SUMATERA , INDONESIA - Lima lelaki terpaksa menyelamatkan diri di atas pokok ekoran empat ekor harimau masih lagi mengepung mereka sejak Khamis lalu.
Insiden itu berlaku apabila seorang lelaki sengaja membunuh salah seekor rakan binatang itu.
Ketua Polis Daerah, Dicky Sondani berkata, kumpulan lelaki itu memasuki Taman Negara Gunung Leuser, Selasa lalu bagi mencari kayu kemenyan.
“Kayu jenis ini amat mahal tetapi mereka sanggup berhadapan risiko dan sanggup meredah bahagian terpencil hutan yang mempunyai banyak haiwan liar seperti harimau dan gajah,” ujar Sondani.
Seekor harimau dewasa telah menyerang dan membunuh salah seorang ahli kumpulan itu.
Mangsa dikenali sebagai David, 28 manakala lima rakannya kini masih lagi bersembunyi di atas pokok.
30 penyelamat termasuk polis dan tentera dikerahkan memasuki hutan itu bagi proses menyelamat tetapi kumpulan penyelamat hanya boleh sampai ke lokasi mangsa dalam masa dua atau tiga hari.
“Jika harimau masih kekal di bawah pokok itu, kita mungkin terpaksa menembak bagi menenangkan mereka untuk menyelamatkan kumpulan pencari kayu itu,” ujarnya.
Harimau Sumatera merupakan spesies harimau yang terkecil di dunia namun, populasinya semakin menghampiri kepupusan kerana masih ada hanya kira-kira 400 hingga 500 ekor sahaja yang masih hidup.-Sinar
No comments:
Post a Comment