Saturday, 12 January 2013

Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam.

Perkara itu didedahkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang merujuk kepada perakuan di dalam buku tulisan paderi tersebut iaitu Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.

Katanya, berdasarkan buku itu, Jahja memberitahu bahawa kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) ialah Elohim.


Menurut Wan Zahidi, jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah bukan Allah, berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

"Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh Jahja telah menerbitkan kitab suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang mana terjemahan itu tidak lagi tertera kalimah Allah, sebaliknya menggunakan Elohim sebagai nama sembahan orang Kristian.
...

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130112/dn_10/Paderi-Indonesia-akui-kalimah-Allah-hanya-untuk-orang-Islam#ixzz2HiElZYdA
© Utusan Melayu (M) Bhd


Pas cuba jernihkan kembali keadaan

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pas yang kian tertekan dalam isu kalimah Allah termasuk penentangan golongan ulama berpengaruh dalam parti itu seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dilihat cuba menjernihkan kembali keadaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah tidak bermaksud parti itu menyokong perkataan God dalam Bible diterjemah kepada Allah.

"Kenyataan Presiden jelas tetapi media tidak lihat secara keseluruhan. Pendirian orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah cuma terhad kepada amalan biasa. Kalau mereka nak sebut Allah, Islam tak halang tetapi di dalam Bible perkataan God hanya boleh diterjemah kepada Tuhan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130112/po_02/Pas-cuba-jernihkan-kembali-keadaan#ixzz2HiLuUdfT
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: