KUALA LUMPUR: Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook-nya.
Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu
siasatan.
Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog
menyebarkan identitinya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. - Bernama/Metro
No comments:
Post a Comment