KUALA LUMPUR 5 Mac - Individu yang menggunakan nama panggilan Asree Sug dalam laman media sosial Facebook hari ini mendedahkan beberapa bukti agenda negatif Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dan ketuanya, Nur Misuari pada satu perhimpunan yang diadakan pada 3 Januari lalu.
Menurut Asree, perhimpunan itu telah diadakan di Pulau Jolo Sulu, Filipina.
Katanya, salah satu agenda perhimpunan berkenaan adalah mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk berhadapan dengan pemerintahan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.
Selain itu, perhimpunan itu juga bertujuan mendapatkan sokongan dan saranan bagi menghadapi Malaysia untuk mendapatkan Borneo utara.
Agenda lain adalah mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130305/dn_71/Pemilik-akaun-Facebook-Asree-Sug-dedah-perhimpunan-agenda-MNLF#ixzz2MeIh0QFg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment