Bandung: Selepas seminggu akhirnya Yani Mulyani berkesempatan melihat sendiri anak yang baru dilahirkannya di Hospital Hasan Sadikin, semalam.
Pertemuan itu berlangsung dengan suasana pilu apabila Yani, 33, tidak berhenti-henti menangis melihat keadaan anaknya, Ginan Septian Nugraha yang mengalami kembar siam parasitik.Keadaan itu berlaku apabila pasangan kembar Ginan terbentuk dalam ruang mulutnya menyebabkan dia terpaksa dibedah sejurus selepas dilahirkan pada minggu lalu.
Dalam keadaan berkenaan Yani ternyata pasrah dengan ketentuan Tuhan menerima keadaan Ginan yang mengalami kecacatan pada bahagian bawah rahangnya selepas menjalani pembedahan itu. Menurut doktor rahang Ginan tidak dapat ditutup kerana sebelum ini terpaksa menahan berat saudara kembarnya selama dalam kandungan. Sambil terus menatap anaknya, Yani tidak berhenti-henti menangis melihat pergerakan anaknya yang baru berusia seminggu berkenaan.
YANI menyentuh Ginan yang masih dirawat di hospital
- Agensi/Metro
No comments:
Post a Comment