Lebih menyayat hati apabila kematian mangsa yang hanya dikenali sebagai Yoong, 39, dari Taman Sri Mas, di sini, hanya disedari selepas suami mangsa pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 7 malam, Sabtu lalu.
“Suami mangsa gagal memasuki rumah kerana pintu terkunci dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Pemeriksaan polis mendapati ada kesan darah pada hidung mangsa tetapi tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku pada rumah mereka.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Laporan hospital mengesahkan kematian mangsa akibat serangan jantung dan dipercayai sudah meninggal dunia hampir lapan jam sebelum ditemui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 20 tahun kematian bayi lelakinya yang dilahirkan pramatang di rumahnya di Kampung Chua, di sini, pada jam 11.30 pagi kelmarin.
Gaffar berkata, kejadian itu disedari keluarga mangsa selepas anak perempuan mereka mengadu sakit perut selepas melahirkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan.
“Bapa mangsa meminta bantuan seorang pegawai perubatan di Klinik Sauk bagi membantu anaknya yang kesakitan. Bagaimanapun, bayi seberat 800 gram itu disahkan meninggal dunia ketika dilahirkan,” katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa hamil hasil hubungan dengan tunangnya berusia 20 tahun.
“Polis mengklasifikasikan kedua-dua kes itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya.-BH
No comments:
Post a Comment