Wednesday, 18 September 2013

Baham zakar jiran

London: Seorang lelaki yang tidak memiliki gigi didapati bersalah membaham zakar jirannya “seperti sandwic” selepas kedua-dua mereka bertengkar mengenai muzik yang terlalu kuat.

Jason Martin, 41, yang cuma memiliki satu atau dua batang gigi membongkok dan menggigit kemaluan Richard Henderson, 39, selepas menerima mesej pesanan ringkas memintanya memperlahankan muzik yang dipasang di rumah.

Gigitan Martin itu menyebabkan kemaluan Henderson terpaksa dijahit. Sementara itu, di mahkamah, Martin menafikan dakwaan dikenakan terhadapnya dan berkata, dia langsung tidak terfikir untuk memasukkan anggota kemaluan Henderson ke dalam mulutnya.

Bagaimanapun, Martin mengaku mencekak sebahagian anggota badan Henderson untuk mempertahankan dirinya ketika dalam pergaduhan berkenaan. Juri di mahkamah Canterbury kemudian memutuskan Martin bersalah kerana sengaja mencederakan jirannya itu. Di samping itu, Martin kini ditahan pihak berkuasa dan hakim dijangka akan memutuskan hukuman terhadapnya bulan depan.

- Agensi/Metro

No comments: