Wednesday, 13 February 2013

Godam stesen TV beri amaran zombie

Montana: Sekumpulan penggodam, semalam menceroboh stesen televisyen di sini dan menyiarkan amaran mengenai zombie hari kiamat.

Penonton yang sedang menonton rancangan sembang mengenai remaja menjalani ujian alat pengesan bohong terkejut rancangan itu tiba-tiba terpadam dan mereka dipaparkan dengan kenyataan amaran: “Mayat orang mati dibangkitkan dari kubur dan menyerang orang yang hidup.” Amaran itu yang diiringi bunyi hon memberitahu penonton agar tidak “mendekati atau menangkap mayat itu kerana mereka berbahaya”. Penonton juga diberitahu stesen televisyen itu akan terputus bekalan tenaga elektrik kecemasan tidak lama lagi dan mereka perlu menghidupkan radio dikuasai bateri pada frekuensi khas. Tanda di skrin juga memaparkan maklumat terperinci mengenai lokasi di mana zombie menyerang.
Sementara itu, kakitangan rangkaian televisyen di Montana, Amerika Syarikat mengakui sistem mereka diceroboh hingga membolehkan penggodam menyiarkan amaran palsu berkenaan.
Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan menghubungi polis kerana mempercayai mesej palsu itu benar. - Agensi/Metro

No comments: