

Tuesday, 11 March 2014

Tercekik mata kail


Taipei: Seorang wanita warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tercekik mata kail yang terdapat dalam ikan yang ditangkap cucunya.

Wanita itu dilaporkan menjadikan ikan yang ditangkap cucunya itu juadah makan malam mereka.

Ketika makan, dia mula merasakan kesakitan yang amat sangat pada tekaknya lalu dikejarkan ke hospital.

Selepas pemeriksaan, doktor menemui mata kail dan tangsi sepanjang 13 sentimeter yang masih terikat pada mata kail berkenaan tersekat pada kerongkong wanita itu.

Doktor berkata prosedur mengeluarkan “juadah” berkenaan mengambil masa selama 10 minit.

- Agensi/Metro

Ular patuk payudara


Fife (Scotland): Seorang wanita terkejut besar apabila mendapati seekor ular mematuk payudaranya ketika baru bangun tidur. Caroline Griffin, 49 berkata dia dipatuk ketika cuba menghalau reptilia berkenaan dari katilnya “Saya bimbang ular itu berbisa dan saya mungkin mati,” katanya. Ibu empat anak itu mendapati ular sepanjang 1.2 meter dari jenis California kingsnake berada di dadanya sebaik menurunkan selimut. “Pada mulanya saya menyangka anak saya mahu mengenakan saya, tetapi saya mula ketakutan apabila melihat reptilia itu bergerak. “Saya menjerit sekuat hati dan ular itu terus mematuk payudara saya,” katanya.

- AFP/Metro

Monday, 10 March 2014

Isteri celupar mati di tangan suami


Kaherah: Seorang lelaki dihukum penjara 15 tahun selepas mahkamah mendapati dia bersalah membunuh isterinya, lapor media semalam.

Dalam keterangannya, lelaki terbabit berkata, dia terlalu berang dan terlanjur membunuh wanita terbabit kerana sering dituduh mandul.

“Tuduhan itu keterlaluan,” katanya.

Bagaimanapun, media tidak menjelaskan bagaimana lelaki terbabit membunuh isterinya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja membunuh bapanya ketika mereka meraikan detik gembira bersama.

Media melaporkan, pengantin lelaki melepaskan tembakan ke udara selepas disahkan menjadi suami.

Dia juga memanggil bapanya untuk menari bersama sambil tembakan dilepaskan.

Saksi berkata, mangsa tiba-tiba jatuh berlumuran darah.

Amalan melepaskan tembakan ke udara dalam upacara keraian adalah budaya di kebanyakan negara Arab.

- Agensi/Metro

Sunday, 9 March 2014

Pesara miang terlanggan kekasih anak


Rome: Seorang lelaki berusia 70 tahun bernasib baik kerana tidak mengalami serangan jantung selepas mendapat tahu seorang wanita yang dilanggannya sebagai pelacur adalah teman wanita anaknya. Pesara terbabit begitu teruja menunggu kedatangan pelacur yang ditempah ke rumahnya. Namun, warga emas berkenaan terkejut apabila mendapati pelacur yang masuk melalui pintu rumah mewahnya itu ialah wanita yang memang dikenalinya. Sumber berkata, lelaki terbabit menempah pelacur berkenaan dari bandar berhampiran Treviso. Sebelum itu, pelacur terbabit mendakwa kepada anak pesara terbabit bahawa dia bekerja sebagai pelayan kedai makan. Pertemuan “luar biasa” itu mencetuskan pertengkaran antara mereka dan akan didedahkan dalam perbicaraan di mahkamah minggu ini. - Agensi

Budak jadi makanan anjing


Nairobi: Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan. Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing. Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan. Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu. Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka. Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing. Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri. Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi. Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati. Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan. Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar. Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka. Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya. - Agensi

Friday, 7 March 2014

Murid tahun 3 hisap ganja


Sonora: Polis di bandar di tengah California ini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana tiga murid tahun tiga yang ditangkap menghisap ganja memperoleh dadah itu.

Ketua polis Sonora, Mark Stinson berkata, murid berusia lapan dan sembilan tahun itu ditangkap menghisap ganja oleh seorang murid lain di Sekolah Rendah Sonora minggu lalu.

Superintenden Leigh Shampain memberitahu KPIX-TV, murid itu menghisap dadah itu dalam tandas sekolah.

Murid yang melihat perbuatan mereka memberitahu kakitangan sekolah yang kemudiannya menghubungi polis.

Mereka diikat jamin oleh ibu bapa masing-masing.

Mark berkata, pihaknya kini berusaha untuk mengenal pasti kemungkinan ada orang yang membekal dadah itu kepada murid terbabit.

- AP/Metro

Jual janggut RM2.9j


Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).

Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.

“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.

“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.

Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.

Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.

Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.

Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual.

- AFP/Metro

Thursday, 6 March 2014

Fahami kalimah Allah


PENYELESAIAN kepada isu kalimah Allah dapat dicapai secara baik sekiranya semua pihak terbabit memahami, menghormati dan mematuhi perlembagaan negara berkaitan Islam dan agama lain.

Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan panduan berkenaan perkara ini yang memberi hak sewajarnya kepada semua pihak.

Isu penggunaan perkataan Allah kembali hangat selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan penggunaan perkataan itu dalam penerbitan akhbar The Herald edisi Bahasa Melayu pada akhir tahun lepas.

Letusan pendapat dan emosi penganut agama Islam dan Kristian yang berleluasa melalui portal berita dalam talian dan media sosial akhirnya membawa kepada berlakunya beberapa siri demonstrasi oleh pelbagai pihak.

Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan erat rakyat berbilang agama yang telah hidup aman dan saling bertolak ansur yang telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi.

Sungguhpun masih terdapat beberapa pihak yang berusaha membawa hal ini untuk didebatkan, ternyata majoriti rakyat Malaysia tidak mudah termakan dengan umpan beracun ini.

Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata orang awam berbilang agama berpendapat isu ini telah dimanupulasi oleh pihak berkepentingan, dengan niat buruk untuk menghancurkan negara.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menjelaskan bahawa kegusaran dalam kalangan anggota masyarakat boleh dielakkan jika masing-masing memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tiang asas pembentukan negara ini.

Perkara 3, perkara 11

Hanya ada dua fasal dalam perlembagaan negara yang menyentuh secara jelas mengenai kedudukan agama Islam iaitu dalam Perkara 3 dan Perkara 11.

Kedua-dua perkara ini sering dijadikan asas dan kayu ukur perbahasan yang membabitkan isu berkaitan kebebasan beragama di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara 3 menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, manakala Perkara 11 menyentuh larangan menyebarkan dakwah ajaran selain Islam kepada umat Islam.

“Mula-mula kita harus faham bahawa istilah ‘agama rasmi persekutuan’ bermaksud Islam adalah agama rasmi semua negeri di Malaysia, kecuali Sarawak kerana ia tidak dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sarawak. Ia hanyalah satu konsep di peringkat persekutuan, tetapi tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap perlaksanaan dan penguatkuasaan agama Islam di negeri-negeri.

“Ketua agama setiap negeri adalah raja-raja. Yang di-Pertuan Agong bukanlah ketua agama Islam negara tetapi baginda bertindak sebagai ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan) dan beberapa negeri lain yang tidak mempunyai raja," jelas Azam.

Meskipun Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, Perkara 3 turut menjelaskan bahawa agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Beliau kemudian menyambung penjelasan mengenai Perkara 11 yang menyatakan tiap-tiap individu di negara ini berhak menganuti dan mengamalkannya, tetapi tidak dibenar mengembangkan ajaran mereka kepada orang beragama Islam.

“Anda boleh sebarkan ajaran agama anda kepada sesiapa pun. Tetapi dalam kurungan empat (4) perkara ini, undang-undang negeri dan persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam," jelas beliau.

Di sinilah selalu berlakunya kekeliruan. Pengertian ‘mengembangkan ajaran’ kepada orang Islam amat mudah disalah erti, jika tiada pengetahuan yang mendalam daripada aspek undang-undang mengenainya.

Penjelasan mengenai Perkara 3 dan Perkara 11 di atas menunjukkan bahawa secara umum, tiada larangan terhadap penggunaan mana-mana perkataan yang boleh dikaitkan dengan identiti Islam.

“Jika ia mahu digunakan secara tertutup, tidak melibatkan individu beragama Islam, tiada masalah.

“Ambil contoh, jika paderi Andrew mahu menggunakan ayat “Musim ini musim haji, orang Islam pergi ke Makkah mengelilingi Kaabah sebagai tanda ibadah mereka kepada Allah" dalam ceramahnya kepada pengikutnya di gereja, itu tidak menyalahi undang-undang," jelas Azam.

Untuk makluman, perkataan ‘haji’, ‘Mekah’, ‘ibadah’ dan ‘Kaabah’ adalah antara perkataan lain selain ‘Allah’ yang dilarang penggunaannya oleh masyarakat bukan Islam menurut Enakmen 1988 Negeri Selangor.

Enakmen itu turut menguatkan lagi Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan orang bukan Islam mengembangkan ajarannya kepada orang Islam.

“Istilah ‘mengembangkan ajaran’ boleh diertikan dengan cara pujuk rayu, paksaan atau memberi sebarang pemberian berkenaan agama (bukan Islam) tentang agamanya kepada orang Islam," kata Azam.

Ini termasuklah aktiviti mengedarkan naskah Al-Kitab kepada orang Islam dan buku-buku dan komik-komik yang mengajarkan tentang konsep trinity kepada pelajar sekolah beragama Islam.

Beliau turut menjelaskan hal di mana orang bukan Islam perlu menggunakan istilah ‘Allah’ dalam keadaan tertentu, contohnya, pelajar sekolah menyanyikan lagu negeri yang terdapat perkataan Allah dalam liriknya.

“Contohnya, lirik ’... Allah lanjutkan usia Tuanku...’ dalam lagu negeri Selangor. Itu tidak salah jika dinyanyikan orang bukan Islam kerana ia bukan satu bentuk dakwah." Tegas Azam, walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa undang-undang berkaitan agama Islam tidak tertakluk ke atas orang bukan Islam, Enakmen 1988 ada satu ciri istimewa iaitu ia diwartakan sebagai undang-undang sivil negeri Selangor.

“Jika ada pihak yang langgar peraturan ini, mereka boleh didakwa di mahkamah," kata beliau.

Allah - Bolehkah?

Perbalahan paling hangat mengenai penggunaan perkataan Allah. Berlandaskan hujah-hujah yang telah dinyatakan Azam, jelas menunjukkan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya jika menepati syarat.

Penggunaan perkataan ’Allah’ dalam kalangan penganut Kristian tidak pernah menimbulkan masalah sehinggalah sejak akhir-akhir ini kerana penggunaannya yang tidak terkawal.

“Menggunakan perkataan ’Allah’ itu sendiri adalah satu bentuk ‘prima facie’(bukti awal) bahawa terdapat niat untuk mengembangkan ajaran itu.

Menterjemah perkataan ‘god’ kepada ’Allah’ itu sendiri mengelirukan umat Islam kepada kepercayaan bahawa Allah orang Islam dan Allah orang Kristian itu sama," jelas Azam.

Azam kemudian menjelaskan, Allah bagi orang Islam ialah hanya satu, Allah yang Maha Esa tetapi bagi orang Kristian, konsep Trinity dalam ketuhanan,tidak boleh diterjemah kepada perkataan Allah sebagaimana dianuti orang Islam.

“Perlu kita sedar bahawa kes yang dibicarakan di mahkamah, yang menjadi isu hangat hari ini sedikit pun tidak menyentuh tentang penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab, tetapi hanyalah penggunaannya dalam penerbitan majalah The Herald edisi Bahasa Melayu sahaja.

“Isu penggunaan perkataan Allah dalam Al-Kitab masih belum pernah dibawa ke mahkamah hingga ke hari ini," ujar beliau.

“Hari ini, kita bercakaran sesama kita angkara situasi ini, sehingga saudara kita di Sabah dan Sarawak juga terasa hati," ujar Azam yang kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba ‘menangguk di air keruh’.

“Mari kita tunjukkan perbalahan Islam dan Kristian adalah sia-sia dan kita tidak mudah diperalatkan demi kepentingan politik sempit mereka," seru beliau tanpa merujuk kepada mana-mana pihak secara terbuka.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk menterbalikkan situasi ini daripada perbalahan menjadi ruang perbincangan yang luas, demi menggalakkan kefahaman sesama warga Malaysia.

“Ini adalah peluang terbaik untuk umat Islam berdakwah, menjelaskan perbezaan fahaman tentang konsep ketuhanan yang satu berbanding konsep ’trinity’. Belajarlah daripada pendakwah Islam ternama," katanya.

Azam turut menasihatkan penganut Kristian bahawa sekali pun ada perbuatan mereka yang tidak salah daripada segi undang-undang, agar tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang menyakitkan hati orang Islam kerana ia boleh menambahkan ketegangan yang sedang berlaku.

Nasihat beliau lagi, orang Islam pula jangan terlalu mudah menyalahkan orang bukan Islam, selagi mereka tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan yang melarang dakwah terhadap orang Islam.

- BERNAMA/Utusan

3 penumpang putus kepala

="lt

Moscow: Seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka, semalam. ="lt

Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian. ="lt

Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu. ="lt

Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus. ="lt

Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. ="lt

- Agensi/metro

Wednesday, 5 March 2014

Akhbar Indonesia : Dua WNI Tewas Ditembak Polisi Diraja Malaysia


REPUBLIKA.CO.ID,JAKARTA--Dua warga negara Indonesia ditembak mati oleh polisi Malaysia setelah mereka menyerang dan menewaskan polisi yang mencoba menahan tiga rekan wanita mereka dalam kejadian di Klang, Selangor.

Seorang polisi Malaysia tewas terkena sabetan golok dalam peristiwa tersebut. Insiden tersebut berawal ketika dua orang polisi patroli menghampiri lima orang WNI yang terdiri atas dua lelaki dan tiga perempuan di Taman Sentosa, Klang pada Selasa (4/3) pagi.

Kepala Polisi Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan seperti dikutip media lokal di Kuala Lumpur, Rabu, mengatakan kedua tersangka yang tewas tersebut menyerang dua anggota polisi yang menahan tiga rekan wanita mereka untuk pemeriksaan.

Polisi yang berhasil selamat, Kopral Aidil Mustafa (29) mengatakan ia bersama rekannya Kopral Raja Aizam Raja Mohid (53) berjumpa dengan lima tersangka saat berpatroli.

Namun ketika dihampiri, dua tersangka langsung menyerang mereka dan merampas pistol Kopral Aizam yang kemudian tewas disabet parang di kepalanya.

Aidil Mustafa selamat karena pistol yang diarahkan ke kepalanya oleh salah seorang tersangka tidak meletus.Kedua tersangka tewas setelah ditembak oleh Aidil Mustafa yang sempat bergumul dengan tersangka.

Sementara itu, Kepala Polisi Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memperingatkan masyarakat, terutama warga asing agar menunjukkan sikap kooperatif.

Ia menilai insiden tersebut sebagai tindakan keterlaluan oleh warga asing."Hal seperti ini tidak boleh dibiarkan. Saya beri peringatan keras pada semua pihak terutama warga asing yang menyerang anggota polisi yang tengah bertugas," katanya.

"Perbuatan ini melampau dan keterlaluan," katanya usai menjenguk Aidil Mustafa yang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR).

Tiga tersangka wanita yang melarikan diri berhasil ditahan bersama seorang lelaki tidak jauh dari lokasi kejadian ketika sedang bersembunyi.

Wakil Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan warga asing yang mencederakan penegak hukum yang tengah bertugas.

"Kita patut waspada setelah ini apabila berhadapan dengan warga asing karena mereka berani bersikap ganas hingga menyebabkan kematian anggota kita," katanya.

- Dari Akhbar Republika

Rezeki : Budak agih RM8,730 kepada rakan


Riyadh: Seorang bapa memberi anak lelakinya SR10,000 (RM8,730) kerana berkelakuan baik di sekolah namun budak itu terus mengagihkannya kepada rakan sekelas di sebuah sekolah di Dammam pada keesokannya.
Akhbar Sabq melaporkan murid kelas itu berebut mendapatkan wang itu sehingga seorang guru datang merampasnya.
“Guru itu sangsi melihat kejadian lalu menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang mengakui memberi anaknya wang berkenaan pada malam sebelumnya.
“Bapa murid itu meminta guru berkenaan menyimpan wang itu dan dia akan datang mengambilnya.
“Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka anaknya membawa wang berkenaan ke sekolah,” kata laporan itu.
- Agensi/Metro

Tuesday, 4 March 2014

Merempat di rumah anak sendiri


HASNAH terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan akibat penyakit asma yang teruk. - Gambar hiasan

KATA orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Mungkin itulah yang dirasai oleh Hasnah apabila dia kini terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di sebuah pusat jagaan warga tua di Selangor.

Dalam keadaan dirinya yang sudah uzur dan tidak bertenaga, dia sepatutnya mendapat layanan baik daripada anak-anak namun nasib yang menimpa wanita itu adalah sebaliknya.

Ibu kepada lima zuriat itu mengakui dia lebih senang hidup di rumah kebajikan daripada berada di bawah jagaan ahli keluarganya.

“Saya sudah patah hati untuk hidup dengan mereka. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah dengan apa yang mereka telah lakukan kepada saya,” ujarnya membuka bicara.

Mengimbau kembali peristiwa silam itu, Hasnah berkata, kehidupannya mula berubah selepas suaminya meninggal dunia akibat penyakit asma 12 tahun lepas.

“Sebaik sahaja suami meninggal, anak-anak mula berebut harta peninggalan arwah sehingga rumah pusaka di kampung turut digadai.

“Puas saya cuba halang tetapi mereka lebih pentingkan harta malah sanggup mengabaikan keperluan saya,” katanya yang terpaksa menumpang tidur di rumah anak secara bergilir-gilir.

Entah di mana silapnya, Hasnah turut diperlakukan seperti pembantu rumah oleh anak-anak kandungnya.

Kudrat tua wanita berusia 75 tahun itu terpaksa dikerah setiap hari dengan melakukan kerja-kerja rumah demi sesuap nasi.

“Saya tidak boleh duduk berehat. Kalau kain baju tidak bercuci, lauk tidak dimasak dan rumah tidak dikemas, anak serta menantu akan marah-marah. Sudahnya, saya ‘didenda’ dan terpaksa tidur dalam keadaan lapar,” ceritanya.

Meskipun demikian, Hasnah tidak berani bersuara dan tetap bersabar dengan perangai anak-anaknya kerana sedar dia hanya hidup menumpang.

Hari demi hari, tubuh wanita itu semakin kurus. Tahap kesihatannya juga semakin merosot.

Akibatnya, dia pernah terlantar di hospital selama beberapa hari akibat serangan asma.

Pilu

Namun, anak-anak tidak pernah datang melawat kononnya terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan rumah tangga.

Terbit rasa pilu di sudut hati Hasnah apabila diperlakukan sedemikian namun perasaan itu dibuang jauh-jauh kerana kasih dan sayang terhadap anak mengatasi segala-galanya.

Bertutur lanjut, Hasnah berkata, penyakit asma yang dihidap semakin teruk sehingga dia memerlukan alat bantuan pernafasan dan bekalan oksigen hampir sepanjang masa.

Kos pembelian mesin dan peralatan yang menelan belanja lebih RM70,000 itu membuatkan anak-anak menjadi runsing kerana terpaksa membayar kos berkenaan.

“Sungguh saya tak menyangka peristiwa itu menjadi titik permulaan mereka bergaduh adik-beradik dan bermasam muka,” katanya kesal.

Di sebalik sengketa serta salah faham, mereka akhirnya sepakat untuk membeli mesin serta peralatan tersebut bagi kegunaan Hasnah.

Bagaimanapun, timbul hal lain apabila kebergantungan wanita itu terhadap mesin oksigen menyebabkan bil elektrik melambung tinggi.

Hati ibu mana tidak terguris apabila anak sendiri begitu berkira mengenai bil elektrik yang mencecah ratusan ringgit sebulan.

Lebih menyedihkan, anaknya pernah mematikan suis bekalan oksigen itu ketika dia sedang tidur dengan alasan untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

“Pernah sekali saya terdengar pertengkaran antara anak dengan menantu sampaikan mereka mahu bercerai sebab tidak sanggup menjaga saya lagi.

“Jujur saya katakan, hati saya hancur luluh apabila mengenangkan kembali peristiwa itu,” tuturnya dalam nada sebak.

Sejak peristiwa itu, Hasnah tekad untuk membawa diri.

Selepas menerima rawatan terakhir di Hospital Sungai Buloh, Hasnah meminta pihak hospital menempatkannya di rumah kebajikan.

“Anak-anak tidak menghalang malah mereka menganggap bebanan yang ditanggung bagai sudah diangkat dari bahu mereka apabila saya membuat keputusan tersebut,” katanya.

Kini, Hasnah berasa lebih tenang walaupun terpaksa menumpang kasih di rumah kebajikan tersebut.

“Sekiranya arwah suami masih ada, mungkin nasib saya tidak seperti ini. Namun, saya bersyukur kerana layanan yang diterima jauh lebih baik daripada jagaan keluarga sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.

-Oleh NOR IDAYU BOSRO-Kosmo

Terkini: Seorang anggota polis maut diserang warga asing


KLANG - Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai warga asing, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di sini pukul 4.30 pagi tadi.

Dua anggota polis itu dipercayai diserang suspek berkenaan ketika mereka sedang membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa, di sini.

Seorang anggota polis berkenaan mati ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala seorang lagi masih menerima rawatan di hospital sama.

Kedua-dua suspek berjaya ditembak mati.

- KOSMO!

Monday, 3 March 2014

Dunia Islam perlu pengganti Ahmad Deedat


Melihat kekerapan dan ketajaman penghinaan terhadap agama dan umat Islam mutakhir ini, kita amat terasa kehilangan Sheikh Ahmad Deedat, yang pernah menggegar dunia kerana keberanian dan kehandalannya berdebat dengan mubaligh Kristian dan penghina Islam selama lebih 40 tahun sejak 1960-an.

Digelar ‘Salahuddin Ayubi abad ke-20’, beliau terkedepan mempertahankan kedaulatan agama dan maruah umat Islam di pentas debat, syarahan dan melalui penulisannya. Penerbitan buku, video, rancangan televisyen dan cakera padatnya dimiliki puluhan juta muslimin di seluruh dunia hingga ke hari ini. Walaupun berasal daripada keluarga India miskin dan bekerja sebagai jurujual di Afrika Selatan, beliau akhirnya menjadi pendakwah hebat, meyakinkan dan berkesan. Ketajaman hujah, ilmu yang mantap, persediaan rapi, kepetahan berdebat dan penguasaan bahasa Inggeris yang baik membolehkan Sheikh Ahmad Deedat ‘mengalahkan’ seterunya, termasuk Dr Flyod E Clark (1985), Dr Anis Shorrosh di hadapan 12,000 hadirin di Birmingham (1985 dan 1988), paderi Stanley Sjoberg di Sweden (1991) dan Erich Bock di Denmark.

Ajak berdebat

Sheikh Ahmad Deedat pernah mengajak mubaligh Kristian terhebat di zamannya seperti Pat Robertson, Billy Graham, Jerry Falwell dan Jim Bakker – malah Pope John Paul II – untuk berdebat, namun mereka semua tidak berani.

Paling mengesankan ialah debatnya dengan mubaligh Amerika terkenal, Jimmy Swaggart di Baton Rouge, Louisiana pada 1985. Swaggart, ketika itu memimpin Assemblies of God yang memperoleh pendapatan RM500 juta setiap tahun melalui rancangan televisyennya, dimalukan di depan jutaan penonton. Swaggart, yang pernah menghina Nabi Muhammad dan al-Quran, gagal mempertahan kenyataannya dan tidak mampu menangkis hujah Sheikh Ahmad Deedat bahawa Bible adalah kitab palsu dan lucah. Untuk menutup malu, dia mengajak berdebat sekali lagi, yakni di Mekah tapi tidak pernah ditunaikan. Swaggart akhirnya mengaku berdosa setelah terbongkar skandal seksnya dengan pelacur pada 1988.

Antara yang terkesan dengan debat Sheikh Ahmad Deedat-Swaggart ialah Dr Kenneth Jenkins, paderi Pentecostal Assemblies of the World di Indiana, yang memeluk Islam dengan nama Abdullah Muhammad al-Furuque. Beliau antara lebih 6,000 orang yang memeluk Islam kerana dakwah Sheikh Ahmad Deedat.

Seorang lagi yang terkesan ialah Dr Zakir Naik, yang mengaku memperoleh semangat dan keberanian melaksanakan tanggungjawab berdakwah daripada Sheikh Ahmad Deedat.

Berani berhujah

Berani dan tanpa apologetik, Sheikh Ahmad Deedat berhujah bahawa Jesus bukan Tuhan, konsep Tri-Tunggal adalah syirik, Jesus sekadar pengsan dan tidak mati di tiang salib, justeru tidak berlaku Resurrection dan pasti tiada Salvation bagi penganut Kristian.

Banyak pihak Kristian (dan Islam) tidak setuju cara agresif Sheikh Ahmad Deedat kerana boleh merosakkan hubungan antara agama. Namun, tindakan beliau perlu dilihat dalam konteks dan suasana zamannya. Serangan, penghinaan dan aktiviti kristianisasi terhadap orang Islam memerlukan orang seperti Sheikh Ahmad Deedat dan kaedah yang beliau guna.

Semasa hidupnya, Sheikh Ahmad Deedat pernah menyediakan Combat Kit: Against Bible Thumpers (1992) untuk melatih orang Islam mempertahankan maruah agama berhubung pelbagai isu.

Kematian beliau pada 2005 meninggalkan ruang yang belum benar-benar terisi. Dunia Islam memerlukan lebih ramai orang berkaliber, hebat dan berani berdebat seperti Sheikh Ahmad Deedat. Beliau pernah ditanya Zakir Naik, yang ketika itu pelajar perubatan di Universiti Mumbai, pada satu majlis di India pada 1987. Jawabnya: My son, there are two ways of fighting the battle, either with holy water or with fire. I have chosen to fight with fire. If you fight with holy water you are most welcome, but I have chosen the fire.

Andainya beliau masih hidup, pasti isu seperti kalimah Allah akan beliau debatkan dengan paderi Andrew Lawrence, mubaligh Kristian dan penghina Islam, terutama dari DAP.

Ribuan laporan polis dan demonstrasi kecil-kecilan tidak mendatangkan hasil. Bergantung harap kepada parti politik Islam pun mengecewakan. Ulama dalam PAS, misalnya, kebingungan dan berpecah dua dalam soal seperti ini: ada yang sokong dan setuju, ada yang bantah. Justeru ramai bertanya: akan adakah Sheikh Ahmad Deedat dalam kalangan ulama kita?

-Juhaidi Yean Abdullah-BH

Hati tenang, rasa cukup tanda rezeki berkat


Rezeki yang berkat dapat dilihat melalui kebiasaan seseorang itu bersedekah atau menunaikan tanggungjawab seperti berzakat. Sifat pemurah untuk bersedekah kepada orang lain akan memberi ketenangan kepada diri, malah lebih disayangi masyarakat.

Sesungguhnya, harta yang kita miliki ada hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Hindarkan sifat takut kepada kepapaan kerana kekayaan sejati adalah kekayaan iman yang terpancar daripada kesederhanaan hidupnya.

Kesederhanaan lahir daripada sifat qanaah. Setiap Mukmin hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Cara menanamkan sifat qanaah dalam diri dan keluarga ialah sentiasa mengucapkan ‘Alhamdulillah’.

Tanda keberkatan dapat dilihat apabila hati diselubungi ketenangan dan kecukupan kurniaan akan dirasakan walaupun sedikit.

Rasulullah SAW bersabda: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Percambahan rezeki

Ini menunjukkan keberkatan adalah perkara penting sebagai petanda percambahan rezeki di samping pengharapan tinggi terhadap Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya hanya kepada Aku, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain daripada itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Riwayat Abu Naim)

Bersangka baik kepada Allah

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah SWT dalam apa juga keadaan kerana kasih sayang Allah SWT itu mendahului kemurkaan-Nya. Pastikan sumber rezeki kita peroleh daripada sumber yang halal dan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT ketika mencari rezeki.

Kebaikan yang berterusan mestilah dijadikan agenda utama bagi mengelak kesulitan dalam hidup kita. Baginda SAW bersabda: “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa yang sentiasa dilakukannya.” (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Sumber pendapatan kita bergantung dengan keberkatan Allah SWT kerana Dialah yang mengatur kehidupan manusia. Iman dan kufurnya seseorang dapat diukur sejauh mana kefahaman mereka terhadap pemberian rezeki oleh Allah SWT.

-BH