Wednesday, 11 September 2013

18 tahun bela mayat anak

Georgia: Tidak menghairankan bagi seorang ibu menjaga anaknya sehingga dia berusia 40 tahun.
Bagaimanapun, ia sesuatu yang ganjil jika si ibu itu terus menjaga anaknya yang sudah mati hampir 20 tahun lalu.
Selepas kematian Joni Bakaradze pada usia 22 tahun, keluarga di Georgia mengambil keputusan untuk tidak mengebumikan mayatnya. Mereka sebaliknya mahu menjadikan mayat itu mumia.
Ibunya, Tsiuri Kvaratskhelia mahu cucunya (anak Bakaradze) melihat sendiri lelaki yang pernah menjadi bapanya. Bagi memenuhi matlamat itu, dia bertindak memelihara dan sekali gus memumiakan mayat Bakaradze.
Mayat lelaki itu disimpan dalam keranda lengkap dengan tingkap. Kvaratskhelia berkata, keluarga itu mulanya menggunakan cara tradisional, termasuk jus balsam untuk mengawetkan mayat berkenaan.
Baru-baru ini, dia mendakwa bermimpi menemui seseorang menyuruhnya menggunakan vodka memastikan mayat berkenaan tidak rosak. Sejak itu dia mula menggunakan arak untuk tujuan itu. “Anda tidak boleh membiarkan mayat itu tanpa vodka pada sebelah malam kerana ia akan menjadi hitam.” kata wanita itu.
 Foto
TSIURI di sisi keranda yang menempatkan anaknya selama 20 tahun.
FotoMAYAT Bakaradze yang lengkap berpakaian.
 
Menjadikan mayat mumia adalah amalan terkenal pada zaman Mesir purba. Bagaimanapun, budaya sesetengah masyarakat di Amerika Selatan dan Asia juga dikesan mengamalkannya sepanjang sejarah peradaban manusia.
Pada 1920, mayat Rosalia Lombardo, kanak-kanak Itali yang mati akibat selesema ketika berusia dua tahun, diarah diawet oleh datuknya. Walaupun warnanya kian berubah baru-baru ini, mayat kanak-kanak itu masih elok.

- Agensi/Metro

No comments: