AIDCNews – 03/01/13 – Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kalimah Allah adalah hak milik mutlak penganut Islam di negara ini, satu kenyataan yang berbeza dengan kenyataan-kenyataannya sebelum ini.
Anwar seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini berkata ketetapan yang diambil oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah sama seperti sebelum ini iaitu, kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.
Menurut laporan portal itu, Anwar akan mempengerusikan mesyuarat khas PR, Isnin ini untuk membincangkan tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Kenyataan Anwar hari ini berbeza dengan kenyataan PKR pada 5 Februari 2010 yang dikeluarkan melalui Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) yang berbunyi, “keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini”
“Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.”
Anwar sendiri telah mengeluarkan kenyataan peribadi berkenaan isu kalimah Allah.
Pada April 2009, Anwar mendakwa kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.
“Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian,” kata Anwar pada April 2009 dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu dan Batang Ai, Sarawak.
Pada September 2009 semasa persidangan PKR peringkat Perak, Anwar mendakwa kalimah Allah telah dikongsi bersama oleh penganut Islam dan bukan Islam di Negara-negara Arab.
“Indonesia guna Allah..oh takut keliru..bubuh di luar itu kitab Bible atau Injil..kena..Ada orang Islam yang keliru, beri mereka pendidikan dakwah (supaya) jangan keliru”
Diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Anwar pada 10 Januari 2010 di Dataran Gereja Lutheran, Petaling Jaya yang mendakwa kerajaan harus menghormati hak Kristian untuk mendapatkan kalimah Allah kerana penganut Islam, Kristian dan Yahudi telah berkongsi kalimah itu sejak abad ke-14 lagi.
Pada 9 Januari 2010, Anwar ketika berucap dalam forum di auditorium Pusat Sivik Petaling Jaya mendakwa bahawa tiada apa-apa hujah di dalam Al Quran dan Sunah Nabi Muhamad SAW yang melarang penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain.
Dalam forum itu, Anwar juga turut mendakwa telah merujuk kepada Dr Yusof Al Qaradawi untuk menjustifikasikan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain.

No comments:
Post a Comment