Tuesday, 5 March 2013

Pasukan darat ambil alih serangan, operasi udara dihentikan

LAHAD DATU 5 Mac - Pasukan keselamatan terdiri daripada Tentera Darat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebentar tadi.
Sumber pasukan keselamatan memberitahu, ini berikutan serangan udara ke atas penceroboh telah dihentikan sebelum itu. 
SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA

No comments: