Colombo: Kastam Sri Lanka kelmarin menahan seorang wanita berusia 54 tahun dan dua lelaki berusia 38 dan 50 tahun kerana cuba menyeludup 2,267 gram emas ke India di Lapangan Terbang Bandaranaike.
Akhbar The Island melaporkan 10 keping emas seberat satu kilogram setiap satu disembunyikan oleh dua suspek lelaki terbabit di kemaluan mereka, manakala emas dalam bentuk barang kemas seberat 267 gram dipakai wanita berkenaan.Jurucakap jabatan kastam berkata, ketiga-tiga suspek ialah pengunjung biasa dari Colombo ke India. Menurutnya, seramai 48 orang yang cuba menyeludup emas dari negara itu ke pelbagai negara lain sudah ditahan setakat ini.
- Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment