Wednesday, 25 September 2013

Terkini : Jangan percaya arahan perintah berkurung di Lahad Datu - KPN

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Orang ramai khususnya masyarakat di Sabah diminta tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan sejak semalam mengenai ancaman terkini di Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, desas-desus bahawa polis telah mengeluarkan arahan perintah berkurung atau 'curfew', di Lahad Datu adalah tidak benar sama sekali. "Itu semua tidak benar. Jangan percaya dakyah yang cuba menakut-nakutkan masyarakat di Lahad Datu. Tidak ada apa yang berlaku, keadaan di sana adalah terkawal. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Tertinggi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-8: Komunikasi Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. - BERNAMA/Utusan

No comments: